Sejak zaman berzaman (rasanya), pelbagai persoalan mengenai hukum-hukum dalam agama diajukan kepada para alim. Zaman sekarang ni, sadisnya tak ramai yang suka bertanya kepada yang alim, bahkan paling teruk 'let it go' sahaja perkara tu. Itulah suasana pegangan agama yang boleh dilihat di zaman sekarang.Hakikatnya, dalam keruntuhan moral ni, sebenarnya masih ada orang yang sedar akan kepentingan agama. Jika kita mencari, Insya Allah akan ditemui, kerana yakin dengan janji Allah, Allah akan permudahkan jalan ke syurga bagi orang yang menuntut ilmu. (menuntut ilmu ni pun 1 perbahasan lain). Diri ni pun orang biasa sahaja. Mana-mana ilmu yang mampu dicekup, itulah yang akan cuba difahami dan diamalkan.
Rentetan daripada pengalaman sejak dari zaman sekolah, persoalan tentang perempuan ni cukup rumit.yeah, sedikit kompleks. Sesama perempuan sendiri pun ada yang macam-macam persepsi & jawapan diterima. "Ntah, tak taula", "Erm... tak sure la. Cuba tanya dia tu", "Saya rasa macam ni, macam ni. Kalau awak nak kepastian, pergilah tanya sendiri kat ustazah", "Opps, sorry. Aku dah belajar, tapi satu ape pun tak paham", "Aku dah lupa wei". Haisyh, payah, payah... Sampai bila nak menjadikan diri ni cukup ilmu pengetahuan untuk amalan diri? sampai bila harus bergantung kepada orang lain? Macam tulah beberapa situasi sepanjang pernah hidup ni. Kadang-kadang, tercabar jugak bila diri sendiri yang tak mampu bantu kawan-kawan lain.. Jadinya, dengan kemudahan zaman sekarang ni banyak yang boleh diusahakan. Antaranya, cari ilmu. Ya, cari ilmu dengan berguru, jangan lupa tambahkan koleksi buku panduan supaya senang nak ulangkaji dan dirujuk semula.
Saya harap, cik-cik, puan-puan sekalian dapatlah usaha untuk mencari sebanyak mungkin ilmu yang bertebaran di sekeliling anda. Bak kata ustazah Fatimah Syarha, "Wanita lebih mencintai ilmu, sebab tu ramai yang hadir ke majlis-majlis ilmu". Ayuh! sahut seruan "Hayya 'Alal Falah". Insya Allah, saya berhasrat juga untuk berkongsi dengan sesiapa tentang persoalan tentang Haid, Nifas & Istihadah ini. Buku yang menjadi teman saya untuk ini adalah seperti di bawah. Namun, apa yang bakal saya kongsikan di blog ini hanyalah penerangan ringkas yang mudah untuk difahami hasil pembacaan buku ini & selama saya pernah mengaji dahulu. Semoga apa yang salah & silap harap ditegur ya.. terima kasih.
21 Julai 2012
1 Ramadhan 1433H5:11pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan