"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya. Masuklah dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku."
~al-Fajr, ayt 27-30~
Jumaat, 18 Disember 2009
::SyuKuRKU::
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani. (Tuhan) yang Maha Kuasa serta melimpah-limpah rahmatnya, Dialah yang telah mengajarkan Al Quran, Dialah Yang menciptakan manusia, dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima perkataan, matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan tertentu, dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan, dan langit dijadikan (membumbung) tinggi, serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang, dan bumi pula dijadikanNya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain: terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-phon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin) ?
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat yang kering seperti tembikar, dan ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan? (dialah) Tuhan yang mentadbir dua timur, dan Tuhan yang mentadbir dua barat, maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan? Ia biarkan air dua laut (yang masin dan tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Dan dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar dilaut, yang terkembang tinggi layarnya seperti gunung–ganang; maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? segala yang ada dimuka bumi itu akan binasa; dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Sekalian makhluk yang ada dilangit dan dibumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNYa. Tiap-tiap masa ia dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal yang kamu sahaja (pada hari kiamat), wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa ada dalam urusan (mencipta dan mentadbir makhluk-makhluknya)! Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah AR RAHMAN,55:1-30)
Ssungguhnya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala itu brsifat Ar Rahman, yang Maha Pemurah. Sifat ar rahman trserlah mll kelebihan & nkmt2 yg diberikn kpd manusia. Manusia seharusnya menyedari ttg nkmt pemberian ALLAH. Tidak terhitung berapa byk nya nikmat2 tersebut. Infiniti… tidak terlintas langsung utk mnjdi kufur & sombong terhadap apa yg tlh ALLAH berikn kpd kita umt manusia. Nikmat wahyu (al Quran), hidayah, ilmu, rzeki, akal, pancaindera, tumbuhan dan alam dan mcm2 lg.. adakah kita sebagai hamba layak utk mempersoalkan kemana perginya nikmat2 tersebut? Tidak sama sekali. Hamba2NYa pagi dan ptg meminta kpd Tuhannya, setiap masa dan ketika,betapa rendahnya kita untuk sering meminta-minta (boleh bygkn tak?) rintihan daripada seorang, kemudian keluarga, masyarakat, rakyat, maka seluruh dunia turut meminta. Ter..terlalu ramaiutk mendengar dan memnuhi setiap satunya. Bahkan kita sebagai manusia ini pun belum tentu mampu mendengar apatah lagi memenuhi tuntutan seluruhnya. Namun itulah sifat kesempurnaan ALLAH Ya Rahman. Sentiasa memberi tanpa mengira latar belakang makhluk-makhluknya. Ad yang dilimpahkan dgn kekayaan, kesenangan, kelapangan, ketenangn, kejayaan dan sebagainya, namun ada juga dikurniakan kemiskinan, kesempitan, resah gulana, kegagalan, masalah2 yg bertimpa-timpa hingga menyesakkan dada. Ya ALLAH… semuanya kembali kepadaNya. Setiap satu itu ALLAH telah berikan dengan adilnya. ALLAH Maha Adil, tidak pun mengurangi atau melbihkan perhitungan Nya. Meskipun kamu seorang yang dilahirkan sebgai Muslim ataupun agama lain, meskipun kamu dilahirkan dgn tiada kesempurnaan pancainderanya ataupun dgn terserlah anggun segala pacaindera kamu, meskipun kamu ditempatkan di dalam kehidupan yang selesa, bersenang lenang tanpa secarik masalah pun ataupun bermacam-macam masalah tidak putus-putus mengejar kamu, meskipun kamu hidup tanpa sokongan ataupun mungkin dengan kongkongan yang berbagai, ataupun..ataupun.. dan ataupun… byk jenis manusia yang dilahirkan di dunia ini. Apakah kita tegar dengan semua itu??
manusia dilahirkan berbeza-beza, ad pasangan nya.. laki2 ad perempuan, kaya ad miskin, muda ad tua, hidup ad mati, langit ad bumi, lapang ad sempit... setiap satu ad letak nya kekuatan, ad juga terselit kelemahan. maka sebab itu adanya pasang2an utk saling melengkapi. knape kita manusia zahirnya dilahirkan sama, namun akhirnya takdir itu pula x sama.. kanape ya?? logiknya, x kn semuanya mahu sama... bagaikan semua perkara di dunia ini bergerak secara linear sja, tiada variasi, tiada onak dan duri yg mengganggu jln. mahu kah kita hidup seperti itu? jk tiada semua yg naik & trun ini, x mampu mnjadikan kita seorang yg berusaha utk majukan diri, menjdi yg lebih baik drpd yg baik..
jk dilihat dlm konteks bersyukur; syukur itu memberi nilai penghargaan & pemberian sesuatu kpd seseorg. jk diberi, kita menerima.. itulah proses fitrahnya. sikap org yg bersyukur ini sentiasa yakin dgn kbnran al Quran & as Sunnah yg menjadi pandu arah manusia hidup di bumi ini. mgunakan nikmat2 ke jalan yg diredhai ALLAH.. bersifat QANA'AH(berpada2), pemurah, tawaduk, dll. adapun dengan itu, wujud juga sifat2 mereka yg kufur ats segala pemberianNya; mereka rasa ragu2 terhadap sumber panduan hidup(al Quran & as Sunnah), malah menyalahgunakan nikmat2 ALLAH. sombong dan takbur, mementinkn diri pula. layakkah sifat2 ini bersarang di dalam diri manusia? fikirkanlah..
wujudnya mereka yg kufur adalah kerana:
1) selalu melihat org yg mendapat nikmat yg lebih.
adapun sifat ini amat ditegah oleh nabi kita, Muhammad Rasulullah SAW seperti dalam hadis berikut:
maksudnya: daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah saw bersabda :
' Hendaklah kamu melihat kepada orang yang lebih rendah (mendapat nikmat) daripada kamu dan jangan kamu (selalu) melihat orang yang lebih tinggi (mendapat nikmat) daripada kamu. kerana yang demikian itu dapat mengelakkan kamu daripada mengingkari nikmat ALLAH'
2) terlalu tamak kpd sesuatu perkara kerana sifat tamak ini menghilangkan rasa syukur.
maksudnya: daripada Ka'ab bin Malik RA berkata, Rasulullah saw bersabda: ' Orang yang tamak kepada harta dan pangkat lebih (ganas) merosakkan agamanya daripada 2 ekor serigala lapar yang berada di dalam sekumpulan kambing'
3) tiada sifat QANA'AH(berpada-pada)
maksudnya: daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'jika seorang anak Adam itu memiliki sebuah wadi yang dipenuhi emas, nescaya dia ingin memiliki sebuah wadi lagi(yang dipenuhi emas), shinggalah mulutnya dipenuhi tanah (selepas mati), dan ALLAH menerima taubat orang yang bertaubat'
4) kurang didikan agama kerana jika tidak terdidik dengan ajaran agama yang betul , dia gagal mnghayati konsep syukur, gagal menginsafi segala nikmat adalah kurniaan daripada ALLAH.
akibatnya, nikmat-nikmat tersebut akan ditarik disebabkan dosanya.
maksudnya: "sesungguhnya seseorang itu akan diharam daripada mendapat rzeki disebabkan dosa yang dilakukannya"
(riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
bukan itu sahaja, bahkan akan ditarik juga keberkatan (barakah) daripada nikmat tersebut walaupun nikmat itu masih diperolehi. dan yang lebih buruk lagi adalah datangnya janji-janji ALLAH dimana ia akan mendapat azab yang pedih pada hari akhirat nanti.. NAUZUBILLAH...
oleh itu, marilah berdoa, bersama-sama membantu diri juga sahabat-sahabat lain. mungkin sesekali kita tidak sedar ats sesetengah perkara yang dilakukan itu adalah tergelincir sedikit daripada landasan syariat yg syumul itu...
sekian... buat sahabat-sahabat diri ini terutama sahabat2 ber '35' yg masing-masing sibuk dgn macam2 urusan. diri ini juga begitu, namun kalian tidak penah melupakan kami dalam kesibukan kalian masih mmpu menasihati, mendengar & membantu sahabat. indahnya ukhuwah itu adalah kerana ALLAH. syukran jazilan kathira ats pertemuan & perkenalan yg singkat namun tidak pula kalian meninggalkan kerana harumnya syurga itu. maafkan diri ini kerana tak mampu menjadi seperti kalian. hanya mampu berdoa dgn RABITOH HATI agr hati2 ini bertaut adalah keranaMu. maka, harap janganlah sahabt2 kecewa dlm persahabatan ini. mungkin diri ini hidup hanya cukup cuma, tidaklah lama kerana diri ini tahu. moga kalian teruskan usaha, diri ini bangga melihat kalian w/pun hanya dgn mata hati.. bkn zahir seperti dulu. jaga diri kalian, selalulah menegur salah silap diri ini yang mahu byk belajar..
tak lupa juga mereka yg mngenali, mgkin berhubung dgn teknologi di hujung jari sahaja, namun ini pun sudah cukup baik drpd tiada. kpd batch DIAMOND IV, mana kalian semua ya... rakan2 sekelas ku, dan juga sahabt yg amat bermakna dalam diri ini mencurahnya masalh2 & meminta pendapatnya, namun beliau tiada jemu. memudahkan diri ini berada di jalan kini, meskipun diri ini masih byk persoalan bermain diminda, kenapa, bagaimana, siapa. dll...namun diri ini masih terus mencari, dahagakan apa yg tiada dalam diri ini. harap masih sudi membimbing diri ini...
kpd sahabat-sahabat yg belajar satu kos dgn diri ini, GEOMATIK, andalah juga sahabat diri ini, diri ini tahu kalian amat tersentuh pabila dianggap sahabat..YA!! anda juga sahabat, moga kalian tetap membantu diri ini kerana kalian lah yg sntiasa di sekeliling ku. terima kasih ats tunjuk ajr kalian, x jemu mengajarkan & memberi pemahaman kepada diri ini sepanjang proses menuntut ilmu. maafkn diri ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan