Jumaat, 18 Oktober 2013

::BiLa KeNaNGaN DaTaNG MeNYaPa::

Bismillahirrahmanirrahim......(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

'Jalan-jalan' di fb, tertarik dengan video. erm... tak tahulah famous ataupun tidak. Video rakaman seorang pesilat perempuan dari singapore tu. Mungkin ada yang pernah lihat pun. Ok, so, apa sebenarnya nak imbau? Ada kaitan ke? hee.... 

Bak kata orang, tak kenal maka tak tahu...
Dulu-dulu (ayat klise untuk imbau kenangan ^_^), pernah ceburi bidang ni. Seawal sekolah menengah. Masa tu, susah jugak sebab berada di sekolah yang baru buka, kemudian apa-apa yang nak dibuat, kitalah pioneer. Asalnya belajar martial art ni khususnya silat sebab masa tu niatkan untuk timba ilmu, supaya ilmu ni berguna untuk masa hadapan. First, berguru dengan pak guard sekolah, Wak (dah tak ingat nama). Orang tempatan, silat apa pun tak tahu namanya. Just belajar je. Kemudian, beralih kepada jurulatih gelanggang, masa tu panggilan dia 'abang Taro'. Nama sebenar pun tak tahu sebab dia tak mahu bagitau. Kemudian barulah ada jurulatih yang ok sikit. Panggilan 'Cikgu' je atau budak lelaki ni suka panggil 'Wak'. Bergurulah saya di bawah aliran PSSGM, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia. 

Banyak yang saya lalui sepanjang persilatan di sini. Jadi ganaz pun disini =) dan dari sinilah jua saya diperkenalkan untuk melangkah jauh ke hadapan dalam arena sukan silat. Latihan intensif, training, huh, semuanya memenatkan lebih-lebih lagi bila hampir kepada tarikh pertandingan. Tambahan lagi dengan life sekolah berasrama, akademik. huh... sangat mencabar. 

First saya masuk acara tempur (beregu) puteri. Dengan partner saya seorang lagi, sekarang ni dia buat medic di UM. Kami sama-sama tak segan silu tumbuk, terajang, libas, lempar, lompat sesama sendiri. No excuses nak main lembut-lembut. Yup, tapi best. Dan sertai beberapa pertandingan peringkat daerah. Kemudian, cikgu tawarkan pula untuk sertai game lebih serius, peringkat lebih tinggi. Peringkat kebangsaan (sebab penyertaan masa tu open mengikut umur). Acara yang masuk, silat olahraga. Nak tahu macam mana silat olahraga ni? Layan video ni kejap. 



Ganaz tak? (n_n)v 
Ya, itulah skill yang di train dan perlu dilakukan dalam gelanggang. Jangan ingat perempuan tak boleh. =) training yang ini lagi penat sebab perlu naikkan stamina, maintain berat badan, lajukan serangan & defence. Huh... peluh tak terkata. Actually, inilah antara pertandingan yang besar pernah join dan saya sangat suka. dengan team sekolah ketika itu seramai 6 orang, saya sahaja yang berjaya melepasi saringan awal dalam gelanggang. Ia bukanlah satu kebanggaan tapi entahlah. Nampak skill macam mudah, tapi lebam tu biasa, kesakitan tu biasa akibat ditumbuk, ditendang, dijatuhkan. Sakit tu, erm.... rasalah sendiri. Berada dalam gelanggang sangat berdebar lebih-lebih apabila solo. Allah saja yang tahu. Walaupun 3 minit untuk satu round tapi serius sangat lama. Nak control emosi, pergerakan. Pernah saya ter'emo' dalam game sebab di tendang kuat oleh opponent ketika itu. Dan rupanya baru saya tahu, saya tak harus teruskan ambil game seperti ini pada masa akan datang. Apabila kita emo, akal akan terganggu, darah makin naik, ketika tu barulah tahu peringatan dari Nabi tentang marah, kerana amarah ini boleh berjangkit hingga ke tua jika tak dibendung. Saya tak mahu macam tu. 

Habis zaman persekolahan, ke matrikulasi. Setahun je tapi tiada persatuan dalam matrikulasi, so saya rest setahun. Kemudian, zaman ipt. Ada! Semangat darah berjuang tu mengalir. Tanpa segan silu, sy daftar di gelanggang sini. Walaupun tak kenal sesiapa ketika itu yang mana kalau 1st year ni, nak masuk persatuan mesti nak geng dengan kawan. So, bermulalah dengan catch-up silibus di sini. Bermula dari kosong semula hatta di gelanggang sekolah sudah naik tali bengkung. Orang kata, cari ilmu ni, kena merendah diri. Kat sini, dapat lagi kawan-kawan baru, seangkatan dengannya. Pergi program sama-sama, training sama-sama, test naik tali pinggang sama-sama. Opps, masa latihan intensif dulu tu, dah pecahkan mulut anak dara orang.  Darah pun ada terlekat kat penumbuk ni. hew2.. alamak... nasib baik dia steady je sebab dah terbiasa dengan saya. so sorry... piah. Ingat lagi sampai sekarang. 

At the same time, saya juga ceburkan diri masuk team atlet u. Team pencak silat. At first, training untuk game trio, jurus wajib. Masa tu, sayalah adik, paling muda, yang lain semua dah expert =( alhamdulillah, mereka semua steady dengan kehadiran saya lagi-lagi berpakaian macam err~ paham-paham je la.. berbeza dengan mereka. Game 1st, masuk pertandingan kebangsaan jugak, antara asean. jurus wajib. Walaupun tak menang tapi puas hati sebab dengan 1st  time dapat tempatkan diri dalam kelompok atas. top 5 rasanya. Macam ni la jurus wajib.... 



Acara synchronize, best. Paling suka hentak matrress kuat-kuat, nak bagi gempak.. hee.... 
Selepas game yang ni, semua trio dah berpecah. Kakak tu dah habis study, lagi sorang kena masuk beregu tempur, so tinggalah seorang. Senior pun bagilah saya untuk game jurus tunggal, acara individu. Inilah game yang terakhir sebelum saya decide untuk tak join (atas sebab tertentu yang lebih awla). Jurus tunggal menarik, macam ni ha.... 

Bermula dengan jurus tangan kosong, kemudian parang dan tongkat. best! tak sangka dapat main senjata. Dan masuk dalam team ni, agak intensif. Latihan setiap hari, gym, endurance. Semuanya kerah kudarat tulang kecik saya ni. Patutla makin mengecik... Selepas dari game jurus tunggal ni, saya stop dah untuk tumpu perkara lain...

Oh ye, tak dilupakan, Menara Taming Sari, Melaka jadi saksi silat dari diri ini dalam sebuah program. Malu tak kesudah... =)

Ya, itulah serba sedikit kenangan dalam ilmu ni. Sampai sekarang saya masih merindui untuk kembali & harap diberi peluang lagi. Suasana berada dalam game yang penuh dengar sorakan sedangkan kita di tengah gelanggang, hiruk pikuknya, gamelan silat iringi pertandingan, kepantasan, dapat belajar jurus, teknik, pergerakan baru, buat persembahan, lebam-lebam, luka dan sebagainya. Tak rugi ada ilmu ni tapi sayalah yang rugi sebab tak mampu nak amalkan tanpa guidance... Sekurang-kurangnya, panggilan pesilat tu tak pernah lekang oleh orang yang mengenali saya ^_^. Wassalam.... 






Tiada ulasan: