Rabu, 17 Julai 2013

::CoNFiDENT Di BuLaN RaMaDaN::

Coret-coret dan gelak ketawa bermain di minda apabila teringatkan peristiwa di bulan ini. Skill memasak? memang hampeh. ~_~ tak boleh challenge chef. Tangan ni bukan kuasa untuk benda-benda sebegini. Tapi tak mengapa, belajar sikit-sikit kan. Nak jadi hebat bukannya dengan mudah. Kurang feeling kalau macam tu. Perlu lalui kegagalan dan bermacam-macam kesilapan. Teringat juga dulu semasa program, saya volunteer jadi ajk masak walaupun tak reti memasak, cabar diri sendiri untuk bina keyakinan. Ya, alhamdulillah, bermula dari situlah saya lebih confident untuk mencuba masakan lain dengan olahan sendiri. Tidak bergantung kepada orang lain. Dan semasa proses inilah hingga sekarang dan mungkin akan datang pun kesilapan dan kesilapan akan terus berlaku. Bersyukur atas nikmat kesilapan yang berlaku kerana dengan kesilapan tersebutlah kita dapat belajar mengenal diri, membina serta membentuk diri sendiri. 

Confident di bulan Ramadan ini berkisar tentang makanan. Of course! =) Tapi maaf, bukan nak siarkan gambar makanan tau. (Tak baik la... nanti kena dakwa masuk mahkamah pulak.. ngee). Saya pasti, bulan mulia ni ramai antara kita ringan tulang membantu menyediakan juadah berbuka puasa kan? Nak ceritanya, kisah-kisah yang selalu akan dan telah berlaku seperti ini...

   >>> Manih leting!
   >>> Eii~ Tawa hebe (~_~)
   >>> Masin peghak!
   >>> Uish! Masin macam air laut!

hee~ kan? begitulah dialog yang biasa dah kita dengar dan dikritik. Terasa hati (huhu.. tak pe2). Dan disebabkan prestasi 'menu' tesebut, kita dengan mudah di cop sebagai "Tak reti masak ke!" rasanya nak jugak menjawab; "memangler~" huhu... Dah tu, bulan puasa seperti ni tak sama dengan bulan-bulan lain. Nak rasa tak boleh. So, bila masukkan perasa tu la jadi CONFIDENT nak letak berapa amount nya... kadang-kadang tangan nya ajaib, kadang-kadang jadilah seperti di atas ini... 

Tetapi, yang saya tabik kepada para bapa dan ibu. Macam mana pun rasa makanan tu kan, cool je kan dia. Tak kritik pun. Elok je suap masuk mulut. Macam tu la, betapa pandainya mereka ini menjaga hati anak-anaknya. Syukur Alhamdulillah... 




Tiada ulasan: