Selasa, 9 Julai 2013

::MeNCaRi HaSiL KeBaJiKaN::


Mencari kebajikan itu ada dimana-mana. Hanya bergantung kepada niat, kemampuan dan usaha seseorang untuk menggapainya. Kebajikan, umpama tanaman. Ia perlu di benih, di bajai, di jaga sepanjang hayatnya dan hasilnya nanti boleh dituai. 

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" [al-Baqarah, 261]



Antara aktiviti sesuai dan bermakna yang boleh diamalkan sebagai cara untuk mendidik diri adalah dengan menabung. Meskipun trend menabung ini amalan kuno (kononnya) namun ia sangat praktikal dari segi rohani (bergantung pada niat dan tujuan). Trend masakini, pasti sebahagian masyarakat gemar menabung di terus bank tetapi masih lagi wujud amalan menabung seperti zaman dahulu cumanya bekas tabung yang bervariasi. Tetapi yang pasti menabung itu untuk tujuan tertentu. Maka, apa tujuan anda menabung? 


Dalam dunia ni, ramai yang menabung untuk membeli item impian
Pakaian, gajet elektronik dan lain-lain
Tak kurang juga ada yang menabung demi keperluan hidup
pengajian, makan minum, sara hidup

Apa kata, kita didik diri dan orang lain untuk sama-sama menabung untuk saham akhirat? 
Nice kan? Sama-sama istiqamah menabung untuk kita tuai hasilnya nanti di akhirat sana. Meskipun prosesnya perlahan tetapi percayalah, ianya sedikit sebanyak mendidik rohani secara tidak langsung untuk selalu perbaharui niat dan berusaha menanam untuk menuai hasil di akhirat. 


Inilah hasilnya selama setahun menabung syiling dan duit kertas. =) Hasil daripada 2 buah tabung. Proses pengasingan bersama-sama adik-adik.  Insya Allah, sudah ada destinasi untuk menempatkan hasil tuaian jangka masa panjang. Doakan kami ya. ^_^


Suasana 2 in 1. Kita cuba memberi contoh yang baik kepada mereka, moga-moga mereka dapat mencontohi amalan baik dan menjadi lebih baik daripada diri ni. Di samping itu, saya turut mencabar adik-adik untuk berlumba menanam benih ini dalam jangka masa satu tahun.


Ini tabung si F. 3 tabung comel. Harap-harap penuh isinya dalam tempoh perlumbaan ini. 


Saya? Insya Allah, akan terus menggunakan khidmat bakti tabung yang sama. Kalau tak cukup, banyak lagi botol boleh guna =)


Ini pula si T. 3 tabung juga. Katanya, 2 tabung untuk duit kertas dan satu tabung rumah itu untuk syiling. Well done dik! =)


Insya Allah, doakan kami semua dan anda. Jumpa lagi tabung-tabung ini pada Ramadan hadapan untuk ditabur di ladang akhirat nanti. Insya Allah. 

Tiada ulasan: