Ahad, 22 Januari 2012

::Hari Itu-Part 1::

Bismillahirrahmanirrahim…
Dimulai dengan Asma’ Mu yang agung, syukur Alhamdulillah atas Rahman dan Rahim Mu sekalian umat manusia masih bertebaran di muka Bumi ini, dengan hajat yang pelbagai. Ya Allah, sedarkan aku dari lenaku terhadap dunia fana ini, sedarkan aku untukku selalu mendekatiMu, sedarkan aku terhadap ubudiyyah aku padaMu. Sungguh, aku hanya insan lemah, hanya dengan izinMu aku pinjam kekuatan dan kudratku untuk berusaha mensolehkan diri. “Ya Allah, kasihanilah kami yang selalu menzalimi diri sendiri, titipkanlah kepada kami kekuatan untuk kami dekat padaMu…”
**********
Petang itu, mesej baru mengejutkan aku dari lena.
“gastrik tu, dah makan ke belum? Sapu ubat di perut dan betis
“tak boleh nak makan. Perut dan tekak rasa tak boleh nak telan, asyik rasa nak muntah. Tak makan lagi”
Begitulah seterusnya, adegan pesanan ringkas antara aku dan ibu. Terpaksa aku adu kesakitanku ini. Kesakitan yang hampir serupa suatu ketika dahulu. Sejak pagi lagi ia kekal berlanjutan. Kerana kerisauanku, terpaksa aku kongsikan kepada ibu di kejauhan. Esok, paper 1st untuk final exam. Sedangkan aku masih belum habis mentelaah semua bab. Risau dan risau bukan kepalang. Bila sakit menyerang, solusinya aku sapu ubat dan tidur dengan harapan bangun nanti kuranglah ragamnya. Namun sangkaanku meleset. Acapkali bangun sakitnya sama sahaja dan begitulah seterusnya aku ulangi antara study dan tidur.

Malamnya…
“sakit lagi ke perut tu?”
“hmm.. sakit lagi.. sikit-sikit kot”
“dah pergi klinik?”
“tak mahu”
“boleh ke tu. Klinik utm bukak tak?”
“ok kot. Klinik dah tutup, office hour. Lagipun hari ni cuti umum”
“pergilah klinik luar, duit ada tak?”
“tak ape kot, duit ad sikit lagi”
“dah tu, sakit ke tak ni? Kalau sakit, pergilah klinik, check ambil ubat. Duit tu nanti tak ape, kejap lagi nak masukkan”
“tak ape lah… ok kot. Sapu minyak angin ni nanti ok la tu sikit. Lagi pun esok exam. Banyak lagi tak baca”
“sebab exam lah nak suruh pergi ni!” (dengan nada tegas)
“tak mahu! Tak ape. Esok nanti lepas exam, akan pergi klinik utm”
Maaf, bukan niatku untuk tidak menurut kata ayah tetapi tahap kerisauan yang melampau untuk subjek esok, terpaksa aku menolak mentah-mentah saranan ayah. Terpaksa mendegilkan diri dengan pendirianku. Tambahan, tidak mahu mengganggu sahabat-sahabat yang kebanyakkannya sedang study pada waktu ini apatah lagi yang ada exam esok hari.
**********
Malam itu, sakit menemani study ku. Kadangkala fokus terganggu. Bangun dari tidur tadi aku sedar sakitku ada kelainan. Aku syak sesuatu tapi perlu diingat, syak tanpa berasas tu nothing. Akalku panjang, terus menghantar pesanan ringkas kepada sahabat lama, bertanyakan symptom satu penyakit. Mujur ada sahabat lama, seorang jururawat.
“yang ini, Ana bagitau apa yang Ana tahu je, kalau boleh rujuk kepada yang lebih arif. Biasanya sakitnya di bahagian kanan, bawah. Bila ditekan, tak rasa sakit tu tetapi bila dilepaskan, rasa sakit. Itu namanya rebound sickness. Lagi, biasanya akan demam, sakit belakang, muntah dan tak lalu makan. Kalau pecah, ia lebih teruk”
Seusai sesi soal jawab tersebut, aku semakin yakin mungkin itulah yang sedang kutanggung. Simptomnya serupa, suhu badanku juga kian meninggi malam ini. Naluri aku begitu kuat mengatakannya meskipun hanya sedikit ruang dihati ini menafikan, cukup sekadar untuk melegakan hati kononnya. Aku tekad tidak mahu ke klinik malam itu, biarlah esok penentunya… apa nak jadi pun, jadilah. Asalkan paper esok aku ambil dahulu… menanti esok untuk keputusannya…



amin...


*****


Info:

Simptom appendicitis:
- rasa sakit pada bahagian tengah perut dan kemudian beransur/beralih ke bahagian kanan (bawah)
- rasa sakit seperti ditusuk/tajam
- loya atau muntah-muntah
- hilang selera makan
- demam
- sembelit
- sukar membuang angin
- cirit-birit
- bengkak di bahagian perut

*****
- segala dialog yang tentera telah di edit. tak mampu nak ingat satu persatu perkataan., hanya point tertentu yang masih diingati.







Tiada ulasan: