Isnin, 30 Mei 2011

FADHILAT SOLAT: BAB 1 PENTINGNYA SOLAT


Kali ini akan dikongsikan beberapa hadis yang telah dimuatkan dalam sebuah buku yang agak lama. Asli: Fadzilat Salat; oleh Raisul Muhadditsin Allama, Mohammad Zakariyya dan Syeikhul Hadits. Tiada tahun penerbitan namun fizikal buku ini jelas menunjukkan usia yang begitu meniti masa. Semoga perkongsian yang telah dititipkan dalam buku ini dapat diadaptasi ke alam maya agar menjadi informasi tambahan bagi yang mencari seperti mereka diluar sana, tak kurang juga diri ini.





Bahagian pertama buku ini menyentuh tentang pentingnya solat.terdapat 2 bab, 1) Pentingnya Solat. 2) Amaran dan Balasan bagi emreka yang meninggalkan solat.

BAB 1: PAHALA SOLAT
Hadith 1

Abdullah ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, “ Islam tertegak atas lima rukun: bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambanya serta Rasulnya; mendirikan solat; membayarkan zakat; mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah saw sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan, yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yang dipenjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakala yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat disisi iman.
Kata Abdullah ibn Mas’ud, “ Ada sekali kutanya pada Rasulullah saw, ‘ Amalan manusia yang manakah yang paling diredai Allah swt?” jawab Baginda saw, “Solat.” Kemudian kutanya, “Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredaan)?” jawab Baginda saw, “Menghormati dua orang ibu bapa.” Kutanya lagi, “Selepasnya apa lagi?”. Jawab Baginda “Jihad”.
Mulla Ali Qari mengambil hadis ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuakan lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah.”






30 MEI 2011
5.53 pm






1 ulasan:

talibramli berkata...

Assalamualaikum
buku ni boleh dimuatturun di
http://www.scribd.com/doc/88477579/Buku-Asli-Fadzilat-Solat