MUSLIMAH
~Fitri Widjayanti~
Wahai muslimah berbahagialah
Kita telah dilahir-Nya dengan mulia
Subhanallah Tuhan tlah berkati
Surga di telapak kaki ibu
Oh muslimah kau selalu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan tuntunan sejati
Oh muslimah dekatkanlah diri
Selalu pada Ilahi demi cinta-Nya
Insyaallah Tuhan kan memberi
Kecantikan yang abadi dalam ridho-Nya
Oh muslimah kau selalu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan tuntunan sejati
Oh muslimah kau selalu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan tuntunan sejati
Oh muslimah kau selalu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan tuntunan sejati
Sekian lama sudah berlalu, Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre; PICC anjuran Iluvislam.com. Syukur, berpeluang berteduh di bawah payung majlis ilmu yang besar seperti ini. Sungguh Awesome! Penyertaan khusus untuk wanita, sajian ilmu yang khusus untuk wanita jua. Sungguh, masih ada lagi insan yang kasihkan wanita-wanita di luar sana. Terima Kasih diucapkan kerana menyediakan pendekatan dakwah seperti ini. Moga satu hari nanti aku berpeluang menyumbangkan hal yang sama untuk masyarakat di luar sana.
Satu yang tersentuh semasa program ini, perkongsian media semasa acara pembukaan. Klip video seperti di atas, namun lagunya telah diolah (ditukar) oleh urusetia. Semasa majlis, lagu 'MUSLIMAH' nyanyian Fitri Widjayanti berkumandang seluruh dewan. Mata menatap video yang dipaparkan seiring dengan maksud disebalik lagu tersebut. Sungguh Terbaek! Inilah pertama kali mendengar lagu Muslimah! Aku jatuh cinta pada liriknya.
Wanita diluar sana, kalian disayangi oleh semua lebih-lebih lagi Pencipta kita semua, Allah Taala. Jom kita sama-sama jadi wanita muslimah, wanita solehah. Muslimah & Solehah bukan hak eksklusif seseorang tapi menyediakan diri kita di tempat eksklusif di Syurga nanti. Insya Allah... sama-sama ya kita baiki diri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri
berdasarkan kepada empat ciri iaitu
kerana harta bendanya
kerana keturunannya
kerana kecantikannya
dan kerana pegangan agamanya.
kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan)
kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama
Nescaya kamu bertuah (beruntung)
-Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim-
*sebarang
penulisan di sini bukanlah bertujuan menunjuk atau sewaktu dengannya, namun
sekadar coretan peringatan bagi yang selalu lupa. Bukan jua untuk berlagak
dengan kebaikan namun cukup sekadar menyampaikan apa yang faham tentang ilmu
yang terlalu sedikit ini. Jika ianya seperti nasihat untukmu, percayalah bahawa
penulis ini sedang berbicara menasihati dirinya sendiri berbanding menasihati orang
lain. Maaf segala salah silap pada setiap perkongsian, semoga kita sama-sama
mencari ilmu. Biarlah ilmu yang sedikit, tapi mampu untuk diamalkan. Jangan
diminta ilmu yang lebih banyak, tapi tak bisa kita mengamalkannya. "Ilmu tanpa
Amal ibarat Pohon tanpa Buah." Tumbuhnya pohon atas Rahmat Allah yang
dikongsi oleh orang lain, namun tumbuhnya pohon itu tidak mampu memberi manfaat
kepada orang lain.
Wallahualam...
28 Mei 2012M
7 Rejab 1433H
5:47 pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan