Khamis, 23 September 2010

::Impak Globalisasi terhadap masa depan agama Dunia::



Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular kini. Menurut definisi globalisasi, saya memetik pandangan daripada Kenichi Ohmea iaitu globalisasi adalah dunia tanpa sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja.Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi dan perhubungan. Namun, menurut Dr Mohammad Abu Ayn, beliau merumuskan kata globalisasi itu seperti ‘jilbab’ antara pakaian dan bagaikan kuda trojan dalam perangan. Perkataan ini menutup apa yang terkandung di dalamnya untuk menyembunyikan sesuatu, bahkan menyembunyikan lebih banyak dari yang di tutupi. Berdasarkan dua pandangan ini, maka dapat saya lihat wujudnya pertikaian terhadap globalisasi setelah kejatuhan kerajaan Soviet Union pada tahun 1991.

Istilah globalisasi digunakan untuk hampir semua perkara yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya. Harafiahnya, globalisasi menjadikan sesuatu itu global. Apabila semua perkara dijadikan menjadi satu, kita akan dapati bahawa wujud penyamaan terhadap apa yang ada kini dengan sesuatu yang bakal dicipta dan ini perlu diterima oleh seluruh dunia. Sesetengah mata masih mampu menilai impak terhadap beberap

a perkara yang sedang dilalui oleh dunia. Impak globalisasi ini boleh diterjemahkan dalam dua kategori iaitu impak positif dan impak negatif. Tumpuan pada kali ini adalah impak globalisasi terhadap agama dunia.

Sama ada disedari ataupun tidak, yang pastinya setiap orang terlibat dengan globalisasi sama ada kita ambil kisah untuk memikirkan sejenak implikasinya ke atas

kehidupan kita atau pun tidak. Positif nya globalisasi dalam lapangan agama dunia, berkembangnya agama Islam ke pelbagai negara lain khasnya di benua Amerika, Eropah dan Australia. Pada masa yang sama agama Kristian juga sedang berkembang luas ke pelbagai negara lain, khasnya negara yang rakyatnya beragama Islam. Terdapat mekanisme yang memudahkan penyebaran maklumat tentang agama bertujuan penyaluran pemahaman tanpa perlu selalu berhijrah untuk mendapatkan ilmu. Pendekatan dalam bidang teknolgi menghilangkan jurang dalam kebebasan dalam memberi pandangan terutama dalam agama. Justeru ianya dapat memberi manfaat kepada agama itu sendiri.

Namun sebaliknya berlaku sekiranya globalisasi dalam agam

a ini dilihat dari perspektif negatif. Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama (atheis) hasil daripada penyelewangan yang mudah menular menerusi arus globalisasi terutama kesan daripada runtuhnya sempadan dunia. Kemasukan nilai bukan Islam ke dalam masyarakat dunia mudah dipengaruhi terutama di kalan

gan para belia dan kanak-kanak serta menyamakan serta mengubahsuai sesetengah perundangan Islam kononnya tidak relevan di arus permodenan. Di saat ini juga, lapisan agama mudah diporakperandakan oleh pihak yang sering bertelagah untuk mencari kuasa besar dunia. Nilai-nilai agama diambil ringan oleh masyarakat kerana telah didoktrin dan di budayakan dengan suasana sosial yang melampau seperti hedonisme dan pergaulan bebas tanpa perlu takut terhadap kongkongan agama yang dilihat menyekat kebebasan seseorang individu.

Sebagai pengakhiran, arus globalisasi sentiasa bergerak deras sementara kita semua masih sibuk dengan hal nafsi. Maka setiap yang berlaku itu ada baik dan buruk nya dan kita sendiri yang diberi pilihan untuk memilih jalan yang diingini. Manfaatkan setiap perkara agar ianya memberi manfaat bukan nya musibah.

~islam & isu-isu semasa~23 september 2010~

Tiada ulasan: