Jumaat, 18 Oktober 2013

::aSSaLaMuALaiKuM CiKGu!::

Senyap di alam penulisan dek idea sekadar mampu merencana dalam kepala, tidak mampu nak mengolah di sini. Lama sungguh untuk mencoretkan pengalaman dan pengamatan yang pelbagai. Moga Allah kurniakan akal yang cerdas, tubuh yang sihat, ilmu yang bermanfaat untuk semua ini. Amin...

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari dan mencari, akhirnya Allah izinkan saya berbakti seketika di bumi sekolah islam di hujung KL ni. Sekolah swasta. Inilah pertama kali saya tahu ada sekolah demikian walaupun dah bertahun hidup di KL ni. Apa yang saya tahu selama ini, sekolah agama sahaja. Kali ini, Allah izinkah saya menyelongkar sekolah sains beraliran tahfiz ini untuk berbakti. Bukan satu sahaja di bumi KL ni, rupanya banyak tapi tidak sebanyak sekolah kebangsaan yang ada sekarang. Di KL pun ada 5 buah sekolah dalam cawangan jemaah ini dan pasti ada lagi yang lain. Tak kurang juga dengan perhatian yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang setia bertanya perkhabaran diriku. Syukran 'ala kulli hal. Akhirnya, dapat juga merasai pengalaman 'bekerja' di luar bidang pengajian. Inilah sekolahnya, dimana Allah permudahkan jalannya (walaupun ada keraguan & sesak di hati untuk terima), tapi Alhamdulillah, dapat diatasi sedikit demi sedikit walaupun terpaksa menyusahkan beberapa insan.  


antara salah satu yg saya suka di sekolah ini, KETENANGAN.
pagi subuh yg indah, pemandangan kabus di kawasan bukit menemani sebelum sesi persekolahan bermula

Sekolah bermula seawal 7:30pagi, namun kebiasaan akan sampai dalam sekitar 6.45-6.55pagi. Waktu tu, ada beberapa murid yang sudah tiba, lengang, bermain sekitar sekolah, tapi aku keseorangan. Nak buat macam mana, dah terpaksa datang awal daripada lewat kan? Antara yang dikagumi juga, sewaktu perhimpunan, kebiasaan sekolah lain & sekolah lama saya pun tak pernah ada perkara ni. IKRAR. yup, ikrar yang sering dimomok sebelum ini lebih kepada pembinaan diri, kurang menusuk hati tapi kali ini saya lihat amat berbeza sekali. Betapa saya rasa 'hidup' dalam bi'ah sebegini apatah lagi dalam ruang lingkup pendidikan. Ikrar yang dilaungkan sungguh mengingatkan kita tentang siapa kita di dunia ini, tak lain tak bukan sebagai hamba, mengabdikan diri padanya. Adz-Dzariyat, 56 "Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

Inilah kalimat ikrar yang acap kali singgah di telinga saban hari.... 

Antara sebaris kalimat indah yang dilaungkan. Ya Allah moga anak-anak ini semua ikhlas menuntut mencari redhaMu Allah. amin.

Sebelum hari pertama masuk, saya banyak sangat-sangat bertanya (yang amat) kepada sahabat-sahabat dalam bidang pendidikan dan yang sedang mengajar sebagai guru ganti ni. Inilah 1st time, 1st pengalaman yang ditimba, dicipta. Syukran sahabat-sahabat, banyak beri spirit & courage, motivasi, perhatian, tips & tunjuk ajar untuk develop diri saya ni. Thanks so much! Dipendekkan cerita, saya telah menggantikan seorang ustaz ni. Antara subjek yang perlu diajar agak mencabar ^_^ but i really enjoyed it to give full commitment and guidance. Matematik T4, KHB T1, Sejarah T2, PJK T2 & T4, Hafazan T2. Wah... tidak kusangka akan mengajar semua ini yang memang totally out dari bidang. Insya Allah, banyak buat observation & research untuk mengajar subjek tu lebih-lebih lagi Sejarah yang agak sukar murid nak terima untuk belajar (sama je la kan dengan kita masa zaman sekolah dulu. Bukan senang nak enjoy belajar sejarah). Alhamdulillah, semua dapat atasi dengan beberapa eksperimen =) 


Buku-buku yang  diterima semasa 1st day. tak cukup ni.... =(

Saya tak nafikan, mengajar bukanlah seindah yang dikata, selancar yang diluah tapi sangat horrible. Saya salute dengan para pendidik yang bersabar untuk mendidik anak-anak murid mereka. Saya dah pernah rasa & pernah rasa teruknya sebab ketika itu belum mampu lagi untuk handle ragam anak-anak murid dalam kelas. Rasa teruk, rasa lemah, rasa gementar, pernah rasa nak marah, pernah denda pelajar ^_^, pernah bagi pop kuiz bersyarat dengan tasmi' hafazan sebelum jawab soalan dan lain-lain. Semua ni berlalu dengan masa, masa yang beri peluang untuk kita lebih memahami kemampuan diri. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar tentang diri saya disini. Belajar secara tak langsung tentang tarbiyatul aulad, kekeluargaan, didikan. Semua secara tak langsung. Banyak nikmat Allah beri kepada saya dalam masa singkat ini walaupun pahit ditelan. 

Yeah! that's true

Apa lagi yang kenangan indah disini? Ye, saya kagum dengan konsep sekolah ini. 'Soleh wa Musleh'. Itulah visi yang digunakan bagi setiap cawangan sekolah ni. Tak hairanlah sistem pendidikan integrasi yang dilaksanakan di sekolah tidak menepikan pendidikan tarbiyah terhadap anak muridnya selain pendidikan teras kementerian. Dari segi pelaksanaan mengajar, guru yang 'islamik', subjek teras & agama, disiplin, program-program tarbiyah, usrah pelajar, ikhtilat, makan dalam talam, tamrin dan lain-lain. Seawal usia mereka ni sudah dididik dengan Al-quran, hafazan. Nak masuk sekolah ini pun dengan saringan/syarat tertentu bermula dengan pendidikan sekolah rendah. Semasa mengajar, terkadang mencabar temperature darah, tetapi disebabkan saya selalu berbisik dalam hati bahawa mereka ini lebih suci dari saya yang kotor, lebih-lebih lagi dalam hati mereka ada al-quran. Allahurobbi... kecilnya saya sebagai guru mereka. Sepatutnya mereka lebih layak mendapat murobbi/ah yang lebih hebat, lebih banyak ilmu didada berbanding saya yang terkedek-kedek mencari ilmu Allah. So, nak marah pun tak jadi, cuma mampu berdiam dan automatik mereka faham. 


Inilah antara yang saya bersyukur diperlihatkan Allah bahawa adanya segelintir umat yang cuba membangunkan Islam dalam kemaruk jahiliyah sekarang. Alhamdulillah, sangat bersyukur dan saya berazam untuk kembali lagi di sini jika peluang itu ditakdirkan untuk saya sekali lagi. Jauh dari sudut hati saya yang banyak kelam, daripada anti pekerjaan ini (atas sebab tertentu), saya jadi jatuh hati. Tak rugi menabur bakti sebagai seorang pendidik kerana pendidiklah antara pekerjaan mulia selain pekerjaan yang lain.

Sesungguhnya saya percaya atas rencana Allah itu yang Maha Mengetahui kemampuan hambaNya
Hanya yakin, usaha & tawakkal

Alhamdulillah, saya berjaya mencipta satu pengalaman disini. Terlalu banyak diperolehi, dipelajari, dibentuk walaupun tempohnya seketika. Terima kasih atas semua telinga bagi pihak yang sudi mendengar luahan saban hari, memberi motivasi, tunjuk ajar, semangat, ukhuwah yang terbina, yang menghantar ke sekolah setiap hari, yang mendoakan setiap hari, yang pulang bersama setiap hari, makan bersama. Sekurang-kurangnya sepanjang hhidup saya, saya berpeluang mendengar dan menerima salam 'Assalamualaikum, CIKGU!' ^_^ Allahurobbi, subhanallah.. Maha suci engkau yang menciptakan keindahan dan rahmat untuk sekalian alam. amin ya Robb. 




Tiada ulasan: