Isnin, 8 Julai 2013

::SaLaM RaMaDHaN::

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, 

Di tikar sejadah, dalam dhuhaMu. Sayup-sayup suara itu perlahan menuturkan ayat-ayat suci Al-Quran. Lembut bacaannya, tidak seperti kebiasaan. Sayu, sesekali bergetar suara lelakinya, runtuh ego seorang lelaki pada ketika menyerahkan diri pada Allah. Kadang-kadang juga, bacaannya sedikit laju untuk menghabiskan ayat dek sebak di dasar hati. Entah kenapa, mungkin hari ini ataupun kejadian baru-baru ini telah membawa dia ke dalam dunia dengan TuhanNya. Suasananya ketika itu membuatkan aku untuk segera meninggalkan dia sendirian. ya, aku cukup faham keadaan itu, apabila dia perlu bersendirian berbicara dengan Allah (kerana ku juga pernah melaluinya). Aku sungguh sayang akan insan ini. Dan kejadian baru-baru ini menyedarkan aku siapa diriku & betapa perlunya aku bersama-sama mereka ini. Ya Allah, berkatilah hidup kami, kurniakan keselamatan dalam hidup kami dari azab kubur dan api nerakamu, peliharalah kami dari godaan syaitan, maksiat dan kemungkaran. Kasihanilah kami, kasihanilah kami, kasihanilah kami Ya Allah.. :'-( Doakan kami semua. 

Di kesempatan ini, pada Ramadhan tahun 1434H, saya mendoakan semua umat Islam, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, rakan-rakan semua agar peroleh apa yang baik dalam diri mereka. Kecapilah Ramadhan kali ini dengan sepenuh penghayatan. Saya dengan rasa hina & rendah diri memohon ribuan kemaafaan kepada ahli keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, rakan-rakan muslim dan non-muslim, dan mereka yang pernah mengenali saya. Entah kenapa, saya rasa sayu pada tahun ini. Ampunkan dosa-dosa saya pada anda semua, seolah-olah ini kali terakhir kita bertemu, doakan pula saya selamat di kehidupan 'sana'. Apa-apa yang baik saya pernah berikan dahulu, amalkan dan apa-apa yang tidak baik, tinggalkanlah. Dosa saya terlalu banyak, infiniti sedangkan amalan saya sangat sedikit, tak mampu membayar dosa-dosa yang pernah saya lakukan. Maka, saya mengharapkan doa dari sahabat seperti kamu semua dan juga syafaat dari Nabi Muhammad saw dan orang-orang soleh meskipun saya tahu saya tidak layak. Maaf semua dan saya tidak pernah menyimpan apa-apa pun terhadap kelakuan anda semua pada saya. Sebab Allah lebih menyayangi hambaNya yang taqwa. 


(gambar ihsan empunya website. syukran)


(Ramadan-Maher Zain)

***************************************************************
# Doakan kesejahteraan keluarga saya dan semua umat Islam seluruh dunia. 

Tiada ulasan: