Rabu, 26 Jun 2013

::SuRi RuMaH:: (~_~)

Its over 9:30am
Huh! Baru siap sebahagian kerja-kerja rumah. Non-stop!

*****
6:15am - 7:00 am : Kejutkan adik, kemas tempat tidur mereka, buatkan air mereka, bagi duit belanja di sekolah, hantar ke sekolah. 

J, T, bangun-bangun... (hadoi... susahnya nak celikkan anak teruna dua ni. adeh =_=!)

Dalam mamai-mamai pagi ni, fikir jugak, sekolah ke tidak hari ni. Semalam & kelmarin x sekolah sebab jerebu teruk. Tapi tengah malam tadi kan hujan. Hmm... kurang sikit kot jerebunya... 
Jenguk-jenguk luar rumah, x nampak apa-apa. Masih gelap. Hmm... aih, nanti cerah pun x dapat beza jerebu dengan kabus (hehe..) macam mana ni... Anak teruna masih di pembaringan... si anak dara pulak sukaria dalam washroom... macam-macam perangai budak-budak ni. 

   Me: eh, buat apa syampu pagi-pagi ni. tak payah la... 
   Me: cepat-cepat sikit, nanti uncle sampai. Semayang dulu. (**uncle; panggilan utk driver bas sekolah)
   Adik B: Ala, mu kejutkan lambat
   Me: Eh, mane ade. Aku kejutkan sama timing macam mak la.
   Adik B: Em.. pukul bapa?
   Me: Macam biasa la, 6 suku.
   Adik B: Mak kejut 6:10. 
   (Ceyh! dia nak jugak cari pasal dengan kakak sorang ni)

T memisat-misat mata basinya (haha... word yang beliau suka guna. semua benda basi kalau baru bangun tidur). Jalan terhuyung-hayang, ambil tuala, menuju ke washroom... oH, ada kakak pulak... automatiknya, dia rebahkan semula badan ke lantai bilik dengan tualanya. Hish! (sabo je... mandi je la kat bawah). Si J pulak masih sedap memeluk bantal. Haih, macam ni ye anak lelaki. Payah sungguh, liat beno... Tinggalkan sementara si teruna bertuah tu. Tengok si adik B pula. Aku pula ke hulu-hilir, x tau nak mula dari mana. 

   Adik B: daripada mu jalan-jalan, baik buat air... 
   Me: hisyh... mu tu cepat sikit. lama sangat mandi.  
   (pandai pulak budak ni nak mengajar. yela, dia dah biasa tengok mak hari-hari.. )

Memang niat nk buatkan air tapi kalau buat awal sangat takut sejuk. 3 gelas air milo dengan mug masing-masing. Duit belanja di sekolah disusun bersama minuman tadi. Rm3, Rm4 & Rm5. "Amboi, banyak betul duit belanja dorang. kalah kakak dia yang duduk u makan sekali sehari je. Dulu masa sekolah duit aku cuma rm1 je.. nak dapat rm2? payah sangat. apa la yang diaorang beli di kantin tuh. mahal sangat ke" getus aku dalam hati. 

Si J & T alhamdulillah, bangun sendiri. Ingatkan naik atas tadi kene bebelkan dorang. Huhu... baik pula mereka pagi ni ye.. Alhamdulillah... 

Selesai semua urusan adik-adik- mandi, pakaian, hantar mereka ke sekolah. Hantar dengan pandangan je la.. hehe.. dua orang naik bas, seorang lagi rela berjalan... Huh, alhamdulillah. selesai keje awal2 pagi subuh ni.. 

*****
7.15 am - 9.30 am : keje suri rumah fasa 1 (ngeh3... berfasa lagi tu)

Dimulakan dengan sidai pakaian, fuh! penuh ampaian
Then, sapu halaman rumah luar. Oh ya, semalam mak pesan, hari ni lori sampai mai. Usai sapu halaman, terus ke dapur, buang sampah ke tong. 
Masuk rumah, kemas-kemas sikit dapur. Pastikan semuanya clean, cantik. 
Kemudian, baru sapu-sapu dalam rumah. 
Kemudian, tibalah masa melipat baju. wow! 1 bakul besar, full basket! hehe.. nasib la, keluarga besar, adik beradik ramai. beginilah nasibnya... 

*****
ok, kerja suri rumah fasa 1 almost done. =) alhamdulillah... Apa yang saya dapat? Banyak, sangat banyak. 

1) Saya dapati, kerja sebagai suri rumah antara pekerjaan mulia. Tetapi boleh jadi juga antara pekerjaan yang boleh membawa kepada kurangnya pahala. Sebab apa? Kerjanya tak  pernah putus. Lepas satu, satu lagi menunggu. Kemudian, ada lagi dan lagi. Kerjanya berulang-ulang. Setiap hari buat kerja yang sama. Kadang-kadang tu kerja yang sama perlu dibuat beberapa kali dalam sehari. Bukankah ianya membosankan? Sehari masih boleh tahan (mungkin). Macam mana pula jika berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan, bertahun Bosan tak? =) So, apa yang saya boleh katakan disini, dalam melaksanakan kerja-kerja sebegini, kadang-kadang hati ini tak mampu bertahan. Mudah sahaja nak merungut, naik angin dengan melayan kerenah yang ntah pape, kerja yang berlambak dan sebagainya. Saya pun manusia biasa. Pagi tadi pun dah rasa mahu marah disebabkan adik liat sangat mahu bangun. Tapi iman masih mendahului, diusapnya hati supaya berkata  'SABAR'. Budak-budak tidak boleh terlalu keras. Biasa la tu, darah muda, semua benda yang dilakukan mahu perfect. Siapa yang melintang jalan pasti mahu tebas orang tu. =) Penyelesaiannya, mudah tapi perlu dilazimi. Bekerjalah dengan hati mulia, dimulakan dengan basmalah, letakkan pergantungan kepada Allah dan selalulah berzikir. insya Allah... 

2) Disebabkan kusutnya pekerjaan sebagai suri rumah ini, maka, barulah saya faham perlunya pendokong disebalik kesabaran dan ketabahan suri rumah. Kebiasaannya si suami la. Sebab itu apabila kita mengambil contoh tauladan mulia, junjungan besar Nabi Muhammad saw., baginda sangat-sangat positif dalam hal pekerjaan rumah tangganya. Turun membantu, hulurkan tangan, gotong royong, malah barangan peribadi sendiri diurus sendiri. Antara lain, baginda juga banyak mengajar wanita-wanita melalui kisah ahlul bait (ahli keluarga baginda sendiri) agar mengamalkan zikir semasa melakukan kerja rumah, memberi motivasi kepada si isteri dan anak perempuan baginda, mendengar keluhan penat lelah disamping menceriakan. Masya Allah... 

3) Saya salute, tabik spring pada mereka yang sanggup menjadi suri rumah lebih-lebih lagi mak saya. Sepanjang hidup beliau berkeluarga, dia hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Sejak kakak ku yang pertama hinggalah ke saat ini. Tidak pernah berkerjaya sebagaimana wanita-wanita sekarang. Penat lelah beliau melayan kerenah anak2 lebih 27 tahun lalu hingga kini masih gagah. Sangat kagum.

4) Meskipun kerja sebegini mencabar, tapi saya enjoy. Sangat bersyukur kerana melalui nya saya peroleh pengajaran secara tidak langsung dan cuba untuk mendidik diri supaya lebih dekat dengan sunnah Rasulullah meskipun tidak banyak mampu diikuti lagi. Melaluinya juga, saya sangat beruntung kerana dalam diam saya cuba untuk mengenali sifat dan sikap adik beradik saya setelah bertahun-tahun saya merantau. Alhamdulillah. 

5) Cita-cita saya juga mahu menjadi seperti mak. Dapat menguruskan keluarga secara langsung tanpa peralihan tugas kepada orang lain yang kini masyarakat lebih suka menggaji orang untuk menguruskan rumah dan mengasuh anak-anak. Saya amat yakin dengan didikan secara terus ini, kerana kitalah yang akan memahatkan aqidah yang kukuh untuk anak-anak. Tarbiyatul aulad semestinya perlu reflect kepada keluarga sendiri lalu perlu ditambahbaik melalui didikan daripada keluarga lain dan juga ilmu-ilmu di luar sana. Keluarga saya sangat biasa, tiada yang luar biasa, bukanlah islamic culture seperti keluarga sahabat-sahabat saya tapi insya Allah saya akan cuba semampu kudrat saya. Mampu ke saya menjadi seperti itu dalam zaman sekarang? Mohon doakan saya & muslimat lain.. 

Ada lagi kisah-kisah berada di rumah ini dan akan saya kongsikan pada catitan yang lain... Sekian dahulu pada kali ini. Saya mohon doakan kebahagian & keselamatan umat Islam di dunia ini dan juga di akhirat sana. Juga kepada keluarga saya, diri saya, anda dan sahabat-sahabat. Semoga kita semua sedang menempuh jalan yang Allah redhai. Terima kasih... 

Tiada ulasan: