Sabtu, 8 Januari 2011

::1 HaRi YaNg SePaRa SeDaR::

seawal pagi
subuh dingin menampar tubuh kecilku
memaksa dan menggesa
menjalankan amanat
tinggal tulang-belulang untuk dibanting
tanpa
mengharapkan balasan duniawi

walhal pagi ini
hujung minggu sebegini
boleh saja
aku menurut kemahuanku
hari yang sepatutnya 'free in mind'
atau pun 'rest or free'
tapi
bukan itu pilihanku
ya.. memang jd idaman
tp hanya duniawi semata
ini jalan yang ku pilih
la budda.. akulah yang perlu
yang kehadapan mendokong
akan ku teruskan jalan juangku
dan ku pahat kukuh dlm batinku


pagi ini
pagi yang gopoh

pening... pening dengan apa yang bakal tersurat nanti
bukan apa, bukan biasa, dan bukannya tak biasa
apakan daya.. kuturut jua tekadku pagi ini

8,9,10...
11 hingga 1
bukan semata angka
satu tempoh yang agak payah
payah dengan diri, sekeliling dan sebagainya
kerja kami
separuh sahaja mampu dilaksanakan
hampir longlai dengan keadaan diri
kami nyaris sama-sama jatuh
mahu membahu tapi diri pun buntu

keadaan itu dibiarkan saja
keadaan memanggil kami untuk istirahat
menunaikan kewajipan dahulu sambil mengembalikan jumlah tenaga
yang luruh sepanjang tempoh itu

niat di hati
cukuplah setakat ini
kemampuan kami seakan terbatas
minta dibelas kasihan
aduhai Allah, maafkan kami
tidak seharusnya kami berjuang dengan cara ini
bukan lah kami jundullah yang lemah
kami akan diterima dalam jalan Mu dengan mudahnya
Engkau telah janjikan
selagi tidak diuji, adakah kami ini telah dikira beriman padaMU?
berkali-kali ku bisikkan
ampunilah kami Ya Allah




kali ini
meski kepul-kepul awan
sekejap gelap, sekejap cerah
kami nekad meneruskan tugasan
dengan Bismillah kami menyorong langkah-langkah
yang entah berapa puluhan
mungkin juga ratusan
dengan dikurnia pancaindera
melihat kebesaran Mu
bagi mereka yang memikirkan

perjalanan yang sekali lagi
menguji dan menguji
cuma kali ini
kami tidak mahu mengulang kesalahan serupa
Ya... keluhan tetap ada
kerana kami ini masih diuji
dan masih lemah
hanya kekuatan yang dipinjam daripada Mu
kami masih terus bertahan

dengan tiap keluhan
kataku " Sabarlah wahai sahabatku"
kini, frasa bukan sekadar bait dalam lirik
malah kini ia adalah kami semua
"Sabarlah di jalanMu"

akhirnya...
angka itu menjangkau hingga ke 5!
Subhanallah
takkan kami mampu tanpa hadirnya Mu bersama kami
syukur, terima kasih ya Allah

tubuh yang kecil ini
sudah diguna dengan maksimum
penat tapi berbaloi
terima kasih lagi
banyak yang kami peroleh
sepanjang perjalanan hari ini
dengan mehnah kami
dengan kebesaran yang Kau tunjukkan
dengan kekuatan yang Kau pinjamkan
moga apa yang kami peroleh ini
mendapat redha di sisiMu

nekadku.. kalau penat, biarlah penat sepenat-penatnya
tibailah kami ke mall ^_^
tiada sempat kunjung melihat bilik

saat ini
sangat penat dan mengantuk
maka
akhir kalam...
bacalah doa tidur
disertai muhasabah sepanjang hari beserta kemaafan
moga amanlah kali ini
.............zzzzz.............


**angka merujuk pada masa / time
**pengalaman yang dikutip sepanjang hari ini
**credit to all my buddy n sohabat
**special thanks to all of u 4 helping direct or indirectly
**try to get rest 4 tomorrow.. bersedia utk turun gelanggang esok!! ^_^
**last but not least, Give Thanks To Allah always... alhamdulillah


8 Januari 2011
3 Safar 1432 H









2 ulasan:

NORAZLINDA AMIN berkata...

semoga kita sentiasa thabat dalam jalan ini. Semoga Allah sentiasa memberikan kita kefahaman dan keikhlasan. semoga kita sentiasa membahu. awak kena tolong saya....(-_-!)

Unknown berkata...

insya Allah.. ingtkan andai ini selalu lupa & alpa... ap yg nk ditolong.. bgtau jaa