Jumaat, 10 Mei 2013

:: Dengan Al-Fatihah Ku Berbicara DenganMu::


Penghulu segala hari, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga baginda. Allahumma solli a’la Muhammad

Semalam

Usai Asar, tergerak hati nak ke kuliah tafaqquh petang ini.. Allah, lama sudah tak menjejakkan kaki ke sana. Ruginya.

‘Hari ini kuliah apa ya?’ monolog sendirian. Seolah-olah dah hilang ingatan dek kerana lama tak menyinggah ke taman syurga tu.

‘Oh, khamis. Khamis? Khamis belajar tafsir surah la. Tak bawa buku Tafsir yang selalu ustaz guna. Hmm… tak pe la. Pergi dengar-dengar dulu.’

Beriringan dengan seorang teman yang jua coursemate walaupun destinasi kami berbeza.

Jam di Galaxy Y menunjukkan jam 17:23 petang. Kebiasaannya kuliah bermula jam 17:00 petang. Harapnya tak banyak ketinggalan.

Sepelaung sudah dapat didengari suara ustaz Azhari menyampaikan kuliahnya tatkala melangkah ke bangunan belakang masjid. Huhu… harapnya sempat la.

Hari ini Tafsir Nurul Furqan (Tafsir al-fatihah & Yassin) sudah tidak kedengaran lagi. Buka buku baru. Tafsir As-Sajadah. Kini pada ayat ke 4. Tenggelam dalam majlis ilmu. 

***************

Entah dari mana ustaz masuk, tiba-tiba jasadku terdorong ke hadapan, menongkat dagu ke meja. Telinga di pasang seluas-luasnya tanda aku berminat dengan penyampaian ustaz. 

Simple tapi terkesan.

*************

Kita Islam tapi tak kenal pencipta. Lahir-lahir kita disuruh sembahyang, puasa, zakat.

Adakah tanda orang yang kenal Allah itu, bila sembahyang, tak tutup mulut ketika menguap?

Otak ligat berfikir. Serupa dengan artikel yang kak kina tuliskan di blog nya. ‘Pilih Kasih’.

Bayangkan, kamu ni Raja. Ustaz bercakap-cakap dengan kamu sambil menguap tak tutup mulut. Macam mana kamu rasa? Tak beradab kan? 

Dengan Raja pun, seluruh menteri-menteri tunduk takut pada Raja ketika mengadap, berbahasa seboleh-bolehnya tak ada silap. 

‘Ampun Tuanku, hamba patik yang hina mengadap…bla..bla..bla..’ 

Nak bersin depan Raja pun tertahan-tahan. Ini kan pula dengan Allah. 


**********

Setiap kali kita solat, kita berjumpa Allah. Itulah saat ketika kita bertemu dengan Allah (dengan merasakan Allah melihat kita tanpa kita mampu melihatNya). 

Bila kita dapat bercakap dengan Allah? Dalam solatlah peluang kita bercakap dengan Allah. 

Macam mana? Sedar tak ketika solat kita berbicara dengan Allah. 
Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. 

Setiap bacaan solat kita, Allah menjawab.



Al-Fatihah

Apabila hambaku berkata: 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku’; 


Apabila hambaku berkata: 
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu’; 


Apabila hambaku berkata: 
Yang Menguasai Hari Pembalasan. 

 Allah menjawab 'hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku'


Apabila hambaku berkata: 
Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami mohon pertolongan.

 Allah menjawab ‘Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku


Apabila hambaku berkata: 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 

Allah menjawab ‘ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku’ 



Aku garap apa yang diperkatakan ustaz. Ku simpan dalam hati. Memang benar kata-kata Allah itu. 


**********

Kini, 

Tikar sejadah terbentang, tanda untuk aku menunaikan ibadat pada Tuhanku. 

Teringat pada kata-kata ustaz siang tadi. 

Inilah saat aku berbicara dengan Tuhanku, Allah yang Esa.


Saat Al-fatihah berkumit di bibir, saat itu jualah berderai air mata mengalir..... mengenangkan Allah sedang berbicara denganku.

Ya Allah, sungguh benar. Jika inilah nikmat yang Kau mahu berikan padaku. Tetapkanlah aku pada keadaan ini Ya Allah. Aku tak sanggup kehilangannya lagi. Amin...

*******************************************************************************************


  • Ramai manusia merasakan dia sudah sembahyang, tapi hingga mati dia tidak kenal Penciptanya
  • Ramai manusia sembahyang tapi sembahyangnya dek rasa terpaksa
  • Ramai manusia sembahyang tapi cukup dengan menyempurnakan rukun-rukunnya tanpa jiwa terisi
  • Ramai manusia sembahyang tapi masih mencuri dalam perbuatan solatnya
  • Ramai manusia sembahyang, dalam rukuknya, dalam sujudnya jasad tunduk tetapi tidak pada nafsunya yang ingin tunduk pada Allah. 
  • Ramai juga manusia yang sembahyang. Sembahyangnya itulah tiang hidupnya. Tiada kekuatan dalam dirinya melainkan kekuatannya terhadap Allah.... 

Doakan aku akan terus berubah ke arah lebih baik. Mencari sinar dalam kegelapan. 

Doakan juga aku menjadi tetamu Allah, beribadat di Baitullah jika Allah izinkan aku ke sana. Mohon doa daripada hati-hati suci kalian untuk hamba yang hina ini.... 


Tiada ulasan: