~Hakikat Dunia~
apa ingin ku khabarkan
dunia ini
bergelora bak ombak di lautan
ganas tiada pernah tenang
berulang-ulang beralun dan menghempas
meninggalkan buih-buih di pesisiran
apa yang ingin ku khabarkan
dunia ini
seolah tiada lagi belas
mengutuk menindas tiada tara
punya kuasa tiada terpimpin
seolah dunia 'aku yang punya'
telah lama kusimpan
dunia ini
ingin ku lihat kedamaian
mengasihi sesama insan
tiada pergolakan
tiada tindasan
tiada hasad
tiada mungkar
adakah hasrat itu
sekadar mimpi sejauh infiniti
cukup hanya hasrat
tak perlu berubah?
mereka lupa
setiap yang dijadikan
diberi amanah
bukan menghasut tapi membaiki
bukan menindas tapi mengasihi
bukan mendengki tapi menghormati
mereka juga lupa
tiap-tiap kaum itu telah diturunkan peringatan
sejarah bukan untuk dipalingkan
malah lebih untuk iktibar
malangnya
tiada sedar akan mereka
asal dunia tempat syurganya
segala tindakan tidak dibumikan
apalagi mahu berserah
pergantungannya pada Yang Esa
aku
pening dengan dunia
dunia tidak seperti dunia
dunia menerobos ke dimensi lain
tidak ku inginkan itu
ku ingin tahu
mengapa ia begitu....
~cinta dunia adalah kepala segala kerosakan~
26 FEBRUARI 2011
23 RABIUL AWAL 1432 H
3.28 pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan