A: tgh pening
nak train adik2 baru. macam mane nak hadapi diorang yg yg nak suap je..
A: macam mana dgn adik2 ni. diorg dah smggu
dah masuk tapi still kata: “bole x akk buat, sy x taw pape”
=============================================================
#Throwback
Akak, yang ni nak buat macam mana?
Kak, bole ke kita panggil semua untuk explain
benda ni?
Akak, esok kita ada meeting jabatan, lusa
meeting AJK, kemudian esoknya pulak ada perjumpaan dengan nuqaba’, usrah,
bla..bla..bla..
Warna-warni
bergerak kerja selama 4 tahun di pengajian. 4 tahun bergelumang dengan
macam-macam situasi. Macam-macam feeling, marah, geram, hiba, stress, suka. Senang
cerita, 1 pakej semuanya.
Ujian Ikhlas
Pernah suatu
ketika dulu jugak, aku pernah mengamuk akibat kerja yang dah cantik diatur
terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu. Dulu, BOMI jadi tempat singgahan
setia. Hampir setiap hari kunjung. Ada sahaja yang nak dibuat. Penangan
daripada kejadian amuk itu, aku baru sedar untuk apa aku kerja sekadar seperti
robot. Kerja pun perlukan hati. Hati yang willing untuk melakukan apa sahaja
dengan ikhlas. Ujian ikhlas. Ya, ujian ikhlas. Ikhlas pula menggerakkan seluruh
jasad bagaimana untuk bekerja. Memang tak dapat lari dengan pelbagai masalah
remeh dan besar. Bermain dengan kerenah orang menyebabkan jadi letih dengan
semua ini. Letih tapi 4 tahun dah berlalu.
Antara perkara
yang berat jua, kehilangan sahabat perjuangan saban tahun. Nak melalui 4 tahun
dengan kehilangan sahabat2 tertentu bukan mudah. Beliau lah yang mengajar kita,
kini dia pula tinggalkan kita. Itulah lumrah, perkara biasa. Pernah kutangisi
suatu ketika dahulu kerana terasa bebanan perlu meneruskan amanah ini seperti layang-layang
yang talinya hampir putus. Terawang-awang meraba kembali jalan untuk hari
mendatang. Rupanya Allah tidak meninggalkan seseorang itu tanpa penggantinya.
Ada penggantinya, walau tak sama, tapi Allah lebih tahu keperluan pada waktu
tersebut.
Walaupun bekerja
dalaman ini mengerah emosi, tenaga, yang menguatkan adalah kita sendiri.
Sahabat seperjuangan pernah jauh, pernah jatuh pernah hilang terus. Semua tu
atas diri sendiri. Kadang-kadang dek kerana masalah yang orang kata terpencil
inilah penyebabnya. That’s why I’m totally not agree if benda kecil pun nak
kesah. Of course kena kesah, sebab kita tak tahu macam mana orang tu terasanya
dengan kita dan boleh menyebabkan si dia lari. Salah siapa?
Meningkat saban
tahun, daripada junior meningkat sebagai senior pula. Lebih kerek, adik-adik
gelar legend. Huh! Tak boleh bla…. ^_^ ujiannya lain pula. Kuantiti pun dah
semakin kurang, mengerah kami untuk mengejar kualiti dalam tempoh yang singkat.
3 orang senior dengan pendekatan masing-masing.
A: tgh pening nak train adik2 baru. macam
mane nak hadapi diorang yg yg nak suap je..
A: macam mana dgn adik2 ni. diorg dah smggu dah masuk tapi
still kata: “bole x akk buat, sy x taw pape
Formulanya senang, tapi nak apply memang
perlukan sabar.
“what u give, u get back”
“Apa yang aku tak pernah dapat/rasa
dulu, kita beri pada mereka”
Formula ni, perlu disesuaikan dengan waqi’.
====================================================================
Minta nasihat? Sungguh maaf ya
adik-adik, memang tak layak nak bagi. Orang ni tak punya apa-apa. Yang lebih
layak adalah diri sendiri. Kerana tanpa muhasabah diri, dan mengharap orang
lain, we gain nothing to create something. Paksa diri untuk bertindak waras dan
menjaga maslahat semua pihak.
Tapi macam mana akak train kitorang?
Setiap senior punya cara masing-masing. Setiap
senior pula tak kuasa nak mendidik semuanya dengan diri sendiri. It’s all about
cooperation. Fahami keadaan, fahami apa keperluan, fahami kemampuan masing,
fahami tindakan. Then, bertindaklah.
Bagi saya, saya ikut formula/prinsip
diatas. Plus yang paling penting, saya anggap setiap satu jasad daripada kamu
semua adalah family saya sendiri. That’s all.
=====================================================================
Laluilah dengan Tabah, sabar, Rasional.
Soalan yang kita utarakan pada seseorang sebenarnya apa yang kita pernah buat dulu. itulah kita dulu. betulkan? so, apa yang senior prnah usahakan dulu? if nothing, kamulah yang perlu beri apa yang kamu tak pernah dapat/rasa dulu. Memberi lebih daripada menerima.
Siapa kita pada masa lalu adalah
menentukan siapa kita pada masa sekarang.
Siapa kita pada masa sekarang adalah
menentukan siapa kita pada masa akan datang.
What u give, u get back. What u do, u
learnt from it.
a hand to hold many hearts |
what u give? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan