Isnin, 11 Jun 2012

::ANAKKU PENDAKWAH::



ANAKKU PENDAKWAH

         
Anakku
Dakwah ini umum
Tidak perlu tunggu ada ‘title’ ustaz ustazah
Barulah engkau digelar pendakwah

Anakku
Dakwah itu luas
Tidak perlu jumud pada berjuzuk
Semuanya ada cerita
Engkau tahu, engkau sampaikanlah

Anakku
Nak berdakwah ini seperti bola
Jika kau hentamkan ia ke dinding dengan kuat
Nescaya ia akan melantun keras
Sakit tangan menyambut bola itu
Tapi
Jika kau hentamkan ia dengan sekadarnya
Nescaya ia akan melantun dengan baik
Senang untuk disambut,
Kurang sakit.

Anakku
Biarlah engkau jadi doktor
Ataupun jurutera
Ataupun peguam
Atau segala pekerjaan lain di bumi ini
Asalkan engkau tahu
Kemana arah tujumu
Engkau berlari, biarlah akhirat sebagai garisan penamat
Nescaya dunia itu akan turut sama berlari bersamamu


Ayuh sahut seruan
“Ballighu ‘anni walau ayat” ~ Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat ~




3 ulasan:

emi berkata...

=)

NORAZLINDA AMIN berkata...

ameen..

Unknown berkata...

err... ok.. xde kne mengena ya.. cepat aje kome ni