Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah itu tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi melihat kepada hati dan
amalanmu.”
************************
1.
NUR KEIMANAN YANG MEMANCAR DI
WAJAH
Ø
Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul.
Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang dilarang. (2 in 1)
Ø
Rajin amalkan wuduk, zikir,
selawat, membaca al-quran, tahajjud, berdoa.
Ø
Contohi wanita-wanita syurga. Wanita-wanita
hebat umpama:
v
Saiyyidatina Khadijah yang
merupakan wanita pertama yang memeluk Islam.
v
Sumayyah; wanita pertama syahid.
v
Maryam; taat beribadah kepada
Allah.
Ø
Tidak ada sesiapapun yang tidak
ingin kelihatan cantik baik lelaki mahupun wanita.
Ø
“Allah itu indah dan Dia
menyukai yang indah-indah, murah hati dan menyukai kemurahan hati, menyukai
akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah” [hadis riwayat
al-Baihaqi]
Ø
Tidak mengubah ciptaan Allah SWT
semata-mata ingin kelihatan cantik dan menarik.
Ø
Tidak membiarkan diri
dieksploitasikan.
Ø
Tidak berdandan dan berhias
seperti wanita jahiliyyah.
Ø
Tidak menyerupai lelaki.
2. AKHLAK
YANG TERPUJI
“Wanita itu tiang negara. Seandainya wanita itu baik maka
majulah negara itu tetapi seandainya wanita itu rosak akhlaknya maka mundurlah
sesebuah negara”
Ø
Tingkah laku yang sopan dan
tuturkata yang baik, pemalu dan memelihara batas pergaulan.
Ø
Memelihara status diri sebagai
anak gadis, isteri, ibu dan jiran.
Ø
Elakkan berdua-duaan dengan lelaki
bukan mahram.
Ø
Jauhi 4P. [pandang-memandang (jaga
mata), pegang, peluk, penzinaan]
Jangan, Jangan &
Jangan:
Bila mata bertentang mata
Kelu lidah untuk berkata-kata
Dalam hati membisik rasa
Hanya engkau yang kucinta!
(inilah akibat tak jaga mata/pandangan)
Ø
Tidak melembutkan suara kepada
lelaki yang bukan mahram.
Ø
Menjaga hubungan sesama manusia.
3. ILMU
PENGETAHUAN UNTUK MENJADI WANITA YANG BIJAKSANA
Ø
880 kali perkataan ‘ILMU’ disebut
dalam Al-Quran
Ø
Salah satunya, darjat ditinggikan
oleh Allah:
"Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah
akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu
dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Surah al-Mujadalah, ayat
11]
Dalam hadis nabi juga ada menyatakan,
bersama-sama kita didalam majlis ilmu adalah para malaikat yang memberikan
rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT dan melabuhkan sayapnya kepada orang
yang menuntut ilmu.
“Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya
kepada penuntut ilmu kerana suka kepada perkara yang dilakukannya”
[Abu Daud]
Ø
Ilmu untuk kebahagiaan dunia
& akhirat.
Ø
Penting untuk menguruskan
rumahtangga.
Ø
Isteri hebat, suami terpikat
Ø
Mendidik anak-anak.
Ø
Cantik luaran dan dalaman. Dalaman
juga perlu dijaga sepertimana kita menjaga kecantikan luaran agar ‘keindahan’
di awal perkahwinan terus terpelihara.
Ø
Belaian dan urutan sayang.
Ø
Fatimah walaupun cantik tetapi
bukan kecantikannya yang disebut-sebut orang tetapi kecerdikannya dalam
mengendalikan rumahtangganya.
4. ISTERI
IDAMAN SUAMI
Ø
Rahsia bidadari dunia
Ø
Taat & hormat suami
Ø
6 sebab isteri perlu mentaati
suami:
v
Perintah Allah Surah
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum
wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan
sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat
kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah
telah memelihara (mereka)”
[An-Nisa; ayat 34]
v
Kedudukan suami sebagai pemimpin
“Kaum laki-laki itu adalah
pemimpin bagi kaum wanita”
v
Kewajipan isteri
Daripada Abu Hurairah r.a
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada
seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
[Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan
al-Wahidi]
v
Mendapat pahala
“Jika seorang wanita itu solat lima waktu,
berpuasa Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah dia (ke dalam syurga) melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.” [Diriwayatkan
oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya]
Dalam hadis turut dinyatakan tentang kebaikan
seorang isteri:
“Seorang isteri yang menyediakan segelas air
untuk suaminya akan mendapat pahala berpuasa sunat setahun.”
v
Memburu keredhaan Allah
“Mana-mana
wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya REDHA kepadanya,
masuklah isteri ini kedalam SYURGA”
v
Menjauhi azab api neraka
“Isteri yang DERHAKA apabila mereka meninggal dunia, tidak
boleh cium bau syurga apatah lagi nak masuk syurga”
Ø
Tiru seperti Sayyadatina Khadijah
r.anha yang mendapat istana di dalam syurga
5. SENYUMAN
MANIS BUAT SUAMI TERCINTA
Ø
Senyum dapat pahala sedekah, 1
sedekah bersamaan 700 kali ganda
Ø
Menurut kajian saintis Barat:
v
Orang yang senyum, adalah awet muda:menggunakan
14 otot muka
v
Orang yang msam muka: menggunakan
72 otot awet ‘tua’
Ø
Sebaik-baik isteri:
“Yang menggembirakan
suaminya apabila dia memandang kepadanya.”
6. BERHIAS DAN
BERDANDAN UNTUK SUAMI TERSAYANG
Pada suatu
hari, malaikat Jibril datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kata Jibril;
“Ya
Rasulullah, sebentar lagi isterimu Khadijah akan keluar bawa dulang yang berisi
makanan. Tolong beritahu kepada Khadijah, saya kirim salam. Tolong beritahu
Khadijah yang Allah kirim salam. Dan tolong khabarkan kepada Khadijah yang
sekarang Allah SWT telah menyediakan sebuah istana di dalam syurga khusus buat
Khadijah.” Rasululullah bertanya; “Kenapa Khadijah isteri saya dapat istana
didalam syurga?”. Kata malaikat Jibril as; “Kerana Allah SWT berkenan dua perkara yang Khadijah buat
kepadamu, wahai Rasulullah. Allah berkenan tutur
kata Khadijah yang lemah lembut kepadamu,
wahai Rasulullah. Allah berkenan tingkah laku layanan yang baik daripada
Khadijah kepadamu, wahai Rasulullah.”
Ø
Alat solek yang paling indah bagi
seorang isteri adalah senyumannya yang manis menghiasi bibir
Ø
Celak yang paling indah menghiasi
sepasang matanya adalah pandangan yang mesra dan lembut
Ø
Pakaian paling cantik yang
dipakainya adalah kelembutan dan kehalusannya
Ø
Serta pewangi yang paling harum
yang dipakainya adalah kebersihannya
7. MELUANGKAN
MASA UNTUK MERAWAT DIRI
Ø
Agar kecantikan tidak diabaikan
Ø
Pemakanan yang sihat dan seimbang
serta pelbagai senaman untuk keharmonian rumahtangga
Ø
Nutrient tambahan seperti vitamin
Ø
Herba, jamu, ulam-ulaman, air
suam
Ø
Facial, body massage, sauna, spa,
lulur
Ø
Pilihan pusat kecantikan yang
menurut syarak
8. HATI YANG
DIPENUHI DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)
Ø
Buang sifat-sifat mazmudah (keji)
seperti bersangka buruk, hasad dengki, iri hati, sombong dan sebagainya.
Ø
Kata ulama’, ada 4 racun hati
yang perlu dihindari:
v
Berlebihan dalam berbicara
v
Berlebihan dalam melihat sesuatu
v
Berlebihan ketika makan
v
Berlebihan dalam pergaulan
9. PENAMPILAN
MENGIKUT SYARIAT
Ø Menutup aurat
dengan sempurna
Ø Rujuk surah
an_Nur; ayat 31
Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan
kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka… (hingga akhir ayat)
Ø Berpakaian taqwa
“Pakaian berupa taqwa itulah
sebaik-baiknya” [Surah al-A’raf; ayat 26]
10. SEGERA
MEMINTA MAAF SEKIRANYA BERSALAH DAN BERSEDIA UNTUK MEMAAFKAN
Ø
Sifat mulia mewarisi peribadi
nabi SAW
Ø
Sifat ahli syurga
Ø
Maaf & redha
Ø
Antara 5 golongan manusia yang
segera memasuki syurga seluas langit & bumi [surah al-Imran; ayat 133-135]
133:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”
134:
“(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun
sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan)
orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
135:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya
diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa
mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
*antara
5 golongan yang dipercepatkan masuk ke syurga adalah, orang yang saling
maaf-memaafkan antara satu sama lain.
11. BERSABAR
MENEMPUH DUGAAN HIDUP
Ø
Sifat sabar adalah khazanah
syurga
Tips/doa untuk diamalkan bagi melembutkan
jiwa menempuh dugaan hidup:
v
Al-Imran; ayat 200
v
Al-Hasyr; ayat 21
v
As-Syuura; ayat 19
Ø
Ujian hidup menandakan diri kita
disayangi Allah
Ø
Allah hendak mengampuni segala
dosa
Ø
Allah rindu hendak mendengar
suara dari hamba-hambaNya
Ø
Banyak berdoa kepada Allah & jangan berputus asa
Ø
Sabar & syukur
12. SENTIASA
MENDERMA DAN BERINFAQ KE JALAN KEBAJIKAN
“Bandingan
(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
[Al-Baqarah;
ayat 261]
Ø Orang yang
pemurah dikasihi Allah
Ø Orang yang pemurah
dekat dengan syurga
Ø Orang yang
pemurah jauh dari api neraka
Ø Sedekah,
zakat… hidup akan mendapat keberkatan daripada Allah
13. BERSIFAT
PENYAYANG KEPADA ANAK-ANAK DAN MENDIDIK MEREKA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN
SOLEHAH
Ø Al-Aqrak bin
Haabis hairan melihat Nabi SAW memeluk Hassan kerana beliau mempunyai sepuluh
orang anak, namun tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka.
Ø Tunjukkan kasih
sayang dengan kata-kata dan perbuatan sebelum segala-galanya menjadi terlambat
Ø Didik anak-anak
ke jalan yang diredhai oleh Allah
14. MEMPUNYAI
PERASAAN TAKUT KEPADA ALLAH
Ø Orang yang
takut kepada Allah akan memperolehi 2 syurga [Surah Ar-Rahman; ayat 46]
Ø Kisah segelas
air mata
Ø Persediaan bertemu
Allah SWT
15. MENDAPAT
KEREDHAAN IBUBAPA
Ø Ibu bapa
menduduki tempat yang paling istimewa di dalam Islam
“Dan Tuhanmu telha memerintahkan kamu agar jangan kamu sembah
melainkan hanya kepada Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu.”
[Surah al-Isra’; ayat 23]
Ø Kesusahan ibu
mengandung & melahirkan digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran dalam surah
Luqman ayat 14
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua
orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan
kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Ø Keredhaan Allah
bergantung kepada ibu bapa dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan
ibu bapa
Ø Berbaktilah kepada
ibu bapa sebelum terlambat
************************
Terima kasih Ustazah Siti Norbahiyah atas perkongsian ini semasa program Konvensyen Bidadari Dunia 2012. Informatif & sungguh beremosi. Semoga perkongsian ini dapat disebarkan kepada orang lain, semoga ada kebaikan yang tersebar di kalangan kita. Doakan sama-sama kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Impikan syurga di akhirat nanti.
*rakaman audio ada dalam simpanan penulis. Sekiranya ada wanita diluar sana yang berminat untuk turut sama merasai halwa telinga dan melayari apa yang kami alami semasa konvensyen, silalah pm penulis. Insya Allah, akan dikongsikan.
Wallahualam....
29 Mei 2012M
8 Rejab 1433H
3:17pm
2 ulasan:
=)
Terima kasih kunjung tiba... semoga bermanfaat
Catat Ulasan