Sabtu, 9 Julai 2011

::INSPIRASI::




Hidup ini satu pertaruhan
Kadangnya sukar
Sukar di layari dek arus masa
Meniti usia saban hari
Mempertaruh 'amal saban detik
Yang kadangkala yanqus
Kadangkala juga yazid

aahh...
Pantaskah aku mengeluh
Dengan suatu kehidupan
Yang aku sendiri tempuh
Banyaknya dugaan mengetuk ruangan masa
Bila hilang satu, muncul yang baru

Sering manusia hanyut dengan dunianya
Menjadi pelakon realiti dunia
Yang baik mengenal Allah
Seiring amal untuk syurga abadi
Yang buruk bersahabat syaitan
Bertopeng manusia, meliar di dunia
Merekalah yang mengejar syurga dunia
Segala taruhan adalah disini

Tapi...
Allah tidak menjadikan
Seorang yang dipandang mulia
Mulia bukan untuk dirinya
Malah mengajar untuk membimbing untuk bersama
Seorang yang dipandang jelek hina
Tidak dibuang jauh dek dosanya
Malah dikasihinya dengan siraman Taubat padaNya

Ya...
Meski hidup penuh taruhan
Allah itu Maha Penyayang dan Pemurah
Tahu yang terbaik bagi kita
Baik buruk adalah atas kasihnya
Supaya aku tahu Dia lah Khaliq ku
Yang berkuasa atas semua
Tiada yang lain
Hanya Pada Nya

*************************

لَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ فى كَبَدٍ
Al-Balad, ayat 4

"Sesungguhnya Kami jadikan manusia (hidup) dalam perjuangan yang susah payah"

Allahu Akbar!

*************************

Penghayatan Nilai

Sesungguhnya hidup manusia itu sendiri adalah satu perjuangan. Oleh itu manusia mempunyai tugas yang besar dalam mengharungi kehidupan mereka di dunia ini.

Dalam menjalani perjuangan hidup ini, kita diingatkan Tuhan bahawa jalannya bukan terbentang mudah untuk dilalui tetapi terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.

Antara perjuangan yang paling besar dalam kehidupan manusia ialah perjuangan menentang hawa nafsu

Perjuangan utama seseorang pelajar ialah melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan.

Bagi memastikan perjuangan beroleh kejayaan, bersiap sedialah dengan susah payah. Mesti sanggup memerah keringat, mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit..

~Inspirasi Hidup Insan, Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman~











9 JULAI 2011
8 SYAABAN 1432 H
5.54 am

Tiada ulasan: