Sabtu, 20 Februari 2010

::MESRA '10::



melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
assalamualaikum mulanya kata,
saya sembah pembuka bicara.

indah berbalam si bayu petang,
bersiur lembut di pepohon raya,
hajat dihati sekadar bertandang,
menyambung ukhuwah di alam maya.


assalamualaikum warahmatullah ana ucapkan...setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Ilahi atas segala pemberianNya yang tidak putus kunjung tiba dalam sedar mahupun tidak, masih lagi bernafas untuk mencoretkan lagi sedikit pengetahuan dari diri yang serba kekurangan ini, berjalan dalam tercari-cari arahMu, mengharap Nur dan Hidayah dalam setiap ayunan ku, disucikan hati dari noda-noda bertimbun, hanya ampunan MU ku pohon, selawat dan salam ke atas kekasihMU YA RABBUL 'IZZATI, penghulu kami; Muhammad Rasulullah SAW, serta ke atas keluarga dan sahabat baginda. ruangan yang terbatas kali ini sekadar mencoretkan sedikit perjalanan sisa-sisa kehidupan di alam persediaan kini. persediaan untuk kehidupan abadi, namun masih kah diri ini masih di jalan yang benar sedangkan mehnah dan ujian itu seringkali dilontarkan dalam setiap diri insan. apakah jalan-jalan yang kuturuti ini benar untukMU YA ALLAH. sesungguhnya, semuanya dalam pengetahuan MU jua. kuharap, apa yang kulalui dahulu, kini dan akan datang ada hikmahnya. ku tak mampu mengadili yang benar antara yang benar kerana daku hamba kerdil. sekadar mengharap keampunanMU atas apa keterlanjuranku andai tersasar, mencari petunjukMU dalam setiap yang kulalui ini. moga Engkau sentiasa merahmati hambanya.


perjalanan kali ini, tentang satu program motivasi. motivasi bersama mahasiswa di penjara
[MESRA '10]. menyingkap kehidupan mereka yang melalui kehidupan sejarah hitam, mengenali realiti masyarakat umat kini. sesuatu yang baharu untuk lebih setapak ke hadapan daripada hidup dalam kepompongan dunia sendiri. menjadi jawatankuasa bukanlah sesuatu yang ringan kerana membawa masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah. gerak kerja dilakukan diharap dipermudahkan oleh ALLAH meskipun halangan-halangan melintas di perjalanan. 'bukan perjuangn tanpa kesulitan, dan dalam kesulitan itu terselit kesenangan' .moga kesenangan ini tidak melupakan MU sebagai Pencipta. MESRA '10 yang dijadualkan akan berjalan esok;21 feb '10 terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. disini, mungkin ALLAH ada perancangan nya sendiri, kami sbagai hambanya hanya bertawakal. namun, tarikh baru akan dikeluarkan. sila nantikan! dengan sedikit pembaharuan yang akan dibawa. moga program ini mendapat manfaat kepada para peserta serta pihak lain juga.

Tiada ulasan: