Isnin, 25 April 2011

::DuA PuLuH EmPaT::


hari ni hari isnin..
buat apa ye?
ye..ye... dah start final exam rupanya...
hari ni paper Satellite Survey/Ukur Satelit..



senang ke kawan2? erm... ntah la kak, tak boleh nak kata senang, tak boleh nafikan susah...
yang pasti kertas pertama hari ni jadi bench mark untuk paper seterusnya..
bench mark untuk apa?
erm... untuk potensi diri la kak... kalau duduk dalam dewan peperiksaan tadi rasa tak menentu, sah masih kurang persediaan kita...

*********************

duduk termangu seketika sebelum menjawab soalan...
melihat kelibat rakan-rakan pelbagai ragam...
"mesti semua dalam kepala" bisikku
masing-masing berasak masuk ke dewan peperiksaan
"yela, banyak masa yang mereka dapat peruntukkan untuk study. aku?" dan diriku termangu lagi menunggu wisel permulaan...

**********************

seorang demi seorang bersusun
lembaran kuning ditindih satu persatu
aku?
masih tetap setia di meja
aisyh... salah pilih tempat duduk pulak
sejuk! menghadap aircond pulak, sakit sendi2 jari
nak menulis, terpaksa meletop2 kan jari, mengurangkan rasa frozz di jari
mengganggu pulak rakan disebelah.. maaf ye.. sejuk sangat

*********************

kutenung soalan-soalan sedari tadi
tinggal beberapa minit lagi
ramai yang dah keluar sebelum tamat waktunya
pecutan extravaganza!
syabas kawan-kawan!
doakan kawanmu ni yang sedang memerah akal!

**********************

baru hari pertama
sudah cukup menggundahkan!
tunggu lagi 6 subjek akan datang

***********************



Kurangnya Persediaan

Mainan perasaan. Benar! Merasa diri banyak lagi ni tak baca, banyak lagi tak cover chapter dan macam-macam hal lagi. Siapa yang tak gundah andai semua pekerjaan mahu diselesaikan segera, masa menghimpit hingga sesak naik ke hidung! Awas! sahabat-sahabatku, benar semuanya serba tak menjadi andai anda gundah gulana.. Tenangkan diri sahabat. Jangan terlalu membebankan akal dan hati dengan perasaan itu! Gunakanlah masa-masamu dengan lebih tersusun, mengikut kemampuanmu. Dalam banyak hal, masa 24 jam mampu kita gunakan dengan sebaiknya. ok?


Banyaknya Masa

Setiap hari kita dibekalkan peluang sebanyak 24 jam untuk diamanahkan dengan sebaiknya. Ayuh sahabat-sahabatku, masa dah berlalu tak mungkin diputar kembali meskipun hati berteriak mahu dikembalikan masa-masa lalu. Menitik air mata darah pun pasti masa itu berlalu sahaja. Beringatlah selalu, pepatah Arab ada menyebut "Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu". Maka, berlumba-lumbalah kamu dengan masa yang ada. Masa diberi tetap sama, tidak berubah melainkan kamu yang merubahnya dengan perkara seharian.


Pesanan Imam as-Syahid Hassan al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun


2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram


6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan


9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya






"Kewajipan-kewajipan

kita lebih banyak

daripada masa yang

ada pada kita"







"Janganlah banyak

ketawa kerana hati

yang

sentiasa berhubung

dengan Allah itu

sentiasa

tenang lagi tenteram"












25 April 2011
21 Jamadil Awal 1432 H





2 ulasan:

NORAZLINDA AMIN berkata...

Semoga Allah meningkatkan kesabaran. Semoga Allah mengurniakan keajaiban. Sungguh, Dia tidak akan meninggalkanmu sendirian.. Ameen..

Unknown berkata...

linda: ameen...