Busmillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh...
Sebelum ini, saya pernah kongsikan sedikit pengenalan tentang Fiqh Wanita pengenalan persekitaran haid, nifas & istihadah. Oleh itu, untuk bahagian ini, suka untuk saya kongsikan kepada anda apa yang perlu tahu tentang haid. Jujurnya, ramai wanita-wanita asyik tertanya-tanya tentang perkara ini. kenapa? Wanita ni tak kenal diri sendiri ke? hoho... x baik kata begitu. bukan mcm tu sebenarnya, mudah saya katakan, wanita ni unik tapi kompleks. maka, nak memahami sesama wanita sendiri ni pun kadangkala sukar.So, kepada kenalan & pembaca di luar sana, penting untuk tahu ya. Jangan jemu untuk mencari ilmu, belajar & mengajar. Semoga manfaat dapat diambil bersama. Selamat membaca & mengkaji diri anda, keluarga anda & saudara2 anda untuk agama.
PERIHAL
HAID
Sebelum
pergi jauh mengenai persoalan-persoalan tentang haid ini, eloklah kita kenal
dahulu beberapa jenis darah yang umumnya terjadi kepada wanita. Mengikut para
ulama Islam, mereka bersependapat bahawa darah wanita itu terbahagi kepada 3
iaitu:
1. Darah
Haid : Darah yang
keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat
2. Darah
Nifas : Darah yang
keluar selepas bersalin
3. Darah
Istihadah : Darah yang
keluar bukan pada masa haid dan nifas dan dikira
sebagai darah penyakit.
Sebagai
permulaan, kita mulakan dahulu dengan darah haid. Haid mempunyai pengertiannya
yang tersendiri dari sudut:
Bahasa : Mengalir. Kerana ianya mengalir pada
waktu-waktunya yang tertentu.
Syara’ :
Darah semulajadi yang keluar dari dalam rahim wanita setelah sampai peringkat
baligh ketika dalam keadaan sihat tanpa
apa-apa sebab pada waktu-waktu yang
tertentu.
WARNA DARAH & CIRI-CIRI
UTAMA
Darah
haid tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja kerana
kadangkala ianya berlaku perubahan warna dari satu tahap ke satu tahap.
·
Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e,
terdapat 5 warna bagi darah haid: hitam,
merah, warna antara keemasan dan merah, kuning dan keruh (warna antara
kuning dan putih).
·
Menurut ulama Hanafi, terdapat 6 warna
darah haid: hitam, merah, kuning, keruh, hijau, dan warna seperti tanah.
Tentang
ciri-ciri utamanya, Nabi SAW menyifatkan dengan beberapa sifat seperti:
- Keadaannya yang pekat
- Seperti terbakar (kerana
kepanasannya)
- Ia keluar dengan perlahan dan tidak
mengalir seperti cairan yang biasa mengalir
- Bau yang busuk
- Warnanya yang hitam dan sangat merah
UMUR
:
BERLAKU
HAID
Dalam
fiqh Islam, suatu ketetapan bahawa setiap yang tidak terdapat garis panduan
pada syara’ atau pada bahasa, maka hendaklah dirujukkan kepada kebiasaan yang
wujud.
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a, bahawa beliau berkata:
“Apabila seorang kanak-kanak
perempuan mencecah usia sembilan tahun maka ia dikenali sebagai wanita”.
Hadis diriwayatkan oleh
al-Baihaqi
Kebanyakan
imam mazhab berpendapat
sekurang-kurangnya umur berlaku haid adalah ketika seseorang wanita berumur 9
tahun berdasarkan kepada kebiasaan yang terjadi.
PUTUS
HAID
Dalam
hal penentuan usia putus haid (monopouse), terdapat perselisihan pendapat
antara para fuqaha’ kerana tiada nas yang menyebutkan tentangnya serta
disandarkan kepada istiqra’ (melihat kebiasaan yang berlaku).
- Menurut ulama mazhab Syafi’e, usia
tamat haid ialah 60 tahun dan ada juga mengatakan ianya tiada batasan
maksimum.
- Menurut mazhab Hanafi, usia tamat
haid ialah 55 hingga 60 tahun.
- Menurut mazhab Maliki, usia tamat
haid ialah 70 tahun dan mereka (wanita) yang berumur antara 50 hingga 70
tahun hendaklah ditanya tentang berakhirnya haidnya.
- Menurut mazhab imam Ahmad, usia
tamat haid adalah 50 tahun, yakni tidak ada haid selepas 50 tahun. Ada
juga pendapatnya mengatakan batasan penamat haid ketika usia 60 tahun.
- Menurut mazhab Hanbali, permulaan
tamat haid ketika usia 50 tahun dan penamatnya ketika usia 60 tahun,
sementara tempoh antara kedua-dua usia ini dikira sebagai tempoh dalam keraguan.
TEMPOH
HAID
- Sekurang-kurang haid: Sehari semalam
- Kebiasaan tempoh: 6 hingga 7 hari
berdasarkan sabda Rasulullah saw kepada Hamnah binti Jahsy r.a yang
bermaksud:
“Setelah kamu kedatangan haid selama enam
atau tujuh hari seperti dalam pengetahuan Allah maka mandilah. Dan apabila anda
melihat bahawa anda telah suci dan bersih maka tunaikanlah sembahyang dalam
masa dua puluh empat malam atau dua puluh tiga malam dan berpuasalah.
Sesungguhnya demikian itu memadai bagimu dan demikianlah hendaknya kamu lakukan
pada setiap bulan sebagaimana wanita-wanita lain yang kedatangan haid dan
sebagaimana mereka suci pada tempoh haid dan tempoh suci mereka”.
Hadis Riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi-hadis sohih
- Selama-lama haid: 15 hari 15 malam. (walaupun
kedatangannya tidak terus menerus tetapi kadar keseluruhan datangnya
mencapai sehari semalam)
TEMPOH
SUCI ANTARA 2 HAID
Menurut
jumhur ulama fuqaha’ Maliki, Syafi’e dan Hanafi;
- Sekurang-kurang tempoh suci antara 2
haid: 15 hari 15 malam
Ini kerana selama tempoh sebulan
yakni 30 hari, dibahagikan kepada 15 hari bagi sebanyak-banyak haid. Maka, baki
tempohnya 15 hari kemudian adalah bagi sekurang-kurang suci.
- Sebanyak-banyak (semaksimum) tempoh
suci: tidak terhad
Ini kerana ada dalam kalangan
wanita yang kedatangan haid setahun sekali dan ada pula yang hanya sekali
seumur hidup, dan ada pula yang langsung tidak pernah kedatangan haid.
TANDA
BERHENTINYA HAID
Tanda-tanda
dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanafi,
Syafi’e dan Maliki.
- Menurut Al-Imam al-Nawawi r.h, tanda
terputusnya haid dan wujudnya suci adalah apabila berhentinya darah yang
keluar dan cairan kuning dan keruh. Apabila terputus darah yang keluar
maka wanita itu menjadi suci sama ada selepasnya keluar lembapan berwarna putih
(keputihan) ataupun tidak.
- Menurut Aisyah isteri Rasulullah saw
(kisah): Pernah beberapa orang wanita menghantar kepada Aisyah perca kain
yang didalamnya terdapat kapas yang mempunyai kesan warna kuning, lalu
Aisyah berkata: “Janganlah kamu gopoh melainkan setelah mendapati qissah
(kapas) putih”.
- Menurut Asma’ binti Abu Bakar r.a,
beliau pernah ditanyakan tentang sedikit warna kuning, lalu beliau
berkata: “Tinggalkan sembahyang selagi mereka (kaum wanita) masih
mendapati yang demikian sehinggalah ia tidak melihat melainkan seperti
susu yang bersih”.
PENGGUNAAN UBAT UNTUK
MENGELUAR DAN MENGHALANG HAID
Tidak mengapa sekiranya
seseorang wanita menggunakan sesuatu yang dapat menghalang kedatangan haidnya
atau mengundang kedatangan haid jika tidak dibimbangi berlaku apa-apa
kemudaratan terhadap dirinya.
