Rabu, 8 Jun 2011

FADHILAT SOLAT: BAB 1 PENTINGNYA SOLAT: Hadis 3

Hadis 3


Abu Usman r.a berkata, "Pada satu hari Salman r.a. dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudian kata beliau padaku, "Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku buat demikian ini?" Sahutku "Sila khabarkanlah padaku kerana Kata beliau, "Beginilah Rasulullah saw lakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda saw bersabda, "Wahai Salman! Mengapa kamu tidak tanya kerana apa aku berbuat demikian ini?" Sahutku "Sila khabarkanlah padaku kerana apa Baginda buat begini." Sabda Baginda, "Bahasawanya apabila seorang Islam ambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali pada sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur." Lantas Baginda saw membaca ayat Quran yang berikut.


Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang butuk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat (Hud: ayat 114)


Hadis yang tersebut di atas menunjukkan kelakuan Salman r.a.- seorang sahabat Rasulullah saw. Para sahabat Baginda amat mengasihinya. Mereka senantiasa mengenangi masa yang Baginda berada bersama-sama mereka. Mereka akan melakukan sesuatu lakuan tepat sebagaimana mereka lihat Baginda melakuinya di masa yang tertentu itu. Sesungguhnya amatlah sukar hendak di-cakup segala sunah Rasulullah saw mengenai pentingnya solat serta hadis-hadis yang menyatakan keampunan bagi mereka yang menjaga solatnya.

Sebagaimana yang telah disebutkan dahulu bahawa ahlul kalam membatasi keampunan ini hanya kepada dosa-dosa kecil sahaja tetapi batasan ini tidaklah terdapat pada isi kandungan hadis ini.

Ayahku memberi dua sebab. Pertama, seseorang itu bukanlah seorang Islam tulen kalau dia melakukan sebarang dosa besar. Kalau dosa-dosa seumpama itu dilakuinya maka dia akan menggelisah (kerana khauf akan Allah) sehingga dia membersihkan dosa-dosa itu dengan air matanya yang dialirkan di hadapan Allah swt kerana bertaubat. Kedua, orang yang solat dengan khusuk dan tawadhuk tentulah dia beristighfar beberapa kali dalam sehari. Misalnya, lihatlah pada doa penutup solat yang lafaznya seperti ini:








Wahai Tuhanku, bahawasanya aku telah menganiaya akan diriku aniaya yang banyak. Tak ada yang sanggup mengampuni dosa melainkan Engkau, maka ampunilah akan daku dengan ampunan dari sisiMu, dan rahmatilah akan daku, bahawasanya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam hadis yang tersebut diatas wudhuk disebut hendaklah sempurna. Oleh itu kita haruslah amati rukun-rukun berwudhuk serta mengerjakannya kesemua. Misalnya, bersugi adalah salah satu sunnah dalam wudhuk tetapi ini kerapkali dicuaikan. Tersebut di dalam sebuah hadis bahawa solat yang dikerjakan selepas bersugi adalah tujuh puluh kali lebih baik dari solat yang dikerjakan tanpa bersugi.

Dalam sebuah hadis lagi tersebut bahawa bersugi sangat-sangat disukai dan faedah yang berikut diperolehi darinya:
(i) Bersugi membersih serta mewangikan mulut dan mencegah bau busuk
(ii) Bersugi disukai Allah swt dan dibenci oleh syaitan
(iii) Allah swt dan para MalaikatNya sukakan orang-orang yang menyugi gigi
(iv) Bersugi menguatkan gusi serta mencerahkan mata
(v) Bersugi menghilangkan ampedu dan gelema
(vi) Bersugi adalah satu sunnah iaitu amalan Rasulullah saw

Para ahlul kalam telah menghitung iaitu ada sebanyak tujuh puluh fadhilat mengenai bersugi gigi. Adalah diberitakan bahawa seorang yang selalu menyugi giginya akan mati dengan kalimah syahadah di bibirnya. Banyak benar pahalanya kalau wudhuk itu sempurna.

Dalam hadis ada tersebut bahawa bahagian badan yang dibasahi oleh air wudhuk akan bercahaya pada hari qiamat dan darinya Rasulullah saw akan dapat mengenali para ummatnya.



8 Jun 2011
6 Rejab 1432 H


Tiada ulasan: