syukur alhamdulillah... macam-macam nikmat yang Allah berikan untuk setiap hambaNya, awak, dia, mereka atau sape-sape pun semua dapat. generally, nikmat dapat hidup sampai saat ini dan mungkin beberapa saat akan datang dengan izinNYA. namun, nikmat yang lebih lagi bila dikurniakan nikmat Islam dan Iman yang tak semua orang miliki. senang apabila berkata Islam dan Iman tapi hakikatnya tak semua orang yang Islam itu adalah berIman apatah lagi jika dibandingkan keimanan orang-orang disekeliling kita dengan empunya diri. seumpama dikalangan lautan manusia, kita ini antara yang kerdil, sangat kerdil sedangkan disekeliling kita ni besar-besar blaka.. =) maka, janganlah kita anggap walaupun dah Islam, tak perlu berusaha perbaiki diri untuk jadi lebih lebih baik. ok? selamat beramal~
sedikit mukaddimah je tadi, tapi entri ni tak banyak nak dicoretkan... terima seadanya..
Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius.
Apa itu demam
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.
Tanda dan gejala
1. Badan panas bila disentuh
2. Pernafasan meningkat
3. Muka menjadi merah
4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5. Resah gelisah
6. Tiada selera makan
7. Menggigil
Tindakan yang disarankan
1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
2. Pakaikan pakaian nipis.
3. Beri minum air yang banyak.
4. Beri ubat menurut arahan
5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.
kenapa entri kali ni pasal demam? demam ke penulis kali ni?? takdelah.. insya Allah masih sihat wal'afiat, alhamdulillah. jarang sakit penulis ni. pelik kan? risau jugak jarang sakit ni. kawan-kawan dan adik kakak yang lain sakit macam biasa je. demam berjangkit-jangkit, bermusim, apa-apa je la. walaupun jarang sakit tapi hampeh sikit. banyak pantang la kononnya, yang itu, yang ni, kat sane ada je yang tak ley makan. nape? adela... (n_n)\
- penyedap masakan
- pembekal haba dalam makanan untuk badan
- lain??
- Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Mereka yang cenderung memiliki tekanan darah yang terlalu tinggi dianjurkan untuk makan cabai. Tentunya tidak dalam jumlah yang berlebihan. Susunan dalam cabai, yang disebut sebagai Capsaicin inilah yang memiliki kemampuan untuk membantu penyembuhan beberapa penyakit tertentu, termasuk darah tinggi.
- Baik untuk jantung. Siapa yang menyangka si cabai yang pedas ini baik untuk kesihatan jantung kita. Namun banyak orang telah membuktikan, pemakanan makanan pedas dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Membantu menjaga bentuk tubuh. apa ye hubungannya? mungkin sebab rasanya yang pedas sehingga nafsu makan berkurang? mungkin.... Namun hal yang paling logik adalah kerana kandungan vitamin C. Rata-rata dalam menu seharian, kita seringkali mengabaikan menu buah-buahan. nasib baik cabai membantu memenuhi kekurangan vitamin C tersebut.
- Membantu mencegah stroke dan serangan jantung
- Membantu menghentikan pendarahan
- Membantu meringankan sakit pada otot
- Meningkatkan oksigen di dalam tubuh
- Kaya akan vitamin A, C, dan K
- Usus berdarah
- jagalah kesihatan anda baik-baik.
- amalkan pemakanan yang sihat dan lebih diyakini baik. fahami konsep makanan yang 'halalan toyyiba', yakni makanan yang halal dan baik.
- jagalah apa yang kamu suakan di mulut. pastikan kebersihan zahir dan batin.
- jangan biasakan makanan yang kurang elok seperti makanan yang diproses secara kimia (jajan, chips, makanan segera, maggi-ada wax, makanan yang ada MSG, nescafe, dll), makanan yang diproses secara peram/disimpan dalam tempoh lama (jeruk, asam masam, air tin, sardin tin, makanan dalam tin, dll)
- lebih elok mengamalkan pemakanan segar/fresh yang organik.
- makanan baik=proses pencernaan baik=tubuh badan cergas+sihat=ibadah bertambah ++
sumber-sumber:
4 ulasan:
salam hamizah,mama pun rindu..rindu dgn kerajinan dan senyum manis hamizah, ada masa dtg la melawat kami kt sini
zaman dulu, mampu jd kenangan shj mama. syukran a'la kulli hal.. insya Allah, berhajat sangat nak ziarah lagi ke sana tapi keterbatasan waktu dan gerak kerja masih tak mampu nak cari watu terluang. insya Allah, pasti akan ada 1 hari nanti.
mizah xleh jd surveyor, kene jd doktor ni..
berobat owg demam..
ler... nape pulak??? nak jadi serba boleh semua.. =)
insya Allah...
Catat Ulasan