Bermula dari Maghrib lagi, cukup jelas kelihatan planet Zuhrah yang bersinar terang benderang di ufuk langit barat.
Samada kita sedar atau tidak, berhampiran dengan Zuhrah, atau lebih tepat lagi, di atas dari kedudukan planet tersebut, terda[at 2 buah planet lagi yang sedang perlahan-lahan berlayar menuju rendah ke barat, dan dalam masa 2 minggu lagi, akan bertemu dengan Zuhrah itu sendiri.
Planet yang hampir dengan Zuhrah ialah Marikh, Kelihatan seperti sebuah bintang yang samar-samar kecerahannya. Ia boleh dikesan dengan mudah kerana di antaranya dengan Zuhrah, tidak ada bintang lain yang memiliki kecerahan yang sama.
Di atas Marikh, ialah planet Zuhal pula. Sedikit cerah dari Marikh, Zuhal pun sedang bergerak semakin rendah setiap hari. Malah menjelang jam 10 malam, ia pun sudah hampir terbenam hilang dari pandangan.
Yang menariknya ialah detik-detik bermula dari 1 Ogos hinggalah 14 Ogos nanti. Ia merupakan hari-hari yang paling sibuk keadaannya di langit petang (lebih-lebih lagi menjelang waktu berbuka puasa!). Zuhrah, Zuhal, Marikh dan kemudiannya Bulan akan menari-nari bertukar-tukar posisi, membentuk pelbagai formasi menarik dan cantik untuk dilihat, dan dirakam. Utarid juga turut ingin join sekali, tetapi ia agak berjauhan dari kumpulan 3 planet tadi, dan rendah di ufuk."
sumber: http://www.falak-online.net/portalfalak/content/22/7/2010/menanti-itjimak-planet-planet-di-langit-menjelang-ramadhan
2 ulasan:
salamun alaik kpd pembaca & follower sekalian..
sama2kita nantikan saat-saat detik kebesaran ALLAH ini. moga dengan nya juga dapat kita mendekat kan diri Maha Agung.. amin..
xsabar.mga dipanjangkn umur kta tuk menghayati bulan itu~
amiin~
Catat Ulasan