Selasa, 4 September 2012

::Koleksi Ucapan Hari Raya 2012::

Koleksi Ucapan Hari Raya/Salam Aidilfitri dari sahabat-sahabat, kenalan, sepanjang perkenalan semasa di sekolah, matrikulasi, UTM, praktikal, program. Terima kasih atas peringatan-peringatan kalian yang x pernah-pernah jemu menasihati diri ini dan yang lain. Semoga dengan peringtan kalian itu juga kita dapat sama-sama baiki diri masing-masing dan yg lain. Terima kasih jua atas ingatan kalian utk Ramadhan dan Kemenangan Syawal ini. 

*masih lagi dalam usaha menaip semula mesej2 kalian.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. wuwu~ tungguuuu....

***************************


Salam.. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Semoga kemeriahan syawal ini tidak sampai melupakan pahala ibadah kita ramadhan lalu. Insya Allah.. Jemput datang rumah! :)
~Norazlinda Amin, Pendidikan Matematik UTM

~Hening pagi syawal mulia, 
  Rendah hati maaf dipinta, 
  Andai ada terlanjur bicara,
  Sejuta ampun maafkan hamba~
Salam Aidilfitri ikhlas dari :-) Suhaiza
~Kak Suhaiza Shuhaimi, Pendidikan Elektrik-Elektronik UTM

Indah akhlak manusia bila tiba musim raya kerana semuanya memohon maaf kesalahan dari manusia sekalipun manusia itu sukar memaafkan kesalahan orang, sehingga kadang2 setengahnya terlupa memohon maaf akan dosa b'msg', dating, zina dll kepada Yang Maha Pemaaf yang x bermusim raya sje. xkah akan jd rugi manusia itu kemudian hari? Nauzubillah. Selamat Ari Raye Maaf Zahir Batin ~al-faqir hamiza
~Hamiza Ismail, Sains Pembinaan UTM

Indah tutur kadang MENGATA. Cantik bahasa kadang BERPURA. Gurau senda kadangTERLUKA. Gerak laku kadang MENGADA NGADA. Janji manis kadang TERLUPA. Detik hati kadang PRASANGKA. Salah dan silap kelemahan KITA MANUSIA. Ampun maaf jua dipinta.. SALAM AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN! ;) 
~Kak Ustazah Wan Nurul Huda Wan Jusoh, Pendidikan Islam UTM

Selamat menyambut hari raya maaf zahir wa batin :-)
~Kak Salmuh Che Harun, UTM

Salam idulfitri. Maaf Zahir batin... Barakallahufikh. 
~Kak Huda Abdullah, TESL (Pendidikan Bahasa Inggeris) UTM

Taqabbalallahu minna wa minkum.. ameen ya robb g kita terus istiqamah mjlnkn ibdt2 sptmana kte b'ibdt d madrasah Ramadhan yg bru blalu. ameen, Mohon kemaafan ats segala kesalahandan kesilapan selama ukhuwah ni. Kullu 'am wa entum bikhoir, 'eidul fitr mubarak dr Maznah bt Osman dan keluarga :-)
~Kak Maznah Osman, Pengurusan (Pemasaran) UTM 

Semoga kehadiran syawal & berlalunya Ramadhan thn ini menambahkan ketakwaan kita kepada Allah. Sesungguhnya madrasah Ramadhan ini ialah Medan terbaik utk manusia mempersiapkan diri agar selamat dihadapan Allah kelak, dan Syawal ialah kesempatan meraikan kemenagan mengalahkan hawa nafsu. Salam aidilfitri, minal 'aidi wal faaizin.. 
~Nur Hawa Amin, Tahfiz Quran Wal Qiraat MARSAH (kolej pengajian islam johor)

Salam. Selamat hari raya. Maaf atas segala salah dan silap yg zahir ataupun x :-)
~Aimi Musa, Kejuruteraan Geomatik UTM

Assalam.. Dlm kesempatan ni, jasad n roh ini ingin mengucapkan slamat hari raya, maaf zahir n batin sepanjang prkenalan.. Teman2x, Trkadang ujian mndatang yg menagih kesabaran, janganlah dipinta hidup yg mudah sbb jasad mulia nabi s.a.w pn Allah uji, tapi pintalah hati yg tabah, iman yg bertambah utk menghadapinya. xde yg besar melainkan Allah ta'ala.. 
~Mohd Ridhuan Jamil, UTM

Slmt Hari Raya dr kami sekeluarga.. 
~En Suzaily, Jurukur Dimensi (KL)(latihan industri)

[K-FIQH | JANGAN PERNAH BERHENTI] "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti puasa selama setahun" (HR Muslim)
Imam anNawawi berkata:"Para ulama mengatakan bahawa perumpaan puasa setahun itu adalah kerana satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda dan puasa sebulan Ramadhan (yakni 30 hari) sama dengan puasa sepuluh bulan (30x10=300hari=10bulan). Sedangkan puasa enam hari sama dengan puasa dua bulan (6x10=60 hari=2 bulan)". (Syarah Shahih Muslim)
~Ahmad Syarief Fadhli, K-Fiqh Sdn Bhd

Selamat hari raya jugak. Edelin mintak maaf jugak atas segala salah silap. 
~Nur Edelin, UTM

Salam Aildilfitri. Maaf zahir & batin. jemput datang rumah :-) nur zawani
~Nur Zawani, KMPP 

Secebis kasih membuat kita sayan, seucap janji membuat kita percaya, sekecil luka membuat kita kecewa, tapi sebuah kemaafan itulah yang paling mulia. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Selamat Hari Raya Idulfitri. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kita. Amin. Daripada Sabihah dan keluarga. 
~Kak Sabihah Shamsudin, UTM

Yang jauh itu WAKTU, Yang dkat itu MATI, Yang besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH, Yang mudah itu BERBUAT DOSA, Yang panjang itu AMAL SOLEH, dan Yang indh itu SALING MEMAAFKAN. Selamat hari Raya Aidilfitri. :-) dari fatin dan wafi sekeluarga
~Kak Tengku Fatin Nabilah & Wafi Shah Rooni, UTM  

Bismillah... Semoga Allah mnerima doa, hajat dan taubat kita. Terima kasih Allah kerana dosa itu tidak berbau, jika berbau busuklah kita. Mohon maaf juga. 
~Abdullah Muhaimin, Kejuruteraan Geomatik UTM

Salam Aidilfitri.. Sampai juga kita d hari kemenangan ni.. Moga Ramadhan yg telh kita lalui selama sebulan 2, adalah Ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya. ya ALLAH berikanlah kesihatan , n dpermudahkan urusan kami, panjangkan umur kami supaya dapat bertemu Ramadhan akan datang.. Salam aidilfitri dari Hayati sekeluarga. 
~Hayati, UTM

Salam kemenangan, salam silaturrahim, salam kemaafan n keampunan.. diatas keterlanjuran kata, gerak geri, sikap n sebagainya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kullu a'm wa antum bikhoir. :-)
~Asrol, UTM

Salam semua!! selamat hari raya aidil fitri, maaf segala salah silap, terkasar bahasa n perkara2 yg mengguris hati... Taqababalallahu minna wa minkum... Semoga ceria selalu.. -Ijat mar'e ^^v-
~Nur Izzati Mar'e, SBPISB

Jika kesilapan semalam belum dimaafkan, "MAAFKANLAH", 
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, "LUPAKANLAH",
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke "AKHIRAT", 
Ingin ku menyusun sepuluh jari mohon ampun & maaf, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Temanku.. :-)
~Muhamad Faisal, KMPP

Assalamualaikum. Salam eidlfitri, maaf ats segalanya & terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan & yang terbaik dr Dia utk semua, insya Allah. 
~Nur Aini Samsir, Pendidikan Islam UTM

TaqabanaAllahu Minna Waminkum, selamat hari raya, menyusun sepuluh jari mohon maaf atas kekhilafan diri.. -nurul farhana
~Nurul Farhana Ahamad Rapani, Biology Industry UTM

Selamat hari raya. maaf zahir batin. 
~Nadzimah Nadzimuddin, KMPP

Minal 'aidil wal faizin, taqabbalallahu minna waminkum. Maaf zahir & batin~~
~Kak Aisyah Ramli, UTM 

Eid Mubarak aidhon, kullu 'am waanta bikhair, taqaballahu minna waminkum. Ukhuwah fillah-AbdBasith. :-)
~Abdul Basith Abdul Halim, KMPP

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ~Norlaila Suria
~Kak Norlaila Suria Sukadi, Pendidikan Kemahiran Hidup UTM

Ya Allah bulan Ramadhan yang mulia telah meninggalkan kami, ampunkanlah dosa2 kami, sedekah kami & amalan yg telah kami lakukan. Berilah kami kesempatan utk menyambut nikmat Ramadhan yg akan datang... Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam keelmbutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf & dosa. mohon kemaafan utk segalanya... Selamat hari raya aidilfitri..Taqabbalallahu minna waminkum 
~Muhammad Hamdi Afandi, KMPP

Selamat hari raya gak
~Mohamad Syukri, UTM

Dalam diri haziq itu, ada salah yang tak terampun, ada khilaf yang tak termaaf, ada keterlanjuran yang tak disengajakan. Tapi dalam diri haziq itu juga, ada sayang yang tak terbatas, ada rindu yang tak terucap, ada kasih yang terpadam. Semoga ukhuwah terus berbuah. Silaturrahim terus bersambung. Minal Aidil wal Faizin, taqabbalaallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya. 
~Mohd Haziq, UTM

Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema menggegar jiwa, sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta dihari mulia.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin. dari sut sekeluarga. :-)
~Norsutriana Babu, UTM 

Salam. Selamat hari raya kawan2. Mintak maaf semua salah silap ye. Terkasar bahasa ke. Semoga raya ni lebih meriah :) 
~ Nasuha Ishak, Kejuruteraan Geomatik, UTM

Taqabbalallahu minna wa minkum., semoga Allah menerima segala ibadah dari kami dan dari kamu. Eid mubaraq ya, mohon maaf atas segala salah silap sepanjang persahabatan kite.. 
~Siti Soleha, UTM

Salam Aidilfitri jugak. mintak aaf salah silap :)
~Nur Ain Fatihah, UTM 

Salam Aidilfitri 1433H. Taqobbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir & Batin dari hamba. (Khairul MATM, QBER, KMPP, UTM)
~Mohd Khairul, KMPP, UTM

Salam lebaran n maaf zahir & batin atas semua salah silap yg sengaja @ x tersengaja ikhlas dr hati ini :-)
~Nurulhuda Md Yunoh, Kejuruteraan Geomatik, UTM

Selamat hari raya jugak... Mohon dimaafi silap dan salah... :)
~Ahmad Ikram Othman, Kejuruteraan Geomatik, UTM

Maaf atas segala salah silap. Semoga diredhai Allah. :-)
~Siti Syahida Abdul Mukti, UTM 




Tiada ulasan: