Selasa, 1 Februari 2011

::Di LuaR PaNaS Di DaLaM SeJuK::

Bukan satu teka teki, tapi sesuatu yg perlu dirungkaikan dari pelbagai sudut. Berada di rumah tidak seperti berada di asrama yang bertahun-tahun lamanya... Setengah hidupku berbagi utk kehidupan bersama keluarga dan satu lagi kehidupan utk berdikari. Sepanjang tempoh tersebut amatlah berharga dan bermakna. Kali ini, berada di rumah cuba lagi resepi Aiskrim Goreng. Wah!! tiba-tiba nak cuba resepi ini. Makan tak pernah, tapi teringin mencuba untuk merasa daripada membeli. Yelah, kata adikku dengan harga RM 2-3 baru dapat merasa sekeping sahaja. Apa lagi, masa inilah nak buktikan dengan harga tersebut tak perlu lagi dibeli di luar, hanya hasilkan di rumah sahaja sudah cukup. Apatah lagi boleh dinikmati seisi keluarga. Mudah, banyak dan puas hati.

Kali ini aku hasilkan 2 jenis Aiskrim Goreng hasil pencarianku di alam maya. Mudah, Pantas. klik sahaja di keyboard.

Cara Penyediaan


Aiskrim Goreng- roti

  1. cedukkan sesudu aiskrim ke atas sekeping roti.
  2. tekapkan sekeping lagi roti keatas nya.
  3. kemudian bentukkan bulat disekeliling kawasan berisi aiskrim tadi. potongkan lebihan daripada kawasan bulat.(kerak roti)
  4. simpankan roti tersebut dalam freezer paling minimum 2 jam lamanya.
  5. kemudian boleh digorengkan dengan minyak yang tersedia panas. sekejap sahaja hingga roti kelihatan kekuningan.
  6. boleh diangkat dan dinikmati aiskrim goreng tersebut.


Aiskrim Goreng-cornflakes
  1. sudu kan seberapa banyak aiskrim yang nak di atas pinggan/piring/dulang. pastikan ianya berjarak antara satu sama lain.
  2. kemudian masukkan ia ke dalam freezer paling minimun 2 jam.
  3. keluarkan aiskrim yang di sudukan tadi dari freezer. keadaan beku kan?? ok. kemudian, celupkan aiskrim tersebut ke dalam telur yang telah dipukul dan salut ia dengan cornflakes yang telah dihaluskan. diulang sebanyak 2 kali.
  4. kemudian masukkan aiskrim yang telah siap bersalut itu ke dalam bekas dan di simpan dalam freezer minimum 2 jam.
  5. boleh digoreng dengan minyak yang tersedia panas.sekejap sahaja hingga kekuningan dan bolehlah diangkat dan dinikmati.

Aiskrim Goreng Roti-Cornflakes

Antara aiskrim goreng menggunakan roti dan cornflakes, saya suka kedua-duanya sebab saya buat.. ^_^ tetapi berbeza keduanya. Cara penyediaan dengan menggunakan roti sangat mudah namun melecehkan/merumitkan bila kita lambat sebab aiskrim cair. yang kurangnya, lebihan roti agak membazir jika dibuang begitu sahaja. saya ambil alternatif untuk buat dalam bentuk 4 segi sahaja bila dapati dengan bulat itu, lebihan itu pasti akan dibuang. tambahan, jika rajin boleh sahaja lebihan roti itu dibuat puding roti atau serbuk roti. Dengan cornflakes pula, lebih sikit bahannya dan prosesnya tapi tidaklah sesukar mana. Ikut kepada selera masing-masing. Yang pasti, tak salah kalau mahu mencuba.






1 FEBRUARI 2011
28 SAFAR 1432 H
5.57 pm

3 ulasan:

tasnim berkata...

Assalamualaikum,..

Alhamdulillah, perkongsian yang bagus..
Manfaatkan cuti dan ruang dirumah dgn sebaiknya.. boleh tak dicuba di kampus nnti ^_^..

cahayasemulajadi berkata...

ok miza.. balik cuti akak book jadi chef kat bilik okeh...

Unknown berkata...

amboi... mne aci ni...