Ahad, 29 Ogos 2010

::KEUTAMAAN LAILATUL QADAR::




entri ini dimasukkan atas perkongsian daripada sebuah buku. selamat membaca..
buku : PENENANG JIWA - PENGUBATAN DAN RAWATAN | IMAM AL-GHAZALI | TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB | JILID 1

BAB 103
KEUTAMAAN LAILATUL QADAR

dirawikan daripada Ibnu Abas r.a dia berkata, "Dihantarkan kepada Rasulullah saw seorang lelaki Bani Israel yang dengan beraniaya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad(berperang) membela agama Allah seribu bulan, Rasulullah saw amat terpegun akan hal itu dan mengharapkan untuk umatnya. Maka baginda berdoa:

"Ya Tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya"
kemudian Allah swt memberikan kepada baginda dan umatnya malam 'Lailatul Qadar' yang lebih baik daripada seribu bulan di mana seorang bani Israel itu menghunus pedangnya membela agama Allah. Inilah keistimewaan umat ini.

Dikatakan bahawa nama lelaki itu adalah Syam'un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kudanya. sesungguhnya orang-orang kafir gentar apabila berhadapan dengannya. kemudian mereka menyampaikan seorang utusan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah bejana emas penuh dengan emas pula, yang akan diberikan kepadanya bila berhasil mengikat suaminya.

isterinya pun melakukannya. namun ketika suaminya bangun dan menggerakkan badannya, semua ikatan itu putus. si suami bertanya, "mengapa engkau berbuat demikian?" " aku hendak mencuba kekuatan mu" jawab isterinya. lalu dia menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. segera mereka memberinya rantai dan berbuat seperti dulu. tetapi si suami boleh juga memutuskannya.

iblis datang kepada mereka dan menunjukkan agar menyuruh isterinya bertanya kepada suaminya tali apa yang sekiranya dia tidak boleh memutuskan. "tali rambut yang tumbuh pada janggutku ini" jawab si suami ketika ditanya isterinya. memang, si suami mempunya janggut 8 helai dan mengikat kedua tangannya dengan 4 helai lagi. kemudian orang-orang kafir membawanya pergi ke rumah tempat penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. dengan ramai-ramai mereka potong kedua telinga dan bibirnya.

kemudian lelaki itu memohon kepada Allah agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatannya serta dapat dengan selamat menggerakkan tiang rumah itu agar merobohi mereka. allah swt mengabulkan doanya. ia berhasil memutuskan ikatannya, menggerakkan tiang rumah itu hingga merobohi mereka dan mereka mati semuanya. Tapi dia sendiri yang selamat.

ketika mendengar cerita ini, para sahabat Rasulullah saw itu bertanya, "wahai Rasulullah, bolehkah kami menemukan seperti pahalanya?" "aku tidak menger
ti" jawab Rasulullah saw. Kamudian Allah memberinya Lailatul Qadar seperti yang telah diceritakan di atas.

dari Anas ra , dia berkata, "telah bersabda Rasulullah saw: "pada malam lailatul qadar, Jibril alaihi salam dengan serombongan malaikat turun. mereka membacakan selawat dan salam untuk hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah swt."

Abu Hurairah berkata, "pada malam Lailatul qadar , para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada batu kerikil. pinti langit dibukakan untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.
adapaun manusia dalam hal itu bertingkat-tingkat. ada yang untuk setengah mereka, kerajaan langit dan bumi ini dibukakan tabirnya sehingga dapat melihat para malaikat dalam rupa bentuk aslinya. ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, bertahlil. ada juga yang untuk setengah mereka, dibukakan tabir syurga.
oleh kerananya boleh melihat mahligai-mahligai, taman, bidadari, sungai, pepohon dan buah-buahannya. bahkan juga melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada. kemudian juga melihat neraka dengan segala isinya serta tingkatan tempat orang-orang kafir. malahan ada pula setengah mereka yang dibukakan tabir antara dia dan Allah swt. sehingga dia tanya melihat kepada Allah swt sahaja.


dari Umar ra, Rasulullah saw bersabda: " barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan sampai subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadhan seluruhnya. "Fatimah lalu berkata, "wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tiada mampu beribadah malam?" Baginda menjawab, "hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah swt. itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruh pada bulan Ramadhan."

dari Aisyah ra, dia berkata,"telah bersabda Rasulullah saw: melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah swt mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk Syurga."

annafs~4.15 am~20 Ramadhan

54488-287-A6B314B4EF0C6FF6809A24962C000746

Tiada ulasan: