Ahad, 17 Januari 2010

::PROGRAM KU::


assalamualaikum buat pembaca sekalian... alhamdulillah, sekali lagi dapat dipertemukan lagi dalam penulisan maya ini. alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan untuk mencoretkan sedikit pengisian meskipun x banyak, namun mintalah agar istiqamah itu sentiasa mengiringi setiap amalan yang kita cuba lakukan. dalam setiap langkah, berdoalah agar masih ada kesempatan bagi kita memberi sumbangan dalam perjuangan agama ini.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
surah at taubah, ayat 41

berangkatlah kamu walau apa jua keadaan kamu kini, rasa senang maupun susah, kaya maupun miskin, sihat maupun sakit, sempit ataupun lapang... apa jua keadaan.. ALLAH telah brfirman, "Berangkatlah..." maka kita mestilah menyahut seruan itu.. yang demikian itu ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang tidak kamu mengetahui. moga dengan kesusahan, kepayahan, dugaan dan cabaran yang kamu tempuhi kini tidak mematahkan keyakinan kamu terhadap apa yang kamu perjuangkan kini. moga ALLAH bersama kita....


bercerita ttg keadaan diri sekarang, bagaikan dah x termampu kalau dipandang secara zahirnya. entahla, dari mana kekuatan diri ini berada, diri ini masih mampu mnguruskan apa yang dihidangkan meskipun lambat, dalam keadaan maksimum... emm... satu anugerah bagi diri ini... alhamdulillah... selepas satu pergi, datang lagi satu.. hari-hari dipampar di kalendar bagai dart yang menempah nempah tarikh dalam kehidupan ku.. oh, beginikah kehidupan? diri ini harap moga mampu melakukan yang terbaik meskipun banyak benda baru yang didedahkan,.. kehidupan sebenar x terjangka. diri harus bersedia dan berusaha untuk tidak melepaskan peluang yang ada. YA!!

oleh itu.. nk promotekan satu program yang cuba diri ini ceburi.. meskipun dalam jawatan yang kecil, namun suka pulak bila buat sesuatu yang belum pernah dicuba. seakan ia mencabar kemampuan diri untuk mengatsi kelebihan dan kekurangan pada diri. terima kasih untuk semua itu....

oleh itu, mai la datang ramai-ramai ke program nie... sbarkan pada kawan2 lain yang ada di utm... program ini kgas utk muslimat...ok..
salam...

1 ulasan:

Unknown berkata...

first time design flyers nie...ok x?