Serabut
Malam ni, layan frekuensi radio ikim.fm online. Lama sudah tak mengisi hati dan jiwa ini. Mungkin keadaan semasa yang sedang berlaku sekarang, agak serabut dan masih belum mampu nak menyusun diri. Tapi syukur alhamdulillah, tak sia-sia menadah telinga mendengar siaran ikim sambil menelaah karya Hilal Asyraf yang begitu popular dan sinonim dalam kalangan sahabat-sahabatku- novel SINERGI. Ya, memang bagus melayan novel sebegitu. Seharusnya dulu tak seperti ini, mahu menyentuh novel? Jangan mimpilah! Nampak sahaja helaian tebal tersebut, mentah-mentah ditolak tepi meskipun berada dalam kalangan rakan-rakan sejak di bangku sekolah yang gemar mengkhatamkan berpuluh-puluh novel apatah lagi bagi mereka yang baru merdeka daripada peperiksaan. Namun kini, ianya bukan pelik bagiku. Memegang novel yang setebal itu masih mampu lagi untuk mengkhatamkannya namun agak selektif sedikit. Hanya karya-karya yang bukan fantasi semata-mata, dakwah tulisan yang mengingatkanku dan menambah ilmu ku tentang Islam menjadi pilihan setelah diriku disentuh oleh sebuah karya daripada penulis Habiburrahman El-Shirazy ketika zaman pengajianku di matrikulasi. Semoga penulis-penulis tersebut mendapat pahala yang berterusan dengan karya yang dihasilkan untuk Islam. Kepalaku ligat merakam kembali ayat-ayat daripada Ustaz Hasrizal Abd Jamil@ Abu Saif @ Saifulislam;
" Menulis itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memahami
erti.
Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis, kerana cara saya menentang mati. Agar pada satu hari nanti, saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman.
Rakaman tentang kehidupan. Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri. "
Subhanallah, memang benar apa yang dirakamkan oleh Ustaz Hasrizal. Petikannya ku petik daripada karya beliau daripada buku edisi istimewa Aku Terima Nikahnya-kompilasi daripada 3 buah karyanya sebelum ini Aku Terima Nikahnya (2008), Bercinta Sampai Syurga (2009), dan Murabbi Cinta (2010).
Ya! aku dan lain-lain masih mampu lagi untuk menggilap diri dengan penulisan. Biarpun bukanlah sekadar mana, cukuplah di ruangan ini sahaja jika ianya mampu menyentuh hati ini dan hati-hati yang lain. Semoga Allah mengeratkan roh-roh kita dengan ikatan ukhuwah...
Novel
Sinergi
Mood sekarang sedang melayan karya sinergi. Setakat ini, dalam proses pembacaannya. Dulu, ketika Sinergi ini berlegar-legar di perbualan sahabat-sahabatku, aku kurang memberi perhatian. Iyela, penangan 'novel' punya hal, malas nak dengar cerita. aduyai.. kenapa ye macam ni. Mereka semangat mengolah isi cerita yang diluahkan dalam Sinergi tersebut. Baguslah, sekurang-kurangnya mesti terlekat pengajaran dalam diri mereka. Kini, Sinergi di tanganku,harapnya aku mampu mengambil pengajaran sepertimana mereka pembaca yang lain. Baru kini setelah sekian lama di terbitkan.. erm...nak buat macam mane kan. Satu yang terkesan dan tersemat azam dalam hatiku melalui penulisan ini. Ukhuwah atas dasar keimanan. Ya! iman, iman dan iman... selamanya iman. Bersinergi atas iman dalam menuju matlamat redha Allah. Dunia ladang untuk akhirat. Dan kini tersemat satu cita-cita melalui kaca mata tentang di bumi Jordan, cara dan budaya, survive mereka di sana untuk menyentuh hati-hati mereka yang berhak di beri peringatan demi peringatan. Semoga aku dan sahabat-sahabat di Malaysia ini mampu lebih proaktif dalam menjalankan dakwah. ameen...
" Dua orang yang bersama-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada 2 orang mampu lakukan, sesuatu yang luar biasa. Itulah makna Sinergi. 1+1=3, bukannya 2. "
Risau
Kudoakan sahabat-sahabatku di Bumi Mesir, Alex, Jordan selamat di sana. Siapa yang tidak terpukul dek mendengar khabar sahabat di perantauan tatkala waqi' mereka kini diisytihar darurat. Berpuluhan medium media-akhbar, tv, radio, internet semuanya menghebahkan setiap berita saban hari. Ya, mungkin kebangkitannya terjentik daripada kebangkitan di bumi Tunisia sebelum ini. Maka, wajarlah bagi mereka yang tertindas bangkit. Untuk sahabatku di sana, disini tidak tahu apa khabar kamu disana. Apakah yang berlaku? Ramai dikhabarkan akan dibawa pulang ke tanah air secara beransur-ansur. Semoga kalian selamat tiba di sini. Jika tidak pulang, ada sebab nya itu. Insya Allah, teruskan perjuanganmu disana. Mungkin inilah masanya. Semoga Allah bersama orang-orang yang bersabar dan bersama orang-orang yang menegakkan agama Allah.. "Syukran. Jazakallah Khairan Kathira"
4 FEBRUARI 2011
1 RABIUL AWAL 1432 H
4.29 am
4 ulasan:
suka sinergi..lepas baca baru beli..silalah jaga buddy anda dengan baik. seperti irfan hakimi menjaga rasyid zakwan dan seperti rasyid zakwan menenangkan irfan hakimi..1+1+1=5=)
hehe,saye tak faham novel hilal asyraf.so tak pernah bace novel die..
he2 x sgka bab buku pon kita sefikrah ye kak.. alhamdulillah bru je hbs bace buku SINERGI.. buku ATN edisi khas dh beli tp postpone dlu la.. nnt2 bru baca.. insyaAllah semoga ukhuwah yg kita bina berpaksikan keimanan.. :)
cahayasemulajadi: alhamdulillah, sgt terkesan cara ukhuwah itu, melebihi segalanya. suka, tapi entahlah. semacam ada yang x kne dalam diri ini. azamnya nak mencapai mcm tu jugak. x mampu jd irfan pn, jd asid sudah memadai itupun kalau ada yang sanggup menarikku dr neraka utk dipimpin ke syurga.. wah,,,.... benarkan akan berlaku atau itu hanya angan yang tak tercapai... doakan semua kita ya ...
nur atikah shaari:x memaksa utk memahami novelnya. mgkin belum masanya lagi tp miza agak terkesan dgn pembawakan tunjang cerita tersebut.
afifah khamis: wah, nape same ni??? akk pn tgh otw nk habiskan sinergi.. sikit lg, ATN pn blom baca lg. entah, bila agaknya nak baca. sempat baca muqaddimah shj..apapun, nnt fifah bgtau la akk buku apa yang ok ea.. bole akk try tmbahkan lg. semoga ada manfaatnya melalui pembacaan ini...
syukran semua...
Catat Ulasan