Hari yang sedikit mencuit kesabaranku... Kedengaran suara di belakang kami. "Ko tau bawak moto tak?" "Tau" lantas perempuan itu menjawab, kedudukannya betul-betul di belakangku. sebelum ini, dia dan seorang lagi rakannya rancak berbual-bual tapi entah pokok bicaranya tentang apa, aku pula sedang membahagi diriku untuk mendengar bicara sahabat di sisi sambil aku meneliti ayat-ayat dalam buku yang helaiannya tak beralih dari tadi. sambung lelaki yang bersoal td; "Ko ada lesen x?". "Eh, mestilah ada" Sahut perempuan itu. "Boleh tak ko ajar aku?" sambung bicaranya lagi. seterusnya aku tak pasti apakah jawapan perempuan itu kerana telinga ku tak dapat menangkap butir bicaranya yang seolah-olah sedang mengomelkan sesuatu. ahh... biarkan, bisik hatiku. aku meneruskan pembacaanku yang belum teralih lagi muka nya dan sahabatku ini pun masih bersemangat dengan perkongsian ceritanya. Sesekali nada 'ting' menyelinap dalam suasana tersebut menandakan ada mesej yang baru masuk. "Mizah, dengar tak tadi?" tegur sahabatku selang beberapa minit selepas ketiga-tiga watak tadi beredar dengan teksi. "Apa? Yang tadi tu? kenapa?" Sudah menjadi kebiasaanku menjawab soalan dengan pertanyaan, bukannya memberi jawapan yang diminta. Sahabatku cuba mengulang tayang perbualan-perbualan mereka bertiga tadi tapi kabur disitu. Aku mengambil alih jalan ceritanya. kata sahabatku, " Mizah ni dengar jugak ek!" Aku tersenyum di situ. "Maklumlah, telinga lintah". Penunggu-penunggu bas yang sejak tadi setia menanti kelibat tubuh bas nampaknya beransur surut.Yang tinggal aku, kakak dan seorang lagi si penunggu. Mulalah kami berdiplomasi. Mungkin ada benarnya kata-kata tiga orang tadi meskipun bagiku tak mustahil. Marry Chrismas! "aa... takkan la driver bus pun cuti Krismas jugak. Tak logik." Akhirnya memutuskan untuk meninggalkan kesetiaan kami di bus stop hadapan Taman Rusa dan meneruskan niat untuk menyewa kenderaan merah bermeter ke destinasi yang diidamkan...... (mungkin benar mereka ambil cuti Krismas, bus pun tiada kunjung tiba)
destinasi yang diidamkan.... MYDIN
Kali pertama menjejakkan kami ke sini. adus! sakit mataku untuk bertahan di sini. Kelibat-kelibat manusia menjejak ke sana dan ke mari. Namun aku tetap bersyukur kerana dapat lagi menyorotkan kaki dan tubuhku di celah-celah lautan manusia. "Nasib baik kecik!... bisikan nakal hatiku" =) . Terus ke rak-rak yang dituju mencari maksud kedatanganku ke sini. Mendapatkan sedikit keperluan. Sesekali mataku leka memerhati fi'il manusia yang ada. Kebanyakannya datang berkeluarga (hee.... tak da makna nya) - si ayah ibu bersama-sama anak-anaknya yang bermacam-macam ragam dan kerenah. Haisyh... sabar sungguh si ibu ayah melayan kerenah anak mereka apatah lagi sesi persekolahan bakal tiba seminggu lagi. Keperluan-keperluan di saat akhir bagai merasuk si anak-anak untuk mendapatkan stationery, uniform dan lain-lain. Tatkala itulah aku juga terlihat kelibat sang ayah yang hanya tegak menunggu si pembeli cilik nya di satu sudut. Saat-saat beginilah si Ayah berkorban untuk keperluan ilmu bagi anak mereka meskipun poket yang diharap berkepuk pasti akan nipis. Tidak mengapalah demi amanah mereka kepada anak-anak. Tika ini, aku teringat dahulu yang tidaklah berapa silam. Di KL, pasaraya inilah yang menjadi pilihan warga kota termasuk ibu ayahku. Bersesak-sesak lah kami saban tahun asal sesi persekolahan kami semua lengkap dengan senjata masing-masing.
******************************
Seusai pembayaran, kami singgah solat dan makan. Tak tertahan rasanya untuk men'topup' perut yang sejak tadi minta diisi. Menjamu selera di restoran berhadapan pintu masuk Mydin sambil membiarkan tukang kasut menjahit kasut yang baru diborong sebentar tadi. Semangkuk bubur ayam dan teh ais cukup bagiku. sahabatku, habis ditaramnya mee bandung beserta tiramitsu cappucino.. amboi, memang ambil peluang nampaknya. Sedap makanan disini!! Jangan segan-segan datang lain kali ye.
******************************
Matlamat utamaku masih belum tercapai. Kami asakkan kaki ke sebuah lagi shopping mall yang berdekatan. Plaza Angsana. Destinasi pertama, Gedung Buku BADAN-pilihan kebanyakkan sahabat-sahabatku di sini. Aku pula baru kenal dalam seminggu dua ni. Ok jugak, banyak buku-buku, tak cukup mata nak scan semua.. ^_^ Sekejap shj tujuan aku disini sebab sudah ada buku yang ingin dimiliki. Yang lain-lain kemudianlah ye...
**********************************
Kami terus berpusing-pusing dalam bangunan 5 tingkat itu mencari keperluan yang 1 itu. Sahabat, sempat menyambar sepasang dua pakaian, tak kalah jua aku sebab ia berguna juga. Habis dicari di segenap sudut, cari pula di sisi, di stall, di store, masih belum ketemu jua... haisyh... "Apasal susah pulak nak ada kat sini? Pelik la kalau tak ada kat sini" Terluah jua kata-kata yang terbuku sejak tadi.. (Astaghfirullah... amalan ni tak elok ye puan-puan, di harap bersabar... (-_-)
Ting!! Nampak 1, jenama Sumayya. Malangnya tak memenuhi kriteria yang aku perlukan. Tak mengapalah, bukan rezeki di sini. Kalau boleh, mau saja berhenti disini tapi bila ditimbang balik, tak boleh. Nak tak nak perlu juga aku dapatkan nya. Terpaksalah kami ke destinasi lain... sedih di hati tak terkira, sedikit kekecewaan.
Akhirnya, terpaksalah menjejakkan kaki ke sebuah lagi mall. Tidak seperti tadi, kami tidak 'tawaf' tempat tersebut. Stall itu sahaja yang kutahu. Akhirnya, setelah harga dirunding, tercapai jua hajatku... (-.-)/ Alhamdulillah, alhamdulillah duit pun dah sengkek dek banyaknya destinasi. Baliklah kami ke kampus, tempat menetap. Penat? Siapa yang tak penat? Badan minta direhatkan. Hanya shoppaholicks saja yang tak kenal erti penat. Aku? Bukan manusia yang satu itu, terpaksa menggagahkan diri untuk mencari keperluan. Terima Kasih Sahabatku sudi teman keluar. Dengan perjalanan kami hari ini, sebenarnya banyak yang kami dapat, bukan material tapi luar dari pandangan lahiriah. Ada didikan disitu. Selepas ini, kemungkinan sukar untukku menjejakkan kaki seperti ini lagi.... Cukuplah, Lepas ni mungkin tidak begini lagi..
destinasi terakhir...
Teruskan Usaha, Berjalanlah Selagi Engkau Mampu!
tambahan ** semua kafe di kampus tutop! adudui... Ambil cuti jugak. (~.~)
25 Disember 2010
19 Muharram 1432 H
11.34 malam
2 ulasan:
salam cik miza...
sapakah sahabatmu yang bersemangat bercerita??
mee rebus la bukan mee bandung..
gambar kucing tu sebijik macam dalam blog akak..hehe..
terbukti kita sehati sejiwa..hahaha..
e2 la. mmg asalnye letak mee rebus tp bila tgk rupanya mcm mee bandung.
Catat Ulasan