Menggunakan sesuatu yang
menghalang haid HARUS dilakukan dengan 2 syarat:
1. Ia tidak
bimbang berlaku kemudaratan terhadap dirinya. Jika bimbang, tidak harus buat
berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195:
2. Dilakukan
dengan keizinan suami jika ia mempunyai hubungkait dengan hak suami seperti
perempuan beriddah akibat diceraikan suaminya.
Menggunakan
sesuatu yang menyebabkan kedatangan haid HARUS dengan 2 syarat:
1. Janganlah
dengan cara itu menyebabkan ia menggugurkan kewajipan seperti menggunakannya di
saat hampirnya Ramadan dengan tujuan tidak berpuasa atau dengan tujuan
menggugurkan kewajipan sembahyang dan seumpamanya.
2. Dilakukan
dengan keizinan suami.
Jika
menggunakan ubat yang menyebabkan terputusnya haid bukan pada waktunya yang
biasa, maka ia dianggap sebagai suci dan iddahnya tamat kerana terputus haid
itu.
Namun,
seorang wanita tidak harus menghalang kedatangan haidnya atau menyegerakannya
jika ianya menyebabkan terjejasnya kesihatan. Ini kerana, memelihara kesihatan
merupakan suatu kewajipan.
WARNA
KUNING DAN KERUH
Kebanyakan
ulama berpendapat dengan pendapat sohih di kalangan fuqaha’ Syafi’e, warna
kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid JIKA kedatangannya BUKAN pada
waktu haid.
Berlainan
pula JIKA kedatangannya PADA waktu haid, maka ia (warna kuning atau keruh)
dikira sebagai darah haid.
Dalil
yang dikemukakan dengan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ummi ‘Atiyyah r.a
katanya: “Kami tidak menghitung warna kuning dan keruh selepas mandi akan
sesuatupun”.
Abu
Yusuf mengatakan: “Warna kuning adalah haid sementara warna keruh bukannya haid
kecuali jika didahului oleh darah.”
Ini
bermakna:
- Jika ia (warna kuning atau keruh)
datang sebelum haid, maka ia bukannya haid. Menurut pendapat Abu Thaur,
jika warna kuning atau keruh itu didahului oleh darah maka kedua-duanya
dikira sebagai haid.
HUKUM-HAKAM
BERKAITAN DENGAN HAID
Dalam
kitab al-Aysbah wal Nazair, Jalaluddin al-Sayuti menyebutkan terdapat 20 hukum
yang berkaitan dengan haid. (12 HARAM, 8 TIDAK HARAM)
- 12 daripadanya adalah HARAM
-
9 hukum yang HARAM itu ke atas PEREMPUAN
itu sendiri:
1) Sembahyang
2) Sujud
Tilawah
3) Sujud
Syukur
4) Tawaf
5) Puasa
6) Iktikaf
7) Masuk ke
dalam masjid jika dibimbangi mencemarkannya
8) Membaca
al-quran
9) Menyentuh
mushaf dan menulisnya
10) Bersuci *
(menurut satu lagi pendapat oleh pengarang kitab al-Muhazzab)
11) Menghadiri
orang yang muhtadhar (sakit mati)* (menurut pendapat Al-Muhamili)
-
3 hukum yang HARAM pula ke atas SUAMI:
1) Persetubuhan
2) Talaq
3) Istimta’
diantara pusat dan lutut
- 8 perkara yang TIDAK HARAM:
1) Baligh
2) Mandi
3) Iddah
4) Istibra’
5) Memastikan
kebersihan rahim
6) Menerima
perkhabaran wanita yang haid
7) Gugur
kefardhuan sembahyang
8) Tawaf
wada’
saya harap, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu memahamkan diri anda terutama wanita-wanita , kenalan wanita dan sebagainya. Silakan berkongsi/share sekiranya catatan ini bermanfaat
....bakal bersambung di bahagian ke-2....
~Jadilah Wanita Sebaik-baik Perhiasan~
*catatan ini dirujuk daripada buku seperti di atas, karangan Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.
juga terdapat buku (isinya lebih kurang sama)keluaran Telaga Biru.
3 ulasan:
salam ziarah..info yang menarik.boleh salin?
tq...maklumat yang bagus
TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT INI..
Catat Ulasan