Entry yang sedikit berlainan daripada entry yang dah berlalu dan yang akan datang. Saje, nak berkongsi Cerita Mengarut tentang angan-angan sendiri. Tak salah kan? (^_^)
Cerita Mengarut kali ni, tentang Kamera. erm.. Mengarut dari segi angan-angan Mat Jenin, doakan moga jadi kenyataan ye.. tapi fakta-fakta nye mungkin kurang sikit mengarut. Jom tengok apa yang menyebabkan saya jadi angan-angan dengan benda ni..
Sony Cyber-Shot DSC-TX100
- Bersaiz lebih kecil dan lebih tinggi kualitinya, ketebalannya kurang daripada 1" dan panjang 4".
- Resolusi/resolution: 16.2MP! (mega pixel, nak tau Pixel tu macam mane, jom singgah kejap ke sini. Ni la yang penat2 perah otak belajar dalam subjek Remote Sensing, padahal benda basic jew.. =(. Menggunakan sensor CMOS R Exmor untuk imej cahaya rendah supaya menjadi lebih terang. Exmor R CMOS image sensor lensa memberikan kuasa penuh pada Carl Zeiss Vario-Tessar. (Student geomatic mesti dah lali kan dengan brand Zeiss ni.. ), memberikan kelajuan yang sangat pantas, berresolusi tinggi, dan memberi imej yang lebih/sangat jelas secara drastik. Sementara itu, gabungan Exmor R CMOS sensor dan image processor BIONZ memberikan imej yang sangat pantas hingga 10fps (Frames per Second/ Frame Rate) Anti Motion Blur.
- Skrin: 3.5" OLED Touch Screen!(Organic Light Emitting Diode. Apa tu OLED? Untuk lebih pengetahuan, boleh juga rujuk disini). Mampu memaparlan imej dengan warna yang lebih mendalam.
- Ada application Panorama iSweep untuk menghasilkan lanskap yang luas dengan satu sentuhan je! senang cite, mudah nak adjust lanskap imej yang nak diambil.. ala, tak perlu nak buat isyarat jari untuk cari post yang menarik. Tak gitu ea.. =)
- Merekod video dengan HD (High Definition) 1920 x 1080 / 60i atau 60p.
- Kamera ni juga mampu menukar sisi pandangan/dimensi baru kepada imej 3D dan Panorama Sweep 3D!
- dan banyak lagi tentangnya:- Backlight Correction- Background Defocus- Superior Automode- Carl Zeiss Vario-Tessar Lens with 25mm Equivalent Wide Angle 4x Optical Zoom- Natural Flash- High Speed shooting- Face Detection Technology- HDMI Output- Smile Shutter Technology- Sweep Multi Angle mode- Motion Detection- Anti Blink Function- Compatible with PC and MAC system- Anti Motion Blur Mode- Transfer Jet Technology- Include the software- Multi Scene Modes- Noise Reduction- Focus control- macam2 features...
huh! letih type satu2.. panjang bebenor.. banyak nye yang x faham lagi dengan teknologi sekarang kan? Smart kan kamera ni.. hu~ terpaksa berangan.. bukan apa, da memang TERPAKSA.. harapnya ini bukan semata-mata materialistik, tapi kita di bidang mana-mana pun, dekatkan diri dengan Maha Pencipta tu kan elok... dah lama nak memiliki sebuah kamera ni.. tapi saje tunggu lama-lama sikit. Jelous jugak tengok kawan-kawan dengan kamera masing-masing lagi2 yang duk pegang DSLR tu.. huh! sebab berangan jugak nak DSLR tapi lepas terjupe TX100 ni... hadui.. habis kepuk-kepuk awan DSLR tu hilang.. =) da tak perlu pegang kamera besar2, sebab dah tau diri ni 'terbolah'(x tau mcm mna nak spelling ni, word dialek kelantan means mudah cuai) Kecik-kecik sudah, padan la dengan badan kan. Ukur kamera di badan sendiri kan. Amek masa dlu untuk mencari yang terbaik.. so tak salah, asalkan menang memakai. tak gitu.. ok lah.. sampai sini je cite angan-angan. boleh la jenguk2 kat mana2 website nak tengok function TX100 ni cmne..
pandangan hadapan
pandangan hadapan dengan cover
pandangan hadapan lagi.. different angle
bahagian belakang.. OLED..
pandangan atas.. kurang daripada 1"
sumber utama: http://www.bhphotovideo.com/c/product/750040-REG/Sony_DSCTX100V_B_DSC_TX100_Digital_Still_Camera.html
Selamat tinggal mimpi DSLR
Kan ku Ganti dirimu dengan TX100
masyuk weh!
12 JULAI 2011
11 SYAABAN 1432H
11 SYAABAN 1432H
4.50am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan