Jumaat, 22 Jun 2012

::ReFLeKSi DiRi::


Syukur alhamdulillah, dikembalikan semula ruh setiap siang dan malam, menghirup setiap juzuk-juzuk di ladang akhirat ini. Subhanallah, maha suci Allah atas setiap yang berada disekeliling kita, masih normal mengikut sunnatullah masing-masing meskipun gegak gempita, rona-rona akhir zaman itu menyinsing di penjuru alam. Alhamdulillah, segala Puji bagi Engkau, pemilik langit & bumi, pencipta alam buana, yang menghidupkan dan mematikan makhluknya.

Kita insan biasa, setiap detik yang dikurniakan masih lemah untuk tunaikan amanah kepadanya. Lemahnya diri kerana ujian itu bertandang dan menjenguk kita tanpa kita sedari kunjungan mereka. Sedihnya apabila ujian itu hanyalah musibah yang menimpa diri. Dangkalnya akal kerana tidak mampu mentafsir kehidupan sendiri. 


Ya Allah, malunya denganMU.. dangkalnya ilmu.. ceteknya iman.. sikitnya amal.. di usia muda.. moga aku mampu melakukan sebaiknya. Ya Allah, bimbinglah kami ke jalanMu.. Kasihani kami yang lemah dan jahil ini. 










29 November 2011
3 Muharram 1433 H
4.07pm

2 ulasan:

emi berkata...

ujian, refleksi diri...

Unknown berkata...

maka, janganlah berputus asa pada ujian Allah. pasti dan pasti ada ganjaran disebaliknya. jika bukan didunia ini, doakan semoga lebih berbahagia di hari kekal sana...
**xda kene mengena- Nak naik pangkat pun ada tapisan ujiannya bukan? semakin tinggi pangkat, semakin ketat ujiannya.. (^__^)