Setelah puluhan tahun Islam dipinggirkan di negara Tunisia, akhirnya rakyat Tunisia berjaya menggulingkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun bermula sejak sebulan lalu apabila bantahan golongan ‘MAHASISWA’ merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara.
Ben Ali, seorang bekas jeneral tentera telah berkuasa melalui ‘Kudeta’ dengan menggulingkan seorang lagi diktator, Habib Bourgiba pada tahun 1987 dengan alasan Habib sudah ‘nyanyuk’ dan tidak lagi mampu memimpin Tunisia. Sejak itu beliau telah menjadi Presiden dan memerintah Tunisia secara ‘negara polis’ lebih 23 tahun lalu.
Sepanjang pemerintahan ‘kuku besi’ Ben Ali, rakyat Tunisia telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan. Semua media massa dikawal ketat dengan tidak membenarkan sebarang bentuk kritikan terhadap rejim ini. Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim sampai kepada kemuncaknya apabila mereka bertindak membunuh serta memenjarakan ribuan para ulama, sendekiawan serta wartawan
Namun, tidak siapa dapat menjangkakan rejim kuku besi Zine El Abidine Ben Ali yang merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Perancis serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang ‘terroris Islam’ berjaya diguling dan dihalau dengan ‘Kuasa Rakyat’ turun ke jalan-jalan raya di seluruh negara.
Beberapa faktor penting kenapa rakyat Tunisia bangkit secara berani menggulingkan rejim Ben Ali yang sangat digeruni rakyat jelata perlu diberi perhatian;
- Tiada sebarang ruang demokrasi dan hak bersuara. Ben Ali telah memenangi pilihanraya Presiden sebanyak 5 kali dengan majoriti undi lebih dari 90 peratus setiap kali pilihanraya “rubber stamp” (penuh penipuan) diadakan.
- Kadar rasuah serta penyalahgunaan kuasa amat ketara terutamanya dar kalangan kerabat dan ahli keluarga Ben Ali sendiri.
- Kekayaan negara berputar di sekeliling kerabat Ben Ali serta sekutu rapat mereka dan kehidupan mereka yang terlalu mewah dengan Villa besar serta ratusan kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.
- Kenaikan harga barang keperluan harian yang melambung tinggi.
- Kadar pengangguran yang terlalu tinggi terutamanya dari kalangan golongan muda.
- Kesedaran generasi muda dari 25 tahun ke bawah yang merupakan 30 peratus dari penduduk Tunisia untuk mendapatkan hak dan kebebasan mereka dari cengkaman rejim.
- Penggunaan teknologi baru IT seperti Twitter dan Facebook. Mereka telah berhubung melalui facebook dan Twitter untuk menggerakkan rakyat keluar ke jalan-jalan raya bagi menentang rajim Ben Ali.
- Membunuh serta memenjara ribuan para ulama, cendekiawan serta para wartawan.
Penyingkiran Ben Ali melalui Revolusi Bunga Melur membawa maksud hebat kepada dunia Arab terutamanya kepada diktator di rantau itu – dari Algeria sehinggalah ke Yaman.
Menyampahnya rakyat Mesir terhadap pemimpin mereka sehinggakan seorang mengulas: “Kapal terbang diktator Zine El Abidine bukan sahaja singgah di Mesir tetapi akan mengambil seorang lagi penumpang (Hosni Mubarak) untuk diterbangkan ke Arab Saudi.”
Siapa sangka, kuasa ‘MAHA’siswa sehebat tentera?
Bisa mengguling diktator besar di benua afrika.
Dari ‘MAHA’siswa kepada rakyat jelata
Turun membantah si pemerintah ‘kudeta’
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Pengerusi Lujnah Penerangan & Multimedia
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia
23 JANUARI 2011
19 SAFAR 1432 H
11.14 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan