Ahad, 21 Julai 2013

::DoaKaN KaMi::

Entah di mana silapnya
Aku akui, aku insan yang lemah dan banyak dosa
Mungkin disebabkan dosa-dosaku ini, Allah bayar sedemikian.

Sungguh aku tak berdaya menghadapi saat-saat sebegini.
Keluarga lebih memerlukanku berbanding perkara lain.
Allah... Moga kau dengar rintihan hambaMu ini.

Kesihatan kami terganggu.
Secara tiba-tiba dalam masa satu hari, semua tidak berdaya.
Panas badan, lemah longlai. Hanya mampu berkelubung dalam selimut.
Allah... Satu keluargaku sebegini.
Apa yang jadi ya Allah... Ampuni aku ya Allah

Kepada sahabatlah aku mengadu nasib.
Memohon doa untuk kami semua.
Biarlah aku yang sakit ya Allah, jangan mereka semua.
Engkau ambillah aku ya Allah, kerana aku yang salah.

Meski turut mengalami nasib yang sama, tapi aku perlu gagahkan jua.
Biar sakit ditanggung, asal mereka yang lain tidak susah.
Ku paksa jasad ini bekerja mengurus semuanya.
Meski kadangkala sakit menyapa.

Paling teruk kini adalah mak.
Dulu ayah, kini giliran mak.
Luruh hati melihat keadaan mak begitu.
Puasa, tak mampu.
Ayah sentiasa ada di sisi.
Sekali sekala mengurut, tuam badan.
Sekali sekala mengaji alquran disisi.
Sedih terasa melihat keadaan ini.

Teringat beberapa hari yang lalu.
Ayah dikejarkan ke hospital dingin malam hari. Mak menemani.
Ayah juga tidak berdaya. Insan yang aku lihat kuat, kini lemah.
Mak setia menemani. Mujur tidak lama, akhirnya pulang ke rumah keesokannya.
Mak menghubungi aku yang ketika itu dalam program.
Segera ku pulang.
Dimata seorang ibu dan ayah, ada sesuatu yang tersimpan.
Ketika mampu bangun, ayah solat dan mengaji.
Dalam alunan ayat-ayat Alquran itu, hati seorang lelaki menjadi lembut.
Tenggelam dalam dunia diantara dia dan Allah.
Menahan sendu dalam bacaannya.

Dimata mak pula berbicara. Meski tidak bersuara.
Saat-saat diuji sebegini, moga Allah kuatkan, dimudahkan semuanya.
Andai apa-apa yang berlaku, dimana lagi tempat berlindung.
Yang selama ini, kepada seorang lelaki inilah (ayah) tempat berlindung.
Ini, Membuatkanku bertambah sedih.

Allah, bersyukur aku dikurniakan ibubapa sebegini.
Engkau tempatkanlah mereka tempat yang mulia, syurgaMu di hari akhir sana

Kini
Moga Allah tunjukkan aku jalanNya
Jalan yang benar, jalan yang lurus
Berilah aku petunjukMu
Berilah aku kefahaman dalam memahami petunjukMu
Aku kembalikan segala urusanku padaMu
Aku redha, jika ini kehendakMu

Biar sakit ini menemaniku.
Andai ianya lebih mendekatkan diriku padaMu.
Allah, jangan tinggalkan aku.
Aku lemah dan tak berdaya.
Menghadapi dugaan demi dugaan yang bertimpa dalam hidupku.

Ampuni aku.
Ampuni aku.
Ampuni aku.


# kepada sahabat-sahabat dan pembaca yang budiman, saya dengan rasa rendah hati, dari insan yang lemah ini memohon untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan kepada keluarga saya. Saya mohon maaf atas segala dosa-dosa saya pada kalian.






Tiada ulasan: