PAHLAWAN GAZA
bumi ini dahulunya indah kini musnah dan binasa
saban hari dimamah senjata membunuh anak watannya
tiada lagi nada keriangan menghiburkan hati luka
hanya wajah penuh pengharapan bernafas bersama doa
membara di jiwa anak kecil pewaris para syuhada
cita-cita ingin bebas dari sangkar bumi sang durjana
semangat jihad terus menyala tersemat hidup di dada
demi Allah pertahankan bumi penuh barakah
dengarlah alun irama derap perjuangan ini
percikkan rasa peduli insani
biar dipisahkan jarak perindu
tetap bersama dan berganding bahu
pahlawan gaza
tak gentar tak berhenti
berjuang hingga mati
demi janji Illahi
bumi Gaza akan terus merdeka
dengarlah alun irama derap perjuangan ini
percikkan rasa peduli insani
biar dipisahkan jarak perindu
tetap bersama dan berganding bahu
pahlawan gaza
tak gentar tak berhenti
berjuang hingga mati
demi janji Illahi
pahlawan gaza
tak gentar tak berhenti
berjuang hingga mati
demi janji Illahi
bumi Gaza akan terus merdeka
~thanks to Saujana~
nak dengar lagu, sila ke link ini: Pahlawan Gaza-Saujana
======================================================
Pertama kali dengar lagu ini, terus terlekat. Terasa terlalu menusuk dalam hati. Thumbs Up! sebuah lagu yang membawa semangat gambaran si pejuang di bumi Gaza. Meski kita dibatasi jarak perindu. Saban hari mereka hidup dengan kekentalan menghadapi sang durjana, mempertahankan bumi Gaza. Lebih 6 dekad lamanya, bukan suatu tempoh yang sekelip mata! Saban hari juga deraian air mata dan merah darah membasahi bumi Gaza. Saban hari didikan pentarbiyahan berterusan di bumi Gaza. Saban hari anak-anak melunaskan cita-cita si syahid. Si ibu-ibu meski meratap kematian saudara namun janji Allah lebih indah dimata si syahid. Allah... terlalu berbeza.. berbeza dengan hidup kita di Malaysia ini...
teruskan sumbangan dan doa kalian~
26 APRIL 2011
22 JAMADIL AWAL 1432H
1.51 PM
2 ulasan:
wah..pahlawan gaza..ni yang semnagt lebih ni nk g palestin jgk..
hehe..
tp sy cuma ~budak gaza~
yang selalu bergantung pd Allah..
cik budak gaza: doa kamu akan sentiasa bersama si pahlawan gaza jua. insya Allah... Allah memilih mereka dan kamu atas posisi masing-masing. tiada kamu disini, bagaimana nasib mereka disana juga, dan begitu juga sebaliknya. Berdoalah dalam tiap bait-bait doamu, setitis darah umat Muhammad itu mengalir dalam diri kita semua.. insya Allah untuk semua..
Catat Ulasan