Sabtu, 29 Mac 2014

::A.P.T.T.::

Alhamdulillah, hampir genap 5 bulan bekerja disini. Meski bukan dirancang pada awalnya namun tetap rasa bersyukur kerana terlalu banyak perkara baru setiap hari yang dilalui dalam ofis ini. Terlalu banyak jika ingin dititipkan pengalaman disini.

Beberapa hari yang lalu, dalam 1 usrah/liqa' pertama bersama ahli baru. seperti biasa, taaruf mendahului agenda perjumpaan pada setiap kali pertemuan. Sudah menjadi lumrah. Antara mereka, hanya akulah tuggal yang sudah bekerja manakala yang lain masih lagi muda remaja meniti liku-liku kehidupan kampus. Sedang berbicara, terpintas persoalan si adik. "Akak, macam mana akak sekarang?". "Ok x kerja sekarang?". "Akak turun kawasan mana?"

Kebanyakan yg tanya, saya beri jawapan yang hampir sama. "Akak alhamdulillah. Buat masa ni ok la kerja sekarang walaupun jadi 'orang kerajaan'. Banyak benda kena belajar & jaga". "Akak x turun kawasan mana2."

What a shame tapi itulah hakikatnya sekarang. Sebab itulah, sekiranya ada adik-adik yang katanya respect, saya akan menolak kerana dia hanya melihat yang dahulu, bukan yang sekarang. Jika mereka tahu keadaan kini, pasti bukan perkataan itu yg diluahkan acapkali bertanya khabar. Keinginan mengatasi situasi semasa. Seringkali mahu seperti sahabat2 lain yg mudah atau sering ke majlis atau gerak kerja. Pernah seawal selepas habis pengajian, berjinak utk mendekati group usrah kawasan melalui alam maya. Tetapi kejadian yg sungguh memeritkan kerana kehadiran orang baru tidak dirai malah perbincangan topiknya sungguh mengguris. Seolah-olah memerli tindakan sesetengah ahli apabila habis pengajian lebih menjauhkan diri, tidak mahu bergerak kerja, dan sebagainya. Wah! Seusai membaca mesej2 tersebut, lantas keluar daripada group tersebut. Hanya ketua sahaja yg prihatin seketika bertanya kejadian itu. Yang pahit ditelan. Ya, sahabat baru belum mengenali, begitu juga tidak tahu keadaan semasa kita, maka bersangka baiklah. sekali terluka, terlalu lama untuk mengubati. kini, mencari yang lain walaupun bukan pada wasilah yang 'sama' seperti sahabat lain. mungkin itulah cara supaya betul2 tidak meninggalkan jalan islah ini. Sesungguhnya, berharap suatu hari nanti, dapat bersama-sama meniti hari yg lebih baik.

Persoalan kadang-kadang memilukan hati. Itulah kehidupan, untuk maju kehadapan.

Sesungguhnya, hidup kini berbeza dengan yang dahulu. Jika dahulu, selesa dengan sahabat dan rakan-rakan tapi kini semuanya jauh dipandangan mata, jauh dari suasana dahulu. Mungkin jua sahabat sudah jauh hati kepada yang lain. Ya, xmengapa. hidup memang pahit untuk terlalu menjaga hati sendiri. Baru ku mengerti apa yang dirasakan oleh sahabat2 sebelum ini.

Apa yang ada sekarang, itulah yang akan dibawa. Sambil membaiki diri & keluarga sementara masa yang masih ada. Di ofis pun kadangkala mengundang 1000 rasa, yang pahit, yang manis. Menjadi junior/paling muda pun bukanlah suatu yang best kerana pastinya menjaga diri itu sangat susah. Apatah lagi dengan fizikal seperti bukan kebanyakan orang di sekeliling. Alhamdulillah, cuba untuk sentiasa positif dan berdoa setiap hati supaya hati-hati disekeliling lembut untuk berubah menjadi lebih baik, pekerjaan sentiasa dijauhkan dari sifat leka, tidak amanah, diberi izin rezeki yang halal & berguna jika ini yang Engkau tempatkan.

Satu hal yang sentiasa terngiang-ngiang hingga kini, permintaan oficemates untuk mengadakan pengisian setiap Jumaat. Waduh.... Terpukul juga kerana permintaan yang tiba-tiba. Apakah yang aku dah buat selama ini hingga timbulnya permintaan sedemikian. Aku bukanlah si naqibah yang berjaya. Ada jatuhnya, dan bukanlah antara yang boleh dibanggakan ketika waktu dahulu. Tanya sahaja pada adik-adik, pasti mereka pandang sebelah mata sahaja. Tapi hal yang menggembirakan, dapat melihat adik-adik yang lebih berjaya dari kakak naqibahnya ini seperti mana niatku setiap kali membawa pengisian kepada mereka. Kini, sekirannya permintaan officemate menjadi realiti, sememangnya isi pengisian akan berbeza seperti ketika mengendalikan group usrah dahulu. Latar belakang yang berbeza tapi satu yang aku tak dapat gambarkan perasaannya. Ianya atas permintaan mereka & mereka menerima perbezaan fizikal, yang bertudung ataupun yang tidak bertudung. Yang lelaki ataupun yang non muslim. Sungguh berat untuk memikirkan pengisian yang sesuai dengan semua ini. Doakan yang terbaik & ilham yg baik.

Aku tak tahu apa yang sedang terjadi, tapi aku cuba menjadi apa yang mampu. A.P.T.T. Apa Pun Tak Tahu....




Tiada ulasan: