Apa Nak Jadi, Jadila...
Susah.. mencabar jugak soalan GPS ni. Macam mana lah resultnya nanti ya.. hmm…
Usai peperiksaan, terus keluar dewan. Sri dan beberapa sahabat seperjuangan lain sudah mendahului. Sri menantiku di luar dewan. Seperti yang dijanjikan awal pagi, ingin menumpang Sri ke klinik kerana aku tidak mampu lagi berjalan jauh. Ati dan sahabat lain mempelawa lunch seperti biasa, terpaksa aku menolak dengan muka mencuka dek menahan sakit.
Aku dan Sri beiringan menuruni bangunan menuju ke kotak parkir. (sri, pertama kali dapat surat “cinta”. Hehe.. ). Kereta dipandu Sri tanpa segan silu membelah jalan utama UTM, bertembung dengan sahabat-sahabat tadi di seberang jalan, yang menuju ke arked meranti.
***
Di kaunter…
“ye dik, sakit apa?”
“sakit perut”, sambil menghulurkan kad matrik pelajar kepada nurse di kaunter.
“ermm.. kak, boleh tak saya nak jumpa dengan doktor perempuan?”
“boleh..” lembut tutur katanya sambil beliau mengimbas kad tadi dan mendaftarkan nama dalam sistem. Sekeping nombor giliran dihulurkan selesai pendaftaran.
Lega, dapat luahkan permintaan untuk diperiksa oleh doktor perempuan. Ya, saat inilah aku perlu memenuhi tuntutan aku. Sebolehnya, aurat ini perlu dipelihara selagi tiada darurat.
Berdebar menunggu giliran untuk masuk ke ruangan doktor. Macam-macam difikirkan.
“Dapat ke doktor perempuan?”
“Isyh, lama lagi ke?”
“Kalau betul sakit tu, lepas ni kena buat apa?”
“Macam mana dengan exam lepas ni?”
Semua bercampur baur dalam benakku. Persoalan yang menanti bakal jawapan. “Apa nak jadi, jadilah..” aku bermonolog.
Ting! Nombor giliranku terpapar, ke bilik doktor 4. Alhamdulillah, lega dapat melihat doktor perempuan di mejanya. Terus aku melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan meja, menghadap doktor.
“doktor, saya sakit perut. Seharian, semalam. Dari pagi sampai sekarang. mulanya sakit seperti gastrik, sakit di bahagian tengah kemudian baru malam semalam, rasa sakit tu beralih ke sebelah kanan, bahagian bawah. Seperti bertumpu pada satu tempat”
“hmm.. ok, awak baring, saya check kejap”
“ok, sekarang ni saya suspect appendic. Selepas ini, awak ke bilik no. 1 untuk buat ujian darah dan urin kemudian boleh baring di katil belakang (dalam wad). ”
“owh.. ok”
***
Terus ke bilik no. 1 untuk diambil sampel darah dan urin lalu dihantar ke makmal untuk dianalisa. Sementara menunggu, Sri datang semula ke PK UTM selepas mengisi minyak kereta.
“so, how?”
“erm.. tengah tunggu result. Tadi doctor suruh buat ujian darah dan urin. Ni tengah tunggu. Doktor suspect appendic. Emm.. betullah apa yang miza rasa.”
….
Selepas beberapa ketika, staf makmal meminta scan nombor untuk berjumpa doctor kembali. Aku menurut.
Tiba giliran, doktor terus memberitahu “ok, saya hantar awak ke hospital ya”
Hah? Itu sahaja? Tiada penerangan panjang lebar. Dalam hati nak tanya banyak tapi entah tak terluah. Mulut terkunci. Doktor terus menyiapkan surat-surat yang berkaitan untuk dihantar ke hospital. Salah satunya yang dapat di agak adalah GL (gerenti letter- entah nak eja macam mana). Terus aku dibawa ke belakang, di katil. Mulanya tidak tahu untuk apa, aku terkapai keseorangan di wad PK. Salah seorang nurse kembali ke katil sambil membawa beberapa peralatan.
Isk! Sakit! Belakang tapak tangan kanan dicucuk jarum. Percubaan pertama tidak menjadi, kemudian beralih ke urat lain. Sambil aku menghantar pesanan ringkas kepada Sri menyatakan kedudukan ku sekarang dan sebentar nanti akan dibawa ke hospital. Aku pinta Sri ke katilku.
Ouch! Sekali lagi dicucuk. Jarum yang ditusuk ke tangan tadi digerakkan ke hadapan dan ke belakang. Sakit jugak. Orang yang melakukannya seperti tiada perasaan. Dua anak kecil lelaki yang berlegar di wad tadi leka melihat keadaan aku dan duduk di sebelah aku. Dalam hati berkata, sabarlah je lah dik.. cubaan kedua jua gagal. Kemudian jarum berpindah tangan, tangan kiri pula ditusuk. Kali ini menjadi. Cukuplah tu… siksa dik.. dari kejauhan, Sri hanya mampu memerhati, lagaknya seperti tidak mahu mengganggu keadaan tersebut.
Kemudian, aku dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menaiki ambulans, tidak keseorangan kali ini. Sri sudi menemani. Aku banyak mendiamkan diri, mengelak dari berbual panjang dengan Sri. Kerana dari sorot matanya, aku lihat kesayuan dalam anak matanya. Hatiku juga sayu. Ehm.. tak boleh. Aku kena tabah. Jangan tumpah dihadapannya.
“tak pe miza, miza kuat. Sebab tu Allah bagi kat miza”
Ya Allah, Tuhan. Akukah itu? Aku tau saat itu Sri juga kasihankan aku. Tipulah kalau diri ini tidak sedih dan lemah. Ingin menitiskan air mata tapi demi Allah, aku berjanji untuk tidak berserah pada keadaan. Kalau aku menangis, Sri akan turut sama. Tak ape, sabar ya hati, kuat sikit!
Di kaunter kecemasan HSA, proses mendaftar seperti biasa. Surat daripada PKUTM bertukar tangan ke pihak HSA. Tiba-tiba, perutku terasa perit sekali! Aku tertunduk menahan sakit. Tekakku tersangat loya, ingin muntah hingga aku terbatuk-batuk. Kemudian pandanganku kelam. Dupp! Pitam! Aku diusung dengan kerusi roda (wheelchair) ke wad kecemasan (mungkin..). pucat lesi mukaku. Beberapa orang doktor dan nurse berulang alik ke katil memeriksa aku hinggalah aku disahkan appendic selepas di buat ujian sekali lagi di situ.
Tips kalau dah sakit tu.... :
- dapatkan pengesahan dan rawatan dengan segera. ketepikan rasa takut yang menghantui minda anda. tidak rugi untuk mendapatkan kepastian, kesihatan juga satu kepentingan dan nikmat. dan ramai yg alpa bahawa kesihatan juga adalah satu AMANAH.
- bagi student, seperti aku, eloklah ke klinik/pusat kesihatan di pusat pengajian masing-masing. tak kesah lah anda nak merungut, mendengar rungutan orang lain atau apa2. sebab apa ye? free? maybe. ^_^
- bagi seorang perempuan/wanita/muslimah, seupaya nya buatlah permintaan untuk diperiksa oleh doktor perempuan. bukan tak boleh doktor lelaki. selagi mana anda mahu mempertahankan aurat anda, selagi itulah anda perlu nyatakan usaha anda! ramai yang kata untuk perubatan tak mengapa...darurat.. silap tu... kita sering tadah ilmu atas 'sentence' semata-mata. maka, carilah ilmu tersebut sebelum anda cedok bulat-bulat ya.. tak mengapa, ilmu boleh dicari, jangan anda pula membatu diri.
bila perlu dirujuk/dihantar ke hospital?
- anda minta surat akuan daripada doktor yang memeriksa anda untuk disampaikan kepada pihak hospital
- sebagai student, elok benarlah untuk minta pihak pusat kesihatan/klinik universiti untuk sediakan surat GL. apa fungsinya surat GL ni? GL ni adalah surat untuk menampung kos perubatan/rawatan sepanjang kita berada di hospital berkenaan. perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak pusat kesihatan berkenaan. (betulkan kalau silap...)
bila dirujuk ke hospital?
- anda akan perlu menjalani pemeriksaan semula. berilah surat yang dibekalkan oleh doktor yang telah memeriksa anda sebelum ini kepadanya. untuk kes-kes tertentu seperti appendicitis yang memerlukan saringan ujian, akan dibuat semula di hospital meskipun sebelum ini anda pernah membuatnya. ini kerana mungkin atas sebab untuk reconfirm penyakit yang anda sedang alami dan sebagai langkah prosedur di hospital berkenaan.
Pssstt…
Kisah lucu: semasa kelam kabut di wad kecemasan, perkara ni lah yang menggelikan hatiku… time ni, 4 orang doktor yang memeriksa aku dalam masa kurang sejam. (fuh.. asyik soal & jawab benda sama sahaja…) . time ni jugak la nurse yang aku rasa macam praktikal. Maybe la.. sebab lagaknya seperti student. Gaya sempoi, tengok hasil kerja pun boleh tau mana yang lebih berpengalaman dan yang baru berjinak-jinak. ^_^. Time ni jugaklah sahabat-sahabatku call, nak dapatkan kepastian berita kes aku ni yang tiba-tiba cepat tersebar.. wah!!! Ayah pun ada call, sebab masa on the way dibawa ke hospital, aku dah maklumkan kepada kedua ibu bapaku. Tup..tup.. ada seorang doktor yang datang ke katil sambil membelek fail rekod aku, bertanya “Suami puan datang sekali ke?”. Berderau darah aku.. bukan marah, tapi tersentap! “Saya student lagi” pantas jawabku untuk membetulkan statement doktor itu tadi. Disebabkan ayat doktor tu, aku ter’off’ panggilan dengan ayahku. Huhu.. kesian ayahku.. tp entah kenapa.. tiba-tiba malu dengan diri sendiri.. hee.. geli hatiku mendengar ayat doktor. ‘tua sangat ke aku ni???’… (n_n) macam-macam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan