Dah lama tak menjenguk laman maya beberapa minggu. Menghabis waktu-waktu cuti ini dengan program, sekadar mencari ilmu yang kurang berkesempatan nak dapat sepanjang di kampus. Jelajah dan bermusafir bersama-sama sahabat sungguh sweet! Semakin aku cinta untuk menjelajah dan menjelajah lagi ke dunia luar, moga dapat menyahut firman Allah di dalam al quran yang memotivasikan kita agar menjadi seorang mukmin yang celik akal dan pancaindera. "Dijadikan manusia itu bersuku-suku agar kita semua dapat saling mengenali... "
Sepanjang tempoh tersebut, tak mampu lagi nak menetak setiap huruf menjadi cerita yang lalu, sebab... sebab macam banyak benda nak cerita tapi tak tahu di mana mahu dimulakan. Tak pe, mungkin lain kali.. tapi kali ni nak kongsikan lagi satu resepi.. baru je buat malam tadi, sodap!!! ringkas dan mudah, rasa nye pun boleh tahan.. cubalah, tak sesukar mana. Bak kata saya, masak ni main campak-campak je.. (^_^)/
SOMTAM
bahan-bahan:
*betik muda (unripped papaya) di hiris halus
*tomato 2 biji (di potong dan ditumbuk)
*cili padi 3-6 biji mengikut saiz hidangan (ditumbuk)
*udang kering (dibersihkan & ditumbuk)
*gula melaka 1 bulat atau secukup rasa mengikut saiz hidangan (ditumbuk)
*perahan limau nipis secukup rasa
*garam secukup rasa
*kacang tanah yg dibakar/digoreng tanpa minyak (bila garing, kasi tumbuk jugak)
>> ini yang dibuat tadi, kalau nak tambahan bahan lain pun tak mengapa jugak contohnya nak tambah hirisan lobak merah, mangga, sayur lain2, perisa tambahan lain seperti sos soya, asam jawa dan lain2 mengikut cita rasa. Nak lebih asli, bole search mana-mana resepi SOMTAM yang original dari Thai ni...
Bahan-bahan tadi semuanya ditumbuk dalam lesung batu, tapi kalau di Thai mereka ada sejenis lesung yang special. Bukan jenis batu tapi daripada kayu dan tanah liat, agak tinggi & dalam sedikit daripada lesung batu yang kita semua biasa nampak. Ok, back to the story, bahan-bahan tadi ditumbuk 1 per 1. Mula-mula, tumbuk cili padi sampai lumat atau separuh lumat (ikut selera anak masing-masing; anak tekak). Kemudian, boleh tumbuk udang kering hingga lumat juga dan gula melaka serta tomato. Dah habis lumat semua boleh ditumbuk kacang tadi dalam adunan ini atau di gaul adunan tersebut dengan kacang yang sudah di 'bland' separuh hancur. Selepas itu, boleh dimasukkan hirisan betik muda tadi kedalam adunan. Kalau lesung tak muat, boleh dipindahkan adunan tu ke dalam bekas yang lebih besar seperti besen kecil atau periuk atau sebagainya yang dirasakan sesuai. Kita tumbukkan sedikit betik tadi dengan adunan supaya menjadi rata. Akhir sekali, masukkan beberapa hirisan perahan limau nipis dan garam secukup rasa.. mudah sahaja kan?? Saiz hidangan ni tidaklah besar tapi memadai dalam 8 orang makan, dengan separuh betik bersaiz sederhana besar.
Kenapa ye tiba-tiba nak buat SOMTAM ni. Pertama, tak pernah makan walaupun dulu pernah sekali terliur makcik makan semasa kami semua pergi jalan-jalan di Mundok (Thailand). Mundok ni sebelah saje dgn kelantan, terpisah sekadar sebatang sungai selebar 20-30 meter, kawasan pasar siam yang diawasi oleh tentera/pasukan keselamatan Thailand. Jual beli dengan Ringgit Malaysia, tidak perlu tukar duit, bahasa? Mestilah kelantan. Nak pergi Mundok pon senang je, parking kenderaan di seberang Malaysia(kelantan), naik perahu yang disediakan dengan bayaran RM1 sekali pergi. Bagi setiap lelaki, kebiasaannya pihak keselamatan akan memeriksa tubuh dan dicatat nombor kad pengenalan mereka. SOMTAM ni memang juadah orang di sana, mana-mana boleh lihat mereka menyediakan Somtam ini. Kedua, pokok betik di halaman rumah BUMM! jatuh petang tadi, batang pokok di bahagian atas sudah reput sedangkan bebanan dedaunan dan buah-buah masih bergentayangan dengan senang hati di atas pohon itu. Akhirnya semua segmen di bahagian atas pohon menyembah bumi. Maka, lagi senang la nak ambil buah. (^_^). Dengan dua sebab inilah, akhirnya dapat jugak menghasilkan Somtam. yes, yes alhamdulillah... Resepi ni pakai buat setakat apa yang teringat semasa pergi Mundok dahulu, apatah lagi dengan darah Siam di badan rasa macam nak jadi siam sekejap.. sekejap je... ok.
So, kawan-kawan. Cubalah, tak rugi nya, tak susah mana pun, bahan yang senang. Korek je peti ais, mesti ada bahan melainkan memang peti ais puasa dengan bahan-bahan (^_^). ok? selamat mencoba...
6 JULAI 2011
5 SYAABAN 1432 H
1.25 am
4 ulasan:
serius. Telan aiur liur ketika membaca entri ini.. Oghe siam ruponyo saeng kawe ni... =)
pergh... xtau ke...
^_^ peningkatan y semakin menarik...
terasa aura pelik nye komen tu...
Catat Ulasan