Khamis, 2 Februari 2012

::Hari Itu-Part 4::

Setelah lama penantianku, dengan keadaan tubuh yang kadangkala suhu naik dan turun, akhirnya aku dipanggil untuk melakukan operation. Tanggal 4 Jan, jam 8 pagi itulah detik-detik yang belum pernah aku lalui sebelum ini. Perjalanan dari wad ke bilik pembedahan. Aku disorong di atas katil, turut ditemani nurse dan 2 orang sahabatku.
Sepanjang perjalanan, fikiranku kosong! Terawang-awangan. Tak tahulah fikir apa. Menelusuri lorong-lorong itu, pandangan aku hanya ke siling, sesekali menoleh ke kiri kanan namun tiada apa yang menarik, sesekali juga menjeling kepada mereka yang turut bersama-sama menyorong aku hinggalah tiba di kaunter sebelum dibawa masuk ke dewan bedah. Di garisan inilah pemutus hubungan antara aku dan sahabat. Aku tak tahu apa yang sahabat buat di luar sana, tapi aku didalam ini keseorangan. Ya! Tapi ditemani doktor-doktor yang berpakaian biru dan ada juga yang berwarna kuning cair. Aku ditempatkan seketika di satu sudut menunggu.



~nervous nya~ ( =_='')


Perjalanan makin mendebarkan apabila aku disorong pula menuju ke dewan bedah…melalui beberapa partitions di dalam opis operation itu. Lampu bulat2 3 unit yang sederhana besar kini menghadapku. Owh.. inilah rupa dewan bedah. Sunyi, kosong, luas. Hanya peralatan pembedahan sahaja. Aku boleh merasakan pergerakan doktor dan pembantunya disekeliling aku, bersiap untuk dibedah selepas ini. Beberapa alat di’attach’ di tubuhku. Aku menurut sahaja dan tidak mahu fikir apa-apa pun sekarang. time inilah berserah..
Ini hanyalah minor operation….
Sungguhpun begitu, aku tidak terlepas daripada dibius… how?
Sakit?
Mestilah tak, sebab aku dibius bukan melalui suntikan. Aku kira, aku dibius seluruh badan dengan ubat yang dimasukkan melalui pernafasan. Mulanya, doktor memberikan oksigen yang ditekapkan di seluruh mulut dan hidung untuk seberapa ketika… setelah beberapa pernafasan, tanpa sedar, melalui bekalan oksigen itu, aku dapat merasakan udara yang lain. Tarik nafas sekali ok lagi. Kali kedua, kepala terasa ringan sedikit, ketiga, aku dapat rasakan badanku kebas lalu aku spontan menggerakkan jari jemariku kaki dan tangan atas tindak balas terhadap bius yang dimasukkan. Mataku yang memandang doktor yang berada dibelakang kepalaku kini perlahan-lahan tertutup.. kelamlah duniaku tanpa aku sedar apa yang akan dan telah berlaku…
Aku tak tahu sudah berapa lama aku disitu. Apabila sedar, aku telah berada di satu sudut seperti awal tadi. Doktor meminta respons dariku namun aku tidak mampu mengeluarkan suara. Terasa perit tekakku untuk memecahkan peti suara ini. Aku cuba sekali lagi, dan hanya mampu berkata “tak larat” dengan nada yang amat lemah. That’s all. Beberapa minit kemudian, aku dikeluarkan dari kawasan tersebut dan dibawa ke katilku. Aku dapat lihat sahabatku masih lagi menunggu diluar rupanya. Ya Allah, setianya mereka. Aku harap Allah membalas jasa mereka ini. Kami sama-sama menuju ke wad aku. Aku terlalu lemah, tak mampu bergerak. Sesekali mengerutkan wajah apabila terasa gegaran mengenai perutku. Menahan kesakitan yang amat.
Hari itu, aku banyak berehat. Ramai sahabat-sahabat yang datang menziarahiku sejak dimasukkan ke hospital. Hanya senyuman yang mampu kuukir setiap kali pertemuan. Terima kasih kerana sudi menziarahiku, semoga Allah mengurniakan ibrah dan rahmat pada kalian.
Dipendekkan cerita, sejak pembedahan, aku kurang makan, terlebih tidur, akibatnya tak dapat tidur malam ^_^
Dan…
Kena pantang? Tak perlu sebenarnya menurut kata doktor.. tibai je apa-apa cuma untuk awalan ini, makanan pedas dan masam tidak digalakkan. Di hospital, sukar untuk menjamah makanan. Aku tetap lapar tetapi perutku masih menolak makanan yang diterima, akibatnya muntahlah apa yang pernah disua.
Perjuangan masih belum selesai.. meskipun aku terlepas satu subjek untuk final exam, namun aku masih berbaki 2 paper lagi. Apatah lagi subjek falak favourite aku isnin akan datang.
Ok.. nak share tips untuk pantang.
Anggaplah kamu kena pantang macam mak-mak kamu pantang.. that’s all… ^_^ seriuslah! Tak tipu. Dari segi makan, pergerakan dan lain-lain.. tapi berurut tidaklah… bila operation tu, sah-sah kena jaga luka apatah lagi yang dibahagian dalam. Eloklah makan ikan haruan untuk mengelokkan luka tu. Option lain, minum jus gamat dan di luaran (luka luar-tempat berjahit) disapu gel gamat disekeliling kawasan tapi bukan di atas tempat luka. Jangan makan makanan bergoreng, jangan makan makanan sejuk, aiskrim dan bla..bla..bla.. Inilah nasihat orang sekeliling aku. Walaupun aku tak berapa amalkan (awal2 lg dah tibai aiskrim & makanan kafe yang tiada option langsung bagi pesakit macam aku ni) apa yang mereka bagi, tapi at least aku share pada semua. Mana la tau, akan datang rezeki kamu semua pula kan… lagi2 perempuan, time bersalin macam ni la kot. Then, janganlah bergerak ganas2 sangat apatah lagi kalau masih di awal2 tu. Gerak slow-slow… kalahkan kura-kura gitu.. (n_n) toksahlah tiba-tiba nak rajin melompat sini sana. Naya la nanti… terbukak luka tu, alamatnya kena pergi jahit semula, mase tu tiada dah bius ni.. jahit semasa sedar!
******
Tips lagi….
Tak tahu berapa ramai yang ambil berat tentang perkara ini. Tapi bagiku amat penting… dan kukira, tidak ramai yang melaksanakan apabila dikurniakan nikmat kesakitan.
SOLAT!!
Solatlah walaupun dalam keadaan sakit melainkan sakit yang melibatkan kewarasan otak seperti koma, separa sedar. Seperti juga orang yang gila, mereka tidak diwajibkan untuk melaksanakan tuntutan solat. Pada keadaan ini, mereka tidak mampu menghadirkan kewarasan dalam setiap tindakan dan perbuatan mereka, maka tidaklah wajib keatas mereka. Bersolatlah mengikut kemampuan kamu pada ketika itu. Dulu, semasa di dalam wad, saya hanya mampu solat secara duduk di atas katil sambil menghadap kiblat. Itu sebelum pembedahan. Selepas pembedahan, aku hanya mampu bersolat berbaring dan melalui pergerakan mata sahaja sambil menghadirkan hati. Islam itu agama yang indah, mengajar penganutnya untuk sentiasa mengingati Allah siang dan malam, dalam setiap keadaan. Kerana Dialah yang menciptakan semua ini.
Solatlah atas kemampuan anda! Banyak kitab-kitab fiqh dan buku panduan yang mengajar kita beberapa keadaan/rukhsah semasa solat terutama ketika musafir dan sakit. Daripada berdiri (qiam), duduk, mengiring, berbaring hinggalah kepada isyarat gerakan mata. Indah kan Islam? Setiap anggota amat berguna kepada kita untuk menyatakan sujud kita kepada Yang Maha Pencipta.
Solatlah di awal waktu, kerana ianya memudahkan anda dan mereka yang menjaga anda.
Jangan dilupa, untuk bersuci yakni berwudhuk. Wudhuklah pada keadaan yang semampu kamu pada ketika itu. Namun begitu, sekiranya anggota kita bersambung dengan najis seperti kantung najis, dimasukkan air dan kesan tompokan darah dan sebagainya, ia belum dikira masih belum suci. Ya, kerana semua ini bersambung dengan najis dan di dalam solat kita akan menampung najis tersebut. Bukankah solat itu perlu bebas (suci) daripada sebarang najis? Maka, apa yang mampu kita lakukan? Kita boleh bertayamum pada kedaan tertentu (rujuk kepada yang alim), sucikan najis dahulu (sekiranya dibenarkan untuk menanggalkan sambungan tersebut dan membersihkan lubang cucukan/suntikan dari najis seperti darah) atau tetap dengan wuduk seperti biasa tetapi dengan niat utk melaksanakan solat pada waktunya, yakni menghormati waktu solat ketika itu. Kemudian, selepas sihat akan diqadha’kan semula solat-solat yang dilakukan semasa tidak sempurna syaratnya itu… mudahkan?
Bagiku, amat penting untuk setiap staff, nurse dan doktor turut mengajar dan mengingatkan setiap pesakit. Itulah yang diperlukan, doktor muslim, yang alim, bukan semata-mata doktor atas kepakaran sahaja malah turut membantu rohaniah ummat manusia.
Untuk yang bertitle muslimah (wanita muslim kesemuanya, bukan yang bertudung sahaja, tetapi semua)…
Seperti sebelum ini, berusahalah untuk memelihara auratmu dimana jua kamu berada. Hatta ketika sakit, terlantar, masih tetap mampu menjaga kehormatanmu itu. Ketika di hospital, aku turut terfikir, bagaimana mahu menjaga auratku ini. Aku tahu, kebanyakan atau mungkin semua hospital tidak menyediakan jilbab/kerudung/tudung. Walhal dengan berpakaian pesakit itu, bagaimana mahu menutup aurat? Alhamdulillah, semasa di hospital, masih ada yang melekapkan tudungnya. Ada juga yang hanya melekapkan serkup sahaja. Tapi tidak akan lari daripada yang tidak mengenakan apa-apa penutup pun. Aku tidak hairan kerana bagiku, inilah penyakit masyarakat sekarang. Soal pengamalan Islam secara syumul tidak diteguhkan dalam masyarakat malah membawa unsur-unsur penyakit masyarakat pula. Akibatnya, lihatlah disekeliling kita… Alhamdulillah, kalau bukan aku yang mengingatkan, aku masih sempat berpesan pada sahabat untuk menjaga auratku jua… terima kasih…
Maka… disini sahajalah cerita aku pada Hari Itu… terima kasih kepada setiap yang terlibat jua yang mendoakan… kini, saya beransur sihat dan mampu kembali normal seperti biasa atas rahmat Allah jua.
***segala perkongsian/tips terutama yang melibatkan kaifiat ibadah, sila rujuk kepada yang lebih alim kerana disini hanya menyatakan mengikut kedaan diri sendiri dan dinyatakan secara ringkas sahaja.








2 ulasan:

cahayasemulajadi berkata...

Cepat-cepat sihat..boleh bersilat lagi..\(^0^)/

Unknown berkata...

adui... iyerla tu.. x boleh dah... ni perang saraf namanya.. sampai ke sini bawak cerita..