Khamis, 16 Oktober 2014

::Berkongsi Kasih, Tidak Sebanding Yang Pertama::

Seminggu ini, saya kerap view profile keluarga beliau.

Suami, Isteri, Anak-anak. 

Entah. 

Seolah-olah lahir satu rasa yang berbaur. 

Sebenarnya, beliau bukanlah seseorang yang saya kenal rapat. 

Senior. 

Hanya dengar kisah-kisah daripada sahabat & jemaah. 

Hanya si isterinya sahaja yang kenal. Itupun bersua muka sekali dua ja sepanjang pengajian di universiti dulu. 

Rezeki, Jodoh, Ajal semuanya di tangan Allah. 

Pantas, apabila Allah nak ambil, Dia akan ambil. 

Pantas jua, apabila Allah mengtaqdirkan hadirnya seseorang, Dia salurkan jalannya. 

Ditaqdirkan Allah mengambil si isterinya dalam kecelakaan. 

Seorang isteri, yang cekal, istiqamah, qawiy di jalan dakwah, tarbiyah. 

Kebanyakan kenalan terasa pemergiannya. 

Menjadi sumber inspirasi. 

Si isteri meninggalkan suami tercinta, anak-anak yang manja, soleh. 


Maka, 

Tatkala anak-anak muda, kecil, masih lagi dahagakan didikan seorang 'ummi'. 

Tiada galang gantinya.

'Mami' disunting dan hadirnya sebagai penyampung amanah. 

Allahu... Robbi


Post lain berlegar di Newsfeed. 

Hari Jumaat, Kahfi!

Kakak ini shared tips menghabiskan Kahfi. Post sebelum ini empunya fb seorang lagi yang turut ditag si suami. 

Siapa dia? Kenapa bertiga?


Allahu Robbi... 

Fb arwah isterinya.

Si suami tetap berkongsi inspirasi, kenangan isterinya pertama sehingga kini.

Untuk tatapan semua, untuk sumber inspirasinya.

Allahu Robbi...

Allah sahaja yang tahu rasa di hatinya. 

Kakak jua sebagai berkongsi kasih dan penyambung amanah untuk anak-anak. 


Mulianya hatimu kakak. 

Menggalas amanah ini. 

Suami jua tidak meninggalkan arwah, kekal hidup selamanya, dihati, di ingatan. 

1 keluarga yang luarbiasa hidup kerana Allah.


Sungguh, Berkongsi kasih. Tidak sebanding yang pertama, yang berdegup menjadi 'hatinya'. 

Jua, berkorban menahan perit berkongsi kasih, kerana yakin Allah lebih tahu untukmu. 


********************************************************************

Sedangkan Rasulullah saw tetap merindukan Khadijah.... 

Hingga bila-bila pun... 

Apatah lagi manusia biasa... 

*********************************************************************

#Orang kata, kehilangan (meninggal) pasangannya (suami/isteri) seolah-olah hilang separuh dari nyawanya.... T_T

*********************************************************************

Allah, beriku kekuatan... T_T


Tiada ulasan: