Rabu, 26 Jun 2013

::GeLaGaT Si TaHuN AkHiR BiLa NaK BeRPiSaH::

Haa... kali ni dengan senang hati nak berkongsi gelagat sebahagian rakan-rakan yang dah 4 tahun berada dalam pengajian. Alhamdulillah, hampir semuanya boleh nampak masa depan yang cerah. Bermulanya perkenalan semasa kelas pertama iaitu subjek Pengaturcaraan Komputer. Yang mengajar ketika ni adalah dekan Fakuti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Prof Dr Sahrum Ses. Walaupun rasa malas nak perkenalkan diri tapi sangat teruja sebab classmate kali ni antara yang paling ramai sepanjang saya dan rakan-rakan lain pernah lalui. 84 orang kesemuanya termasuk daripada direct intake semasa kami di tahun 2. Setiap orang perlu 'taaruf' kan diri sendiri, nama, asal, dan beberapa soalan tambahan lain yang diajukan oleh Prof. Waktu ini, saya hanya kenal seorang sahaja iaitu Iqbal a.k.a Kebo sebab dia classmate kawan baik saya sewaktu matrik; Mazza. Selalu la nampak beliau ni semasa matrik, agak femes sebab Mazza selalu cerita. Haha... ok... 4 tahun pengajian, dengan macam-macam adegan, gelagat, yang pahit, yang manis dan lain-lain. Hinggalah akhirnya semua bertungkus-lumus mengerjakan tesis masing-masing dan berjaya melepasi cabaran 4 tahun dalam jurusan kejuruteraan geomatik ini. Sungguh tak disangka, saya belajar dalam bidang ini? huh! payah tapi menarik untuk kaum hawa. =) berikut saya kumpulkan beberapa coretan rakan-rakan SGU Pishang yang telah pun meninggalkan bumi pengajian degree geomatik ini. Selamat maju jaya, yang berjaya dapat kerja tu, kerjalah dengan amanah & etika ya... bidang kita ni sangat payah nk cari mereka yang x terima rasuah. Jangan rosakkan hidup anda dengan penyakit ni, kelak 'sakit' hidup akan datang. Yang further study dalam atau luar negara, all the best. Jelajahilah selagi hayat masih ada. Saya? Doakan yang baik-baik. Saya masih dalam pertimbangan lagi, kalau ada tawaran kerja atau biasiswa, cepat-cepat la inform ye... terima kasih untuk semua ilmu-ilmu,perkongsian, makan, minum, sukan dan lain-lain.... 


























Biar coretan dan gambar menyampaikan bicara. Semoga ketemu lagi di konvo atau di mana-mana.
pemenang post bicara paling tacing: Anif Harun... =)
pemenang post foto memanjang/raja instagram : Afifi Nordin & MohdNasiruddin... wee~ =)

Jaga diri elok-elok semua...



27 Jun 2009-23 Jun 2013
Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Batch SGU Pishang (n_n)

Tiada ulasan: