Ahad, 22 Jun 2014

::FeMeS PiaLa DuNiA-FIFA::

Jadual penuh FIFA. tak cukup jelas lagi? klik pada gambar untuk 'tumbesaran' yang nyata =)

==================================================

Bahang FIFA dah dihangat-hangatkan berbulan lamanya. Hanya sekarang ni men'gila'-'gila' demam FIFA agaknya. Semua benda dalam norma hidup ni dijadikan FIFA. Berbual pun ada keluar tentang bola, anak patung semua jersi pasukan bola standard dunia, kredit, mesej-mesej telko komunikasi semua hambat Piala Dunia FIFA ni ha. Erm... bola pun bola la kan. Hiburan bagi peminat, pengkritik bagi amatur dan 'skill' bagi players. Tak kurang jua, antara bola ni, diselit dengan Musabaqah Tilawah & Hafazan Antarabangsa. Dilanjut pula dengan bahang Ramadhan dalam seminggu lagi ni. Bola-Tilawah-Puasa. semua pun boleh....

==============================================

Alkisahla tentang bola dan musabaqah ini, perbualan mak dan anak-anak mengisi ruang yang ada. Spontan teringat tentang kedai-kedai mamak dan restoran larut malam 24 jam yang memasang layar LCD dan TV HD berinci-inci besarnya di port masing-masing. Port yang menjadi tumpuan manusia dikala musabaqah 'bola' secara langsung sambil teriakan menghantar sorakan ala-ala nak ke stadium perlawanan ketika itu. Akan tetapi, terkenang pula si ibu akan masa lalu ketika zaman susah-susah. Dulu tiada elektrik. Macam inilah orang Penerbitan pasang layar besar-besar di kampung. Layar besar dan tinggi, mampu mengjangkau pandangan penonton yang jauh. Cerita hitam putih, gambar-gambar filem dijana dengan alat yang diaktifkan dengan tenaga generator. Duduk di atas surat khabar, semua orang kampung datang ke tapak 'wayang' tersebut, yang ada motor, bermotorlah, yang berbasikal, gendeng berbasikal, yang berjalan, sama-sama berjalan. Pokoknya semuanya menuju tempat yang sama ketika itu. 'Wayang' ketika itu sangat dihargai, setahun cuma ada 2-3 kali sahaja. Apabila tahu Penerbitan akan datang ke kampung, hari itu jugalah akan mandi awal-awal untuk berkejar ke sana. Daku tersenyum sahaja mendengar nostalgia ibu. Antara makanan yang selalu dijual, aiskrim. Aiskrim plastik tu, as known as aiskrim Malaysia.

Harganya ketika itu 10sen sebatang. Aku menyampuk, "10sen? Mahalnya."

Aku yang jenis streotype (erm.. stereotype la sangat) beranggapan jual beli zaman dulu ni murah-murah je. 1 sen ke, 5 sen, semua tu boleh dapat banyak. 

===========================================

Zaman sekolah dulu, mak bagi 50sen je untuk sekolah agama, sekolah kebangsaan up sikit, 70sen. Ketika itu pertengahan tahun 1990-an. Setiap hari kebiasaannya akan beli makanan yang sama sahaja. Sekolah agama, keropok lekor 2, sekolah kebangsaan, karipap atau hotdog atau kuih lain. kadang-kadang kalau ada extra, boleh beli air. Kadang-kadang tak turun makan, hanya turun 'makan' di library sekolah, 'makan' buku-buku yang ada di sana atau proseskan peminjaman buku budak-budak sekolah. Nak dikatakan mewah, tidak sangat, tapi tak juga susah. Sedang-sedang sahaja kerana aku tahu ada yang lebih kaya dan tak kurang juga ada yang kurang berkemampuan. 

Betullah apa yang diucapkan mak tadi. Semua itu hanya tinggal sebagai kenangan. Mak tak jemu menceritakan apa-apa sahaja yang terlintas dikepalanya tentang masa lalu, dan aku pula layankan sahaja cerita mak dengan pertanyaan ingin tahu. Kerana yang susah itu dululah menyenangkan kami yang sekarang. Adakah aku mampu lakukan yang sama untuk generasi akan datang? Tinggal persoalan, belum ada jawapan.... 




Tiada ulasan: