2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya
**peringatan utk diri dan lain-lain: sama-samalah saling peringatkan. kerap kali manusia ini lupa, maka peringatan adalah sebaik-baik cara termasuk diri ini. berkongsi dan bersama-sama melaksanakan nya adalah jalan yg baik.. moga kita di atas jalan yg BENAR.. amenn..
7 januari 2011
2 safar 1432 H
8.06 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan