Ahad, 27 Februari 2011

::RiNgaN TaPi MeNyuSaHKaN::

Ada beberapa perkara yang ada kaitan dengan kesusahan (penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan) yang mana kebiasaannya kita ambil ringan tentang perkara tersebut. Mari kita koreksi kembali diri kita, adakah perkara-perkara tersebut menjadi habits / perangai kita selama ini??

  1. tidak sembahyang atau solat
  2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
  3. makan di atas pinggan yang terbalik
  4. memakai kasut atau sandal bermula dari sebelah kiri
  5. menganggap ringan benda yang terjatuh dalam hidangan makanan [seperti serangga dan lain-lain]
  6. berwuduk di tempat buangan air besar atau kecil [seperti tandasdan lain-lain]
  7. suka bersandar di pintu rumah
  8. suka duduk di atas tangga
  9. membiasakan diri mencuci tangan di pinggan selepas makan
  10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  11. tidak membersihkan rumah
  12. membuang sampah atau menyapu dengan kain
  13. suka membersihkan rumah pada waktu malam
  14. membakar kulit bawang
  15. menjahit baju yang sedang dipakai
  16. mengelap muka dengan baju
  17. berdiri sambil bercekak pinggang
  18. tidur tidak memakai baju
  19. makan sebelum mandi hadas
  20. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
  21. pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  22. lambat pulang dari masjid
  23. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak-anak
  24. kebiasaan tidak menutup makanan yang terhidang
  25. suka memadam pelita dengan nafas
  26. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  27. membasuh kaki dengan tangan kanan
  28. membuang air kecil pada air yang mengalir
  29. memakai seluar sambil berdiri
  30. memakai serban sambil duduk
  31. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  32. makan dengan menggunakan 2 jari
  33. berjalan di antara kambing
  34. berjalan di antara 2 perempuan
  35. suka mempermainkan janggut
  36. suka meletakkan jari-jemari tangan pada bahagian lutut
  37. meletakkan tapak tangan pada hidung
  38. suka menggigit kuku
  39. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari atau bulan
  40. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil
  41. menguap ketika solat
  42. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

-> boleh dilihat juga pada halaman 'Info Menarik' buku diari/planner 'Perancangan Eksekutif Islam' 2011; 1432-1433 H.

teringat zaman pengajian di matrikulasi, dalam subjek bahasa inggeris-subtopik mengenai 'SUPERSTITIOUS" iaitu kepercayaan pada sesuatu perkara. Asalnya banyak perkara yang boleh di senaraikan mengikut kepercayaan orang-orang kita sejak zaman berzaman. Tetapi kepercayaan sebegini kadangkala mengundang persepsi yang berlainan pada anak-anak muda yang dikatakan berjiwa realistik, moden justeru menolak beberapa kepercayaan turun temurun ini. Saya tidak terkecuali. Apabila membaca senarai tersebut ada yang rasanya logik dan tak kurang juga ada yang inginkan kepastian atau sebabnya. Ya, tak salah untuk memberi ruang berfikir tentang perkara ini. Kepercayaan yang bagaimanakah seharusnya kita berikan keutamaan atau prioriti? Berbalik kepada asas nya, setiap perkara dalam Islam tidak menyusahkan namun tidak pula kita perlu disenangkan atau dimudahkan. Perkara-perkara wajib mesti dilaksanakan dahulu sebelum perkara sunat (salah satu konsep prioriti dalam Islam, mahu lebih lanjut sila belajar / diskusikan kitab fiqh awlawiyat-fiqh keutamaan karangan dr yusof al-qardhawi). Maka, sebarang perkara yang wajib kita perlu laksanakan dengan sebaik mungkin hatta dari sekecil-kecil perkara yang kadangkala kita tak sedar ataupun tidak tahu hinggalah kepada kesempurnaan perkara tersebut. Melazimi atau membiasakan (istiqamah) sesuatu yang baik bukan perkara yang mudah. Formula yang senang tapi susahnya nak dicapai. 'Practice Makes Perfect'.

Semakin meningkat usia, semakin sukar pula. Kenapa? mungkin kerana pertimbangan akal terhadap sesuatu perkara itu jika tiada penelitian dan disua begitu sahaja hanya omongan kosong, boleh diendahkan. Bagaimana pula jika perkara tersebut di beri sedikit info tentang asalan terjadi perkara itu-kenapa, bagaimana, siapa dan sebagainya sedikit sebanyak memberi manfaat. Oleh itu, belajarlah selagi mana nyawa masih terlekat di jasad. Belajar tidak perlu dihentikan malah perlu di'generate' kan, diaktifkan, di sinergikan. Semoga dengan ilmu-ilmu yang diperoleh dapat membantu yang lain.

perkongsian tentang senarai di atas tadi hanyalah apa yang saya ingin kongsikan dan memerlukan jawapan daripada yang tahu. Memberi tidak selamanya memberi, harus menerima. begitu juga sebaliknya. Harapnya kalian dapat berkongsi apa yang tahu supaya yang tidak tahu menjadi tahu... =)







27 FEBRUARI 2011
24 RABIUL AWAL 1432 H
1.31 pm


Tiada ulasan: