Syukur alhamdulillah, dikembalikan semula ruh setiap siang dan malam, menghirup setiap juzuk-juzuk di ladang akhirat ini. Subhanallah, maha suci Allah atas setiap yang berada disekeliling kita, masih normal mengikut sunnatullah masing-masing meskipun gegak gempita, rona-rona akhir zaman itu menyinsing di penjuru alam. Alhamdulillah, segala Puji bagi Engkau, pemilik langit & bumi, pencipta alam buana, yang menghidupkan dan mematikan makhluknya.
Kita insan biasa, setiap detik yang dikurniakan masih lemah untuk tunaikan amanah kepadanya. Lemahnya diri kerana ujian itu bertandang dan menjenguk kita tanpa kita sedari kunjungan mereka. Sedihnya apabila ujian itu hanyalah musibah yang menimpa diri. Dangkalnya akal kerana tidak mampu mentafsir kehidupan sendiri. Ujian silih berganti, seumpama bayu menepis pipi, hadirnya lembut menampar halus tapi menimpal diri dengan segunung erti. Berat ujian bagi mereka yang merasai, ringan terasa bila semua dikembali kepada Ilahi.
Ya Allah
Janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat
sepertimana Engkau bebankan kepada orang-orang
sebelum kami.
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkan kami, Ampunilah kami..
-al-baqarah: 286-
29 November 2011
3 Muharram 1433 H
4.07pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan