Diri
Satu Ketika
Tika diri belum mengenali
Masih membatu mencari-cari
Dia
Tidak pernah kukenali dulu
Siapa, Bila, Bagaimana, Mengapa
Persoalan demi persoalan menyesak
minta dijawab segera
aahhh!!
Mustahil!
Mustahil mahu mengenalinya sekejap cuma
Tika ini
Daku dia mengenali Taaruf
sinergi pula dengan Tafahum, Takaful
Berukhuwah itu bukan sekejap cuma
Bukan semudah rupa
Bukan indah belaka
Berukhuwah itu
Bak si anai-anai
Sepi seninya, namun dalam ertinya
Dalam diam aku dan dia cuba mengenali
Bertatih, berjalan, berlari
Lazim bagi mendapat sebuah erti
Jangan mengharap pada hamparan merah
Tersedia dihadapan maya belaka
Disebaliknya tidak tergambar
Berusahalah mencari
Dulu si dia membimbing
Kini diriku menggalas
Seolah yang patah tumbuh kembali
meneruskan agenda matlamat Islami
Moga diri terus membaiki diri
Belajar istiqamah
Diri
Ketika itu
Cuba mengikat hati-hati itu
Sabar itu kuncinya
Jangan mengharap lebih daripada kita memberi
Mengharaplah pada apa yang kita mampu beri
Selebihnya tawakal dan doa
Jangan memaksa
Hadirlah dengan hatinya
Jangan sedih
Hati itu bukan dalam genggaman kita
Jangan lupa
Segala pemberian berserah pada yang Esa
Jika itu jalan indahnya
Maka teruslah kau usaha perolehinya
Berusrahlah selagi kau di dunia
##dedikasi utk diri, dia, dan kita.. samalah2 menjejak usrah bersama.... (n_n)
08 April 2011
04 Jamadil Awal 1432 H
7.40 mlm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan