Rabu, 24 November 2010

::RaSa MaCaM NaK ~_~ ::


syukur alhamdulillah... macam-macam nikmat yang Allah berikan untuk setiap hambaNya, awak, dia, mereka atau sape-sape pun semua dapat. generally, nikmat dapat hidup sampai saat ini dan mungkin beberapa saat akan datang dengan izinNYA. namun, nikmat yang lebih lagi bila dikurniakan nikmat Islam dan Iman yang tak semua orang miliki. senang apabila berkata Islam dan Iman tapi hakikatnya tak semua orang yang Islam itu adalah berIman apatah lagi jika dibandingkan keimanan orang-orang disekeliling kita dengan empunya diri. seumpama dikalangan lautan manusia, kita ini antara yang kerdil, sangat kerdil sedangkan disekeliling kita ni besar-besar blaka.. =) maka, janganlah kita anggap walaupun dah Islam, tak perlu berusaha perbaiki diri untuk jadi lebih lebih baik. ok? selamat beramal~

sedikit mukaddimah je tadi, tapi entri ni tak banyak nak dicoretkan... terima seadanya..

Demam

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan.


Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius.

Apa itu demam

Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.


Tanda dan gejala

1. Badan panas bila disentuh

2. Pernafasan meningkat

3. Muka menjadi merah

4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur

5. Resah gelisah

6. Tiada selera makan

7. Menggigil


Tindakan yang disarankan

1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.

2. Pakaikan pakaian nipis.

3. Beri minum air yang banyak.

4. Beri ubat menurut arahan

5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.


kenapa entri kali ni pasal demam? demam ke penulis kali ni?? takdelah.. insya Allah masih sihat wal'afiat, alhamdulillah. jarang sakit penulis ni. pelik kan? risau jugak jarang sakit ni. kawan-kawan dan adik kakak yang lain sakit macam biasa je. demam berjangkit-jangkit, bermusim, apa-apa je la. walaupun jarang sakit tapi hampeh sikit. banyak pantang la kononnya, yang itu, yang ni, kat sane ada je yang tak ley makan. nape? adela... (n_n)\



Cili

apa sebenarnya cili ni? Cili merupakan sejenis buah daripada pokok Capsicum dalam famili Solanaceae. Buah ini dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Ia juga dikenali sebagai Lada (Pantai Timur) atau Cabai.
Cili = Lada = Cabai
ada sesiapa yang keliru lagi? sama je semua. itulah yang uniknya Malaysia ni, banyak loghat nye, banyak la perkataan untuk saru-satu benda.

lagi sekali, kenapa cili pulak? apa kaitannya dengan entri demam-cili? takpe, last sekali saya bagitau sebabnya.

cili ni lazimnya banyak digunakan dalam masakan-masakan terutama di kawasan asia tenggara, apatah lagi di Malaysia. Fokus lens lagi dalam Mlalaysia, Nogori la paling popular bab masakan pedas-pedas ni. betul ke? yela, cerita orang, Kelantan=manis, N9=pedas, apalagi ye? yang bestnya nak bagitau, kalau dulu sekolah kat area Sabak Bernam, dapat la kenal makanan-makanan orang Jowo (Jawa), tempe, dendeng , dll. matrik kat pulau pinang, dapat la merasa Laksa Penang & yang commonly Popular kat penang ni Char Kueow Teow sampai dah lali nak makan.. =) sekarang ni kat Johor masakannya banyak guna rempah-rempah yang pelbagai daripada yang saya biasa. yang paling tak tahan tu, asal je hampir semua jenis makanan ada cili ni. sebijik dua ok lagi la, inikan tidak. segenggam kalau boleh! adui! (hiperbola sangat ni! =] ) tambahan lagi, yang fresh pulak tu. apa yang best sangat dengan cili ni? meh bagitau apa yang masyuuukkkk sangat dengan cili ni. yang saya tau:
  1. penyedap masakan
  2. pembekal haba dalam makanan untuk badan
  3. lain??

itu saja? alahai jumud jugak ye fikiran ni. ORTODOKS sekejap.. =) meh kita tengok apa yang boleh dapat dengan cili ni..
  1. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Mereka yang cenderung memiliki tekanan darah yang terlalu tinggi dianjurkan untuk makan cabai. Tentunya tidak dalam jumlah yang berlebihan. Susunan dalam cabai, yang disebut sebagai Capsaicin inilah yang memiliki kemampuan untuk membantu penyembuhan beberapa penyakit tertentu, termasuk darah tinggi.
  2. Baik untuk jantung. Siapa yang menyangka si cabai yang pedas ini baik untuk kesihatan jantung kita. Namun banyak orang telah membuktikan, pemakanan makanan pedas dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
  3. Membantu menjaga bentuk tubuh. apa ye hubungannya? mungkin sebab rasanya yang pedas sehingga nafsu makan berkurang? mungkin.... Namun hal yang paling logik adalah kerana kandungan vitamin C. Rata-rata dalam menu seharian, kita seringkali mengabaikan menu buah-buahan. nasib baik cabai membantu memenuhi kekurangan vitamin C tersebut.
  4. Membantu mencegah stroke dan serangan jantung
  5. Membantu menghentikan pendarahan
  6. Membantu meringankan sakit pada otot
  7. Meningkatkan oksigen di dalam tubuh
  8. Kaya akan vitamin A, C, dan K
  9. Usus berdarah

banyak jugak ye... tapi maaf, tak dapat nak cari apa lagi keburukan makanan pedas (cili ni) kecuali yang no 9 tu sahaja. tak dinafikan setiap yang dijadikan itu ada baik nya untuk kita, namun bagi penulis ni, amat menjaga bab makanan terutama sekali jika melibatkan kesihatan perut (sebab nak elakkan sakit perut yang berlanjutan, cukuplah zaman dulu tu... ). makanan yang disarankan seperti sunah Rasulullah saw dan amalan pemakanan orang-orang baik eloklah diamalkan. walaupun kini banyak jenis makanan dipaparkan, dipaket cantik-cantik dan sebagainya namun khasiat, kandungan dan lainlain maaih tersembunyi apatah lagi yang telah bercampur bahan-bahan haram seperti sesetengah E-code(emulsifier) daripada khinzir. pasti antara kita pernah makan. betul tak? ke tak peduli sangat dengan sekecil-kecil bende tu..... haram tetap haram.. tau tak apa akibatnya makan bersumberkan haram ni? salah satunya, darah dalam badan dah bercampur dengan benda haram, doa tak diterima!!. besar tu akibatnya sedangkan kita tau doa adalah senjata mukmin.

kesimpulannya:
  1. jagalah kesihatan anda baik-baik.
  2. amalkan pemakanan yang sihat dan lebih diyakini baik. fahami konsep makanan yang 'halalan toyyiba', yakni makanan yang halal dan baik.
  3. jagalah apa yang kamu suakan di mulut. pastikan kebersihan zahir dan batin.
  4. jangan biasakan makanan yang kurang elok seperti makanan yang diproses secara kimia (jajan, chips, makanan segera, maggi-ada wax, makanan yang ada MSG, nescafe, dll), makanan yang diproses secara peram/disimpan dalam tempoh lama (jeruk, asam masam, air tin, sardin tin, makanan dalam tin, dll)
  5. lebih elok mengamalkan pemakanan segar/fresh yang organik.
  6. makanan baik=proses pencernaan baik=tubuh badan cergas+sihat=ibadah bertambah ++
sekian sahaja, lepas ni sambung struggle untuk subjek Geodesy... tinggal lagi 2 paper.. permudahkanlah Ya Allah, diberikan kefahaman yang baik dan ilmu yang berguna supaya aku mampu beramal untuk agamaMu.. amin...

sos cili boleh lagi.... tapi....
walaupun bentuk, warna nya cantik
tidak sekali-kali aku akan coba nya...

**jawapan: tadi makan dinner, order masakan panas. tak sangka pedas sangat-sangat.. hai chef, letak bapa banyak cili ni.. susah payah nak habiskan tadi. habisla lepas ni. badan pun rasa tak selesa. rasa macam nak DEMAM~~ lepas ni kalau nak order makanan, kene request tak mau pedas daa.... (penah buat, pedas jugak yang dibuatnya.. x tau la nak buat macam mane lagi. isk3)


4 ulasan:

ustazah berkata...

salam hamizah,mama pun rindu..rindu dgn kerajinan dan senyum manis hamizah, ada masa dtg la melawat kami kt sini

Unknown berkata...

zaman dulu, mampu jd kenangan shj mama. syukran a'la kulli hal.. insya Allah, berhajat sangat nak ziarah lagi ke sana tapi keterbatasan waktu dan gerak kerja masih tak mampu nak cari watu terluang. insya Allah, pasti akan ada 1 hari nanti.

budak gaza berkata...

mizah xleh jd surveyor, kene jd doktor ni..
berobat owg demam..

Unknown berkata...

ler... nape pulak??? nak jadi serba boleh semua.. =)
insya Allah...