Ahad, 14 Julai 2013

::ReSePi BiSKuT TiP ToP MuDaH::

Idea ini tercetus apabila seorang sahabat mula bertanyakan resepi kuih raya apa yang paling mudah. Sambil mencuit dia, awalnya nak buat kuih raya. Baru awal Ramadan kan? Silap juga, kebanyakan sahabat-sahabat saya ni sudah bekerja, so hanya hujung minggu sahaja la masa yang terluang dan tak lelah nak proses kuih. ye dok? Well, kebanyakan biskut mudah sebenarnya tapi jadi tak jadi dan rajin tak rajin je kan? =p Selepas beberapa responds daripada ber'wassup' dalam group tu, keluarlah beberapa resepi yang tip top mudah dan ringan tangan lah kalau nak buat tu. Insya Allah... So, ini lah beberapa resepi yang dicadangkan sahabat-sahabat dan yang saya pernah buat dan yang saya search lagi dalam internet. 


CORNFLAKES MADU


Bahan A:
125g butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

Bahan B:
1 kotak cornflakes (500g)
1 cawan kismis
1 cawan badam/gajus cincang

*Hiasan:
ceri dipotong kecil
gula hiasan (manik etc.)

Cara-cara:
1) Panaskan bahan A hingga butter cair, tutup api.
2) Masukkan bahan B, gaul rata
3) Sudukan ke dalam paper cup 
*4) Hiaskan dengan ceri dan lain-lain ikut suka
5) Bakar dengan suhu 170 deg. celcius, 8-10 minit


BISKUT SEMPERIT
(kak kiena =p. bak katanya, paling simple abad ni)


1 ketul buttercup
1/2 tin susu pekat manis
sebungkus tepung jagung (500g)
*gula hiasan (manik, etc.)

Cara-cara:
1) Pukul butter dan susu hingga sebati. 
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli rata hingga jadi doh. 
3) Terap dengan acuan
4) Bakar dengan suhu 170 deg. celcius, 10-15 minit. 


BISKUT DAHLIA/BUNGA CINA

250g butter
120g gula icing
1 sudu teh esen vanilla/rose
1 biji telur

Bahan diayak:
130g tepung Red Rose
300g tepung jagung
50g tepung ubi

*Hiasan:
ceri potong
pewarna
putih telur

Cara-cara:
1) Pukul butter dan gula, speed sederhana hingga sebati
2) Masukkan telur dan esen vanilla
3) Perlahankan speed mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan jadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
*4) Sekiranya rajin, warnakan sebahagian doh 
5) Tekankan doh dengan acuan bunga dahlia di atas dulang pembakar
6) Oleskan sedikit putih telur ditengah bunga untuk melekatkan ceri
7) Bakar dengan suhu 140 deg. celcius, 20 minit atau hingga masak


BISKUT MAKMUR


Doh:
500g tepung gandum
80g gula halus
minyak sapi (ikut lembut sampai adunan boleh dikepal)

Inti:
300g kacang tanah (dipanggang/goreng tanpa minyak. Blender halus)
70g gula halus

Gua icing untuk salut kuih 

Cara-cara:
1) Gaul bahan doh hingga menjadi lembut dan boleh dibentuk.
2) Gaul bahan inti sebati
3) Ambil sedikit doh, bujurkankan, leperkan, masukkan inti sebesar biji kurma. Kemudian bentukkan bujur
4) Bakar dengan suhu 180 deg. celcius, 20-25 minit atau hingga masak


BISKUT ARAB

250g tepung gandum
125g gula halus
125g minyak sapi
*susu tepung
*pewarna

Cara-cara:
1) Gaul rata kesemua bahan hingga sebati
*2) Sekiranya nak buat berwarna, bahagikan adunan dan gaul dengan pewarna
3) Bentukkan (bulat) adunan, golekkan atas gula, masukkan dalam paper cup. (kalau guna gula ising, golekkan selepas biskut masak)
4) Bakar dengan suhu 180 deg. celcius, 20-25 minit
[resepi biskut ni senang sahaja. 3 bahan, kuantiti minyak sapi dan gula adalah separuh daripada kuantiti tepung]


BISKUT OAT
(Maaf, tak dapat upload. Nak lihat gambar, boleh rujuk terus blog berkenaan)

150g Oat Segera
200g minyak sapi (yang biasa guna, bertin hijau tu)
100g gula halus
200g tepung gandum
*kuning telur untuk sapuan atas biskut sebelum dibakar
*gula hiasan (manik, bubble, mutiara, dll yang disukai)

Cara-cara:
1) Campur gaul kesemua bahan hingga sebati.
 2) Bentukkan biskut (bulat/tekap acuan) di atas dulang pembakar
*3) Sapu kuning telur dan tambah gula hiasan (bahan dan step ni optional)
4) Bakar suhu 180 deg celcius, 10-15 minit. 


Jika adunan tu perlu diterap atas dulang pembakar, oleskan siap-siap dengan sedikit butter hingga rata supaya biskut tak melekat di dulang apabila sudah masak. Dah namanya biskut, perlu disejukkan dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara selepas menjadi. Kalau biskut tu sedap, alamatnya tak sampai raya dah habis dulu dibaham time bulan puasa ni. Pandai-pandailah ye nak jimat or nak sorok dulu ke or nak buat time dekat-dekat raya. Up to you.. Dalam resepi di atas ni, ada yang pernah saya buat tahun sebelumnya dan ada yang masih belum cuba. Tak pe, kita try ya kali ni. so, all the best kepada si pembuat kuih raya ni. Simpan resepi ni dalam buku resepi tu, nanti boleh tunjuk ajar kat anak cucu.. ^_^

#yang bertanda * bermaksud optional. 

I LIKE THIS! (n_n)

Tiada ulasan: