Rabu, 8 Jun 2011

FADHILAT SOLAT: BAB 1 PENTINGNYA SOLAT: Hadis 2



Hadith 2

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah saw keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda saw bersabda, "Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seerti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setenagh pohon tak ada sehelai daunpun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat bahawa menurut pendapat ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besartidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu, patutlah kita disamping bersolat, jangan lupa bertaubat dan beristighfar. Semoga Allah swt dengan limpah rahmatNya mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana Allah.

**Asli: Fadzilat Salat; oleh Raisul Muhadditsin Allama, Mohammad Zakariyya dan Syeikhul Hadits









8 Jun 2011
6 Rejab 1432 H
7.16 petang

Tiada ulasan